Sabtu, Disember 27, 2014

Manisnya Cinta di Cappadocia.

Manisnya Cinta di Cappadocia. Ditayangkan di pawagam pada 11 Disember lepas namun baru berkesempatan menonton pada hari rabu yang lalu (24 Dis). Filem ini diadaptasi dari novel Manisnya Cinta tulisan Anis Ayuni. Of course tak boleh nak compare filem dengan novelnya. Novelnya lagi sarat. Tapi filem pun tak menghampakan. Cinematografinya sangat cantik. Kagum gila Malaysia nampak cantik macam tu. Lagi satu yang saya suka... love quotes. Sangat mengusik jiwa gitu :)

Dibarisi para pelakon handalan Malaysia. Yang belum tonton, boleh lagi ke pawagam berhampiran untuk menonton filem ini. Filem ringan. Kepala pun tak stress. 





Jumaat, November 28, 2014

Air. Tips #9


Sayang-sayang sekalian, satu je nak cakap... Air sangat penting untuk sesiapa je yang nak kuruskan badan. Pengambilan air kena mencukupi sebab air ni fungsinya untuk detoks bahan-bahan yang tidak patut berada dalam badan kita.
Pastikan pengambilan air kita melebihi 2 liter. Lagi lebih, lagi bagus. Pakar pemakanan mengesyorkan pengambilan air sehingga urine kita menjadi jernih. 
Ada yang tanya, minum banyak air tak kembung ke? 
Adik-adik, peratusan sel-sel badan kita semuanya perlukan lebih air. Kalau tak ada air, sel-sel badan  perlahan-lahan menjadi rosak. 
Jadi, minum air mencukupi.


p/s: Hilang lagi 1 kg hari ni :)

Ahad, November 16, 2014

Kebaikan Teh Hijau -Tips #8

Infografik best untuk yang nak kurus dan jaga kesihatan. Teh hijau ni saya amalkan setiap hari, setiap pagi. Lagi baik dapat minum 2 kali sehari sebab sangat membantu metabolisme badan. Berpeluh-peluh macam buat senaman dah. Yang best sekali kesannya ialah mata terang ja...tak mengantuk. Biasanya pagi-pagi tu rasa malas sangat nak kerja, tapi lepas minum teh hijau ni terus rasa semangat ja buat kerja. Disamping tu, mood kita rasa terkawal, tak ada nak stres-stres. Di samping tu dapat menyegarkan diri kita. Tak la rasa lemah dan lemau ja. Cuma jangan minum waktu malam, takut -takut nanti susah nak tidur. Pernah terkena sekali sebab tak tahu...minum awal malam. Mata berjaga jadi burung hantu.
Sebab apa cakap sapa-sapa nak kurus boleh cuba teh hijau ni? Teh hijau ni boleh bakar kalori kita. Macam yang saya amalkan, pagi-pagi dah berpeluh-peluh macam buat senaman.
Ada banyak lagi manfaat dan khasiat yang ada pada teh hijau. Saya pun baru tahu sesetengahnya. Rujuk infografik di bawah ya! Selamat menjaga kesihatan.

p/s: Seronok kumpul infografik yang cam gini... banyak info baru.










Khamis, November 13, 2014

Tip kurus: Minum banyak air putih. #7




Kawan-kawan, klik gambar untuk besarkan.

Kenapa air penting untuk menurunkan berat badan?
- Minum air putih/air kosong, akan mempercepatkan metabolisma badan dan membakar kalori. Bermula 10 minit selepas minum air dan kemuncaknya setelah 30-40 minit selepas minum.

Tip keperluan air untuk badan seseorang:

1L = 25kg
Berat badan /25kg = Jumlah liter air yang perlu diambil sehari.


Cth:

80kg / 25 kg = 3.2L 


Saya dah amalkan pengambilan air putih ni selama 2 minggu (3 liter setiap hari tanpa culas) dan dalam masa yang sama menjaga pemakanan harian dan akhirnya berat badan berkurangan sebanyak 5kg. Kawan-kawan boleh cuba tips ini. Sangat membantu untuk yang cuba diet tapi berat masih statik dan juga kawan-kawan yang mengalami gemuk air.

