Memaparkan catatan dengan label jaga makan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jaga makan. Papar semua catatan

Rabu, Ogos 13, 2014

Menu ringkas selepas Raya

Tahun ni raya paling sedih. Hari Raya pertama sakit, demam dan tak mampu nak berdiri pun. Demam berlarutan selama 4 hari. Tak kebah-kebah. Paksa diri minum air banyak-banyak dan paksa diri makan nasi untuk tenaga dan nak makan ubat. Berat badan turun 3kg. Huhu... Mula-mula suspek denggi sebab ada ruam-ruam gatal yang keluar. Tapi pengakhirannya bukan denggi. Mungkin sebab badan terlalu panas masa mula-mula demam. Bintik-bintik merah tu hilang selepas minum air kelapa.
Alhamdulillah!

Ni menu ringkas hari ini. Kena mula diet balik. Sebelum hari raya hari tu saya try diet atkins dan berjaya turunkan 5kg. Lepas raya ni kena sambung balik. Tapi, jemputan kenduri dan rumah terbuka pula byk mengganggu. Tapi tak pe, buat sekadar mampu dan yang penting jangan seksa diri, OK!

Insya Allah, nanti ada masa saya nak kongsikan perjalanan diet atkins saya. Jom makan!

*spagetti goreng tomyam plus telur mata. Menu save bajet.

Isnin, Februari 03, 2014

Makan dengan sihat #3

Salam semua. Selepas cuti berat badan pun naik ye. Ni tips ketiga dalam perjalanan untuk menurunkan berat badan. Kalau search kat Google macam-macam kaedah boleh korang pakai. Diet Atkins, Dukan Diet, Eat Clean dan macam-macam lagi. Tapi saya guna kaedah sendiri. Kurangkan makanan berkarbohidrat dan lebihkan sayuran dan buahan. Ni kaedah kombinasi gitu. Kalau ikut diet Atkins, diaorg tak boleh makan makanan berkarbohidrat macam roti, nasi, tepung, buah semua tu... tapi bagi saya, makan boleh... tapi kena kurangkan kuantiti.
Yang mula-mula nak cuba diet ni memang confirm la susah nak tinggal nasi kan? Boleh korang makan... cuma biar ambil segenggam je sehari. Kalau rasa-rasa tak boleh lagi, cuba dari makan satu pinggan kita makan separuh pinggan. Lama-lama kurangkan kuantitinya.

OK, macam saya, saya dah cuba ambil oat untuk gantikan nasi. Dulu cukup tak suka makan oat. Ye la... dulu makan dengan susu je.. memang sumpah tak lalu nak masuk tekak. Dua minggu lepas cuba Google cari resepi bubur oat. Then, pergi beli oat yang untuk di masak tu (paket biru macam dalam gambar yg saya culik dari Google). Kalau duduk hostel atau tak ada dapur, boleh lah cuba yang instant oat (paket warna merah).

*Quaker Oat yang saya guna. 


Resepinya seperti di bawah. Sesuai untuk siapa yang tak makan oat dengan susu. Serius, memang sedap! Dan pernah saya ambil breakfast pukul 6.30pagi, perut tak rasa lapar langsung sampai lah pukul 1 tengah hari. Memang terbaik! Sekarang ni tiap-tiap hari sarapan ganti-ganti dengan oat. Boleh lah korang nak cuba ni. Resepi pun simple sangat. 10 minit dah siap.

Resepi Bubur Oat.

Bahan-bahan:

-4 atau 5 sudu besar oatmeal (quaker oat biru)
- 1/2 sudu garam halus
-1 sudu kecil serbuk lada putih
- 1  sudu kecil serbuk lada hitam.
-1 ulas bawang merah. (di mayang)
- 1 sudu minyak masak.
- 1 1/2 cawan air.

Cara Memasak:

1) Panaskan kuali/ periuk dengan sedikit minyak.
2) Tumis bawang merah tadi.
3) Tuang air dan kacau rata.
4) Setelah mendidih, tuang oatmeal, garam, lada putih dan lada hitam.
    Kacau rata.
5) Tutup api dan biarkan hidangan sejuk dan menjadi sedikit kembang seperti bubur.
6) Boleh tambah dengan bilis goreng, sayur atau yang anda selesa untuk makan dengannya.

*tadaaa... bubur yang dah diletak cendawan dan bilis goreng.. yummy!