Rabu, September 19, 2007

~Selamat Datang Ramadhan~

Alhamdulillah, hari ini jika sampai waktu berbuka nanti maka cukuplah kita berpuasa selama 7 hari. Seronok benar Ryana bila datangnya Ramadhan. Ramadhan antara bulan yang cukup dinantikan Ryana dari bulan yang lain. Ramadhan bukan saja bulan yang penuh rahmat malah di dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bermulanya Ramadhan, maka ramailah Muslimin dan Muslimat cuba memperbaiki dan menambahkan amal ibadah di sepanjang bulan ini. Termasuklah Ryana sendiri. Masih banyak kekurangan diri sebagai hambaNYA. Bercerita tentang puasa, maka terlalu banyak kenangan ketika berpuasa di zaman kanak-kanak dahulu.Pernah dulu waktu Ryana di sekolah rendah, Ustazah Ryana sering menyuruh kami anak2 muridnya ini membaca al-quran di masa senggang. Kata ustazah, pahala digandakan jika kita membaca al-quran di dalam bulan Ramadhan ini. Satu huruf bersamaan gandaan pahala. Maka jika 10 huruf, 100 huruf, 1000 huruf... Mudah kan untuk mendapat pahala. Dan kami yang ketika itu masih singkat akal (maklumlah budak lagi), maka mengira setiap huruf dan didarab dengan dua. Malah kata Ustazah lagi, tidur sekejap selepas waktu Zohor pun dapat pahala. Waktu itu kelas Quran Tajwid kami di sebelah petang. Sementara menunggu giliran setiap murid menyemak bacaan dengan Ustazah, kami semua dibenarkan tidur sekejap.Ryana waktu kecil dahulu dah mula berpuasa ketika berusia 4 tahun lagi. Waktu umur 4 tahun, mula berpuasa dengan setengah hari. Yang paling best, mak cakap kalau tak larat boleh buka puasa. Maka berbukalah Ryana selepas Zohor. Tapi yang tak bestnya bila waktu berbuka kena kuarantin daripada orang lain. Tak boleh berbuka sekali dengan orang lain yang berpuasa penuh. Memang sedih sangat waktu tu. Lepas tu, esoknya... dah azam dalam diri nak puasa penuh. Yang nakalnya, kadang-kadang curi masuk dalam bilik air minum air... Tapi itu waktu mula-mula belajar puasa lah. Ryana dah mula berpuasa penuh ketika berumur 5 tahun. Jadi, memang tak ada masalah langsung nak berpuasa. Malah seronok.Indahnya kenangan itu jika dikenang. Bulan Puasa dan Raya ni, memang budak2lah yang paling seronok kan! =) Kita yang dah dewasa ni cuma mampu mengenang ajelah... Selamat menunaikan ibadah puasa semua! Moga Ramadhan kali ini diberkati segala ibadah yang kita lakukan.