Kenapa air manis tak boleh?
Lihat infografik bahagian bawah sekali. Air manis mengandungi tinggi kalori, air kosong mengandungi 0 kalori.Tujuan utama kita ingin membakar kalori bukan menambah kalori ya!




Khamis, Oktober 30, 2014

Sakit tekak & Selsema...


Aww.. tekak gatal dan rasa macam tonsil membengkak. Ditambah dengan selsema lagi... memang rasa tak selesa. Nak telan makanan pun sakit. Yang pernah alami jer tahu rasa perit dan sakitnya dalam tempoh tersebut.

Apa itu Tonsil?

Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut:-

1. Adenoids - tonsil yang terletak di belakang hidung
2. Lingual tonsils - tonsil di belakang lidah
3. Palatine tonsils - tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan.

Tonsil di tekak ini jika tidak terkawal jangkitannya akan merosakkan organ-organ penting lain untuk kanak-kanak. Adakalanya jika demam dan radang tonsil terjadi berulang kali, rawatan membuang tonsil dilakukan.


Selsema berlarutan dah beberapa hari. Hidung berair. Tiba-tiba tonsil terasa bengkak. Nak telan makanan pun susah. Kahak penuh rasanya di dada ni. Ditambah dengan degil tak mau jumpa doktor. Semalam sebelum tidur nekad kunyah dan telan satu natural remedy nih... Nak tahu apa? Bawang Putih.
 Bawang putih, seperti yang ramai dah tahu...ia mengandungi antibiotik semulajadi. Oh, waktu kunyah tu, Tuhan saja yang tahu. Rasanya....mmmm (ikut hati tak mau kunyah lagi dah). Tapi disebabkan tekak terlalu perit, kunyah juga. 
Kesannya, esok pagi radang di tonsil dah rasa mereda. Dah boleh telan sikit dah walau bukan sepenuhnya. Yang seronoknya, kahak yang rasa berkumpul di dada tu keluar semuanya. Alhamdulillah! Walaupun masih batuk-batuk. Lega rasa. Bawang putih ni sangat membantu. Boleh cuba bagi yang berani. 
Usia makin meningkat ni, rajin pula Google perubatan dengan bahan-bahan semukajadi dan cuba mengurangkan pil-pil kimia yang boleh membahayakan diri kemudian hari.

Yeah...hari ni nak cari rawatan alternatif untuk hilangkan batuk pula. Ada masa saya kongsikan ya!





Jumaat, Oktober 24, 2014

Infused Water #6

Lepas pos tips untuk detox dulu >>Di SINI << Ramai yang tanya apa benda infused water dan detox water atau sassy water ni? Sebenarnya sama je semua tu. Cuma bila guna bahan yang berlainan, maka banyak manfaat lain yang kita perolehi. Contoh seperti dalam infographic kat bawah ni. Saya cuma perna try satu jenis infused water je. Yang lain-lain tu belum sempat cuba. Insya Allah satu hari nanti nak cuba juga!



Sekarang ni dah macam-macam jenis buah orang buat untuk infused water ni. Dah pelbagai. Meriah sangat bila Google.

 
Menarik kan!

Yang kat atas ni boleh cuba bila ada kesempatan nanti.
Step 1: Oren, Lemon, Limau nipis di masukkan ke dalam jar setelah dipotong nipis.
Step 2: Press buah-buah tersebut agar air buah tu keluar. 
Step 3: Letakkan ais sampai penuh jar.
Step 4: Masukkan air kalau nak atau... kalau tak  mau guna ais, boleh masukkan air dan simpan dalam peti sejuk.
Step 5 & 6: Kacau dengan sudu. Sedia untuk di minum.




Sekarang ni ramai dah gunakan botol khas yang boleh kita gunakan untuk buat infused/detox water ni. Macam kat atas ni. Mudah. Boleh bawa ke pejabat dan minum di mana saja. Terpulang apa pilihan anda.

Aaaaaa....bestnya tengok infused water kat atas ni!!! Nak juga!



Rabu, Oktober 22, 2014

Basic. #5


Ini yang saya lakukan untuk turunkan berat badan. 
Alhamdulillah 5kg dalam masa 1 bulan :)
Low Carb.

Ahad, Oktober 12, 2014

Fikir-fikir...

Buat KAMU, KAMU & KAMU...bertaubatlah!

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan.Baginda ditanya:"Apakah dosa itu wahai Rasulullah?" Baginda berkata:" Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina." Riwayat Muslim.



Surah An-Nisa' ayat 48-49

Surah Az-Zumar ayat 65


Rabu, Ogos 13, 2014

Menu ringkas selepas Raya

Tahun ni raya paling sedih. Hari Raya pertama sakit, demam dan tak mampu nak berdiri pun. Demam berlarutan selama 4 hari. Tak kebah-kebah. Paksa diri minum air banyak-banyak dan paksa diri makan nasi untuk tenaga dan nak makan ubat. Berat badan turun 3kg. Huhu... Mula-mula suspek denggi sebab ada ruam-ruam gatal yang keluar. Tapi pengakhirannya bukan denggi. Mungkin sebab badan terlalu panas masa mula-mula demam. Bintik-bintik merah tu hilang selepas minum air kelapa.
Alhamdulillah!

Ni menu ringkas hari ini. Kena mula diet balik. Sebelum hari raya hari tu saya try diet atkins dan berjaya turunkan 5kg. Lepas raya ni kena sambung balik. Tapi, jemputan kenduri dan rumah terbuka pula byk mengganggu. Tapi tak pe, buat sekadar mampu dan yang penting jangan seksa diri, OK!

Insya Allah, nanti ada masa saya nak kongsikan perjalanan diet atkins saya. Jom makan!

*spagetti goreng tomyam plus telur mata. Menu save bajet.

Ahad, Julai 20, 2014

MH17: Luka tambah parah...




17 Julai 2014 pasti jadi kenangan pahit buat seluruh warga Malaysia dan dunia amnya. Di saat umat Islam meniti malam ke 20 dalam ibadah Ramadhan, Malaysia dikejutkan dengan beritanya terhempasnya kapal terbang milik MAS MH17 yang berlepas dari Amsterdam, Belanda menuju Kuala Lumpur. Pesawat dipercayai ditembak oleh peluru berpandu di Ukrain. Mengorbankan kesemua penumpang dan anak kapal yang berjumlah 298 orang dari seluruh pelosok dunia.
Kini 3 hari berlalu, namun masih tiada tanda-tanda pasukan khas yang dihantar Malaysia dapat memasuki kawasan bencana tersebut. Bagaikan luka ditoreh-toreh dan ditabur garam atasnya. Konflik di kawasan tersebut termasuk blok-blok sokongan US dan Rusia akhirnya membuatkan Malaysia negara kecil ini menjadi mangsa tipu daya dunia.
Sampai bila? Bila harus berakhir penantian keluarga mangsa?

Belum sempat luka MH370 yang dihilangkan dari radar, kini MH17 pula yang ditembak jatuh dengan pelbagai alasan dan tiada pihak yang mengaku melakukannya.

Semoga dengan Ramadhan yang masih berbaki ini dapatlah kiranya seluruh warga Malaysia memanjatkan doa agar dipermudahkan urusan menyempurnakan jenazah-jenazah dan mayat korban ketamakan kuasa dunia.


Ahad, Jun 29, 2014

Salam Ramadhan Al-Mubarak 1435H


Salam Ramadhan buat seluruh umat Islam di mana jua berada. Pertingkatkan ibadah dan moga ibadah kita diterima olehNYA. Amin.

Rabu, Jun 25, 2014

Trip to Kuching

Entri tertangguh. Trip ke Kuching ni bulan lepas. Tapi sibuk manjang, maka tak sempat nak update apapun.
Trip bermula 15hb Mei. Naik flight pukul 2ptg. Hati berbolak-balik sebenarnya. Tiket dah ambil dari tahun lepas lagi. Dari sepatutnya pergi berlima tinggal pergi bertiga. Sorang tak jadi pergi awal tahun, sorang lagi tak jadi pergi last minute. Dan kemungkinan besar tiba-tiba trip ni tinggal sorang ja sangat la besar waktu tu. Nak buat macam mana, dugaan! Tapi akhirnya 3 orang ni check in di KLIA2 pada hari tersebut.

15hb Mei.

Pukul 8.30pagi dah tercongok depan 1 Utama nak naik bas ke KL Sentral. Namun akhirnya naik bas menuju Stesen LRT Kelana Jaya. Nasib baik suasana tak sibuk pada hari tersebut. Sampai di KL Sentral, kami bertiga cari Subway untuk beli sarapan.  Selesai beli sarapan kami menuju mencari bas ke KLIA2. Tambang RM10 sehala. Lebih kurang sejam lebih juga baru sampai KLIA2. Sampai situ tercengang-cengang, sebab bangunan baru. Luas giler, tapi dah biasa menapak dekat 1u, maka tak adalah rasa penat sangat pun nak menapak dalam KLIA 2 ni.
Selfie dulu masing-masing.

My Bff & Me yg dah bambam
Sampai di Kuching dalam pukul 5.30ptg macam tu. So, sibuk cari peta Kuching kat dalam airport. Dapatla jumpa sehelai peta. Jadila... Kereta yang dah di booking siap menunggu di luar lapangan terbang. Kereta Kancil, transisi manual. Masing-masing dah tengok antara satu sama lain. Alamatnya tiap-tiap hari driver lain-lain la. Semua boleh bawak manual. Syukur! Haha... Tapi satu jerla... stereng berat gila nak pulas. Kami terus ke Bandaraya Kuching. Serius, tak familiar dengan jalan memang membawa kepada kesesatan la. Hehe, ada peta kat tangan pun tak leh gak jumpa jalannya. Jadi, ambil keputusan, tanya orang. Tapi serius... still tak faham sangat penerangan orang yang kami tanya tu. Then, ambil keputusan belasah saja sampai jumpa. Akhirnya jumpa setelah setengah jam pusing-pusing gitu. Kami menginap di Marco Polo guesthouse di Jln. Padungan. Kat situ ada patung kucing besar. Konon nak tangkap gambar sebelum balik. Last-last sekali semua orang lupa dan melepas, hihi. Guesthouse ni nampak macam kecil tapi luas sebenarnya. Menang anugerah Tripadvisor 2013. Selesa, bersih dan kemas. Konsep backpackers, memang sesuai untuk yang buat percutian bajet macam kami. Kat sini pukul 6.30 dah gelap dah. Malam, perut pun lapar. Berjalanlah kami pergi mencari makanan. Kami makan dulu apa adanya. Esok bangun pagi baru nak get ready nak berjalan satu Kuching sampai malam.

16 Mei

Sarapan pagi disediakan tuan rumah guesthouse. Save bajet. Roti bakar dan ada kek dan kuih. Pukul 9.30pg lebih kurang, kami dah keluar, meronda dengan kereta. Kami ke Kuching Waterfront. Park di tepi jalan dengan tiket parking. Kami berjalan menyelusuri sepanjang pinggir sungai. Kelihatan perahu-perahu penumpang sudah pun memulakan aktiviti harian mereka. Dalam keramaian tu, perasan satu bangunan putih di tepi jalan. Bila dihampiri, rupanya sebuah muzium. Chinese Museum.
 Maka, kami pun masuk ke situ. Masuk adalah percuma. Nampak je kecil, tapi dalam dia penuh dengan informasi. Mula-mula kami masuk bilik tayangan yang ditayang sejarah penghijrahan bangsa Cina ke Sarawak, khasnya di Kuching la. Lepas tayangan dalam 10 minit-15minit macam tu, kami keluar dan meneroka setiap sudut. Let's the picture talk! Tak byk pun ambil gambar. Tapi bolehla dari tak ada.

OK, lepas selesai di situ, kami jalan-jalan lagi di pinggir sungai. Kami ambil keputusan mahu menyeberang ke sebelah sana. Mengikut cerita, di seberang sana merupakan perkampungan Melayu. Kalau nak beli kek lapis, di sebelah sinilah tempatnya. Ada banyak pilihan.
  

 
Tanbang perahu 50 sen sahaja sehala. Tapi kesianla tengok banyak pakcik-pakcik yang tua jadi kemudinya. Kat sini pun ada river cruise ya, tapi harganya lebih mahal iaitu RM40-45 dan akan membawa anda menyelusuri sepanjang sungai. Biasanya waktu malam, sebab tak panas sangat. Sampai di seberang sana, kami jalan kaki. Panas membahang walaupun baru pukul 10.30pagi. Macam dah tengah hari saja panasnya. Kami masuk kedai kek lapis. Cuma tengok-tengok sebab masing-masing nak shopping keesokan harinya, sebelum balik.
Tak tahan dengan panas, membuatkan kami terpaksa berteduh di kawasan foodcourt tepi sungai. Ada beberapa gerai yang dah buka. Perut pun dah lapar. Jadi, masing-masing order makanan. Kami cuba mi kolok. Mi kat sini kurang sedapnya. Tapi sebab perut dah lapar, kami makan saja tanpa banyak bunyi.
Meow. Sambil tu tengah belek peta nak berjalan ke mana lagi.

Menurut pakcik yang meniaga di gerai tersebut, Kuching ni tiada apa-apa yang menarik. Kena pergi ke Damai atau Santubong. Ada pantai dan Taman Budaya. Tapi, Taman Budaya terpaksa diketepikan sebab tak cukup bajet. Mungkin lain kali.
Selesai makan kami ke seberang sungai semula. Lepas tu melintas ke seberang jalan pula nak survey cenderahati. Memang banyak yang menarik. Ahh...tapi tak dapat nak beli semua yang mahu tu. Oh, lain kali kena datang lagi ke sini.

Kami mengambil keputusan untuk bertolak ke Santubong dan Damai yang terletak berhampiran. Lebih kurang 30km dari Bandaraya Kuching. Tapi sebelum ke Damai, kami ke Muzium Kucing yang terletak dalam bangunan Majlis Bandaraya Kuching Utara (kalau tak salah). Dalam ni cerita semua pasal kucing, dari spesisnya hinggalah ke lukisan dan barang perhiasan yang berbentuk kucing. Hello Kitty pun termasuk. Doraemon pun.
 

Beredar kami menuju ke Damai. Aini jadi driver sepanjang ke sana. Jalan dia ok. Senang juga ikut papan tanda. Sambil tu tercari-cari kalau ada tempat makan seafood. Memang nak sangat tu. 
Kami sampai ke Santubong lebih kurang 20 minit perjalanan. Cantik. Gunung Santubong terbentang di depan mata. Teringat baca kisah Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang. Ada lagi buku tu dalam simpanan. Tapi dah relai dari bingkai bukunya.

Kami mencari pantai di Santubong. Memang ada, tapi pantai awam dan sempit sangat nak part kereta. Jadi, kami berpatah balik dan menuju ke Damai Resort. Resort ni memang cantiklah. Sapa yang nak honeymoon boleh lah bercuti kat sini. Di Damai Resort, kami cari pantai juga. Setelah bertanyakan orang yang jadi receptionist hotel tu, rupanya kami kena ke Santubong. Ye lah, pantai yang kami tengok tadi la tu. Haha.. Dekat Damai ni ada, tapi kena masuk kawasan hotel. Kami minta izin masuk kawasan hotel tu. Wahh.. cantik. Kami duduk di tepi saja sambil menghirup udara di tepi pantai tu. Awan tu setelah diedit ye..haha.

Kami pulang setelah hampir setengah jam di situ. Kami mencari lagi perkampungan nelayan yang dikatakan tempat makanan seafood yang murah. Tapi malangnya belum dibuka lagi restorannya dan kebanyakannya milik peniaga Cina. Jadi, pusing-pusing kami bertiga balik terus ke Kuching sebab takut hari semakin gelap dan takut kami tak cam jalannya.
 
Sampai di Kuching, park sekali lagi kat tepi jalan, lebih kurang tempat yang sebelum ni kami parking tapi lebih ke belakang. Maknanya kami harus jalan kaki ke pangkalan perahu tambang lebih jauh. Perut lapar. Malam-malam Kuching Waterfront ni lebih happening rupanya. Ada penghibur jalanan. Ada banyak peniaga aksesori dan makanan juga. Kami naik perahu tambang menuju ke seberang sungai semula. Berjumpa dengan pakcik yang mula-mula bawa perahu tambang pagi tadi. Berjalan sakan kami. Sampai ke malam. Kami ke restoran My Village Baruk, di Kg. Boyan. Wah...ramai sangat. Tapi masih ada space. Kami order nasi ayam penyet. Dan kami cuba satu hidangan local iaitu Ayam Pansuh. Serius sedap sangat. Macam nak minta resepi saja gayanya. Ayam pansuh ni dimasak dalam buluh bersama-sama dengan pucuk ubi kayu, daun kesum dan bunga kantan. Kena cari resepi lepas ni. Lepas makan kami tersandar keletihan. Banyak sangat dan besar juga portion makan untuk seorang. Harga sangat2 berbaloi murah. Esok wajib kena cuba Laksa Sarawak pula. Restoran ni sangat disyorkan untuk sesiapa yang nak try local cuisine macam Ayam Pansuh ni. Tuan punya restoran sangat peramah. Siap syorkan lagi ke mana tempat untuk kami pergi keesokan harinya.
Kami menyeberang sungai dengan perahu tambang buat terakhir kali di Kuching. Disebabkan perut dah penuh, kenala jalan perlahan-lahan menuju kereta. Malam memang happening. Ada yang buat majlis atas cruise. Riuh. Makin ramai yang jual jualan di kaki lima. Macam-macam ada.
Kami pulang ke guesthouse setelah kepenatan. Lepas mandi terus tidur. Esoknya kena bangun awal untuk ke Pasar Minggu Serikin.

17 Mei
Awal pagi kami dah bangun. Hari ni hari terakhir di Kuching. Kami bersarapan pagi sebelum check out. Dalam pukul 8.30pg kami check out dan terus ke Mc Donald untuk bertemu teman lama Mazlia. Dengan 2 buah kereta, kami memandu ke Pekan Serikin yang terletak di sempadan Sarawak dan Indonesia. Pekan ni dibuka setiap minggu dan membolehkan peniaga-peniaga dari kedua-dua negara berniaga disini. Macam Padang Besar dan Bukit Kayu Hitam. Perjalanan menuju ke Serikin lebih kurang Sejam 30minit. Memang agak jauh berbanding ke Damai semalam. Sampai di sana dalam pukul 10 pagi. Matahari sudah panas membahang. Tak sempat nak bergambar atau apa pun sebab panas sangat. Kat sini banyak jual pakaian, cenderamata, telekung, oven untuk buat kek lapis pun ada. Banyak lagi la... Pekan berjualan ni hampir 1 km panjangnya dan bersambung pula dengan pasar basah yang jual macam-macam lagi jenis buah dan hasil tanaman. Tak beli apa-apa sangat pun. 
*Band kat belakang tengah buat persembahan. Suara diaorg sedap gila. Macam pro.

Dari Pasar Serikin kami balik ke Kuching. Singgah di Kompleks Satok yang di dalamnya pun terdapat pelbagai jenis peniaga. Tujuan utama, member nak beli ikan terubuk masin. Sebelum beli, kami makan dulu di situ. Yes, akhirnya dapat juga Laksa Sarawak. Boleh tahan sedap. Harga pun murah. Selesai membeli ikan, kami ke Kg. Boyan untuk beli kek lapis. Kami ke kedai semalam. Macam-macam jenis kek ada. Sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. Tapi tak pa, lepas rasa anda boleh minta tolong jurujual kedai tersebut ambilkan kek yang anda suka. Beli la sikit untuk rasa orang-orang di semenanjung. Harus datang lagi lain kali nak beli kek lapisnya. Sedap! Dari Kg. Boyan, naik kereta menyeberangi sungai. Kami ke kedai souvinier semalam untuk cari cenderamata kenang-kenangan. Dapat apa yang dicari kami terus pecut ke lapangan terbang. Jam dah menunjukkan ke pukul 3. Masih awal, tapi kalau boleh kami tak mahu tergesa-gesa sangat nanti penat. Sampai di airport, kami menunggu tuan punya kereta sewa. Selesai semuanya kami bergerak masuk ke dalam airport untuk check in bagasi dan segalanya. Lepas tu solat dan makan di KFC sekali lagi. Usai makan kami bergegas ke Balai Perlepasan. Pukul 5.30ptg kami bertolak pulang dengan kapal terbang menuju ke Semenanjung.





Best sangat, walaupun sekadar kunjungan pendek ke Kuching. Pasti akan datang lagi.