Memaparkan catatan dengan label Tengok Wayang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tengok Wayang. Papar semua catatan
Sabtu, Februari 06, 2016
Ola Bola: Filem wajib tonton
Menonton filem Ola Bola bagai menonton filem Chak De India lakonan Shah Rukh Khan. Dan Malaysia sepatutnya memperbanyakkan lagi filem-filem seperti ini. Filem yang memberi inspirasi dan jiwa. Filem yang menyuntik semangat. Dah banyak sangat dah filem komedi, cinta, hantu... cukup-cukuplah! Orang asing boleh buat cerita-cerita macam ni... kenapa orang Malaysia tak boleh. Kami dahagakan cerita yang macam ni.
Recommended film. 4.5*
Sabtu, Oktober 24, 2015
Bridge of Spies
Hari ni dating dengan Housemate. Kami decide nak tengok wayang lakonan pelakon kegemarannya, Tom Hanks. (I pun dah terjebak suka.)
Tajuknya... Bridge of Spies arahan Steven Spielberg. Movie ini berkisah dari kisah benar era Perang Dingin antara US-Soviet, antara 2 blok politik. Mengisahkan pertukaran 2 warga Amerika yg tertangkap di USSr dengan seorang pengintip KGB.
Pada tahun 1957, di Brooklyn, US seorang pengintip KGB Soviet, Rudolph Abel telah ditahan di bilik tumpangannya kerana didapati melakukan kerja-kerja pengintipan.
James B. Donovan pula merupakan peguam insurans yang telah diminta oleh rakan kongsinya untuk mengambil kes Abel sebagai peguam pembela. Dia telah bertemu Abel dan Abel sendiri bersetuju Donovan menjadi peguamnya tetapi awal-awal lagi Abel dengan tegas tidak akan sesekali memberi maklumat kepada kerajaan US.
Donovan bekerja dengan sebaik mungkin. Tiada siapa menyangka Donovan benar-benar ingin membela Abel dengan cuba mencari bukti agar Abel dibebaskan. Usaha ini mendapat reaksi kemarahan dari masyarakat Amerika, sehingga keluarganya diancam.
Abel akhirnya didapati bersalah atas kesemua tuduhan namun Donovan berjaya meyakinkan hakim untuk menjatuhkan hukuman penjara selama 30 tahun berbanding hukuman asal iaitu hukuman mati dan mungkin juga Abel berguna untuk Amerika untuk sesuatu yg boleh ditawarkan kepada USSR jika ada tahanan Amerika yg ditawan di Soviet.
Dalam masa yg sama, Francis Gary Power, juruterbang pesawat pengintip U-2, US telah ditangkap setelah pesawatnya ditembak jatuh oleh pihak USSR di kawasan Soviet. Dia telah disabitkan kesalahan dan disoal-siasat.
Manakala Frederic Pryor, seorang graduan jurusan ekonomi warga Amerika telah melawat teman wanitanya di Berlin Timur, betul-betul bersebelahan dengan tembok Berlin yang sedang dibina. Dia cuba membawa teman wanitanya ke Berlin Barat, tetapi tidak berjaya. Dia ditahan dan dituduh sebagai pengintip.
USSR telah menghantar mesej 'back channel' kepada Donovan, melalui sepucuk surat dari 'keluarga' Abel, yang telah mencadangkan penukaran tahanan; Abel untuk Powers. CIA bersetuju dan menghantar Donovan sebagai wakil awam untuk berunding dengan pihak USSR di Berlin. Apabila mendengar tentang kisah Pryor, Donovan menegaskan bahawa dia ingin Powers & Pryor sebagai penukaran kepada Abel.
Begitulah kisah Bridge of Spies. Lakonan Tom Hanks ni memang banyak buat kita berfikir. Bukan untuk tontonan nak habiskan waktu senggang. Berbaloi bagi sesiapa yang sukakan cerita sedikit berat macam ni.
Bila tengok cerita ni, kepala berfikir... orang dulu-dulu walaupun berperang, masih ada tolak ansur di situ. Kalau nak bandingkan sekarang... nyawa rasanya terlalu murah. Dulu pun memang ada yang kejam... Kalau tengok dalam filem ni, hati rasa disayat ja bila tengok orang awam kena tembak ketika ingin memanjat tembok nak ke Berlin Barat. Tapi dalam waktu yang sama masih ada tolak ansur di situ... di mana Donovan masih selamat masuk berunding ke Berlin Timur walaupun dia hanya pergi bersendirian dan dalam perjalanan diperas oleh samseng dan kotnya sebagai galang-ganti.
OK. Ni review filem sebab dah lama sangat tak tonton filem. Thums up untuk lakonan Tom Hanks dan pengintip yang bernama Abel. Sebelum ni ada filem yg ditonton tapi rasa tak berbaloi nak buat review.. Hahaha.. Till then.
Manakala Frederic Pryor, seorang graduan jurusan ekonomi warga Amerika telah melawat teman wanitanya di Berlin Timur, betul-betul bersebelahan dengan tembok Berlin yang sedang dibina. Dia cuba membawa teman wanitanya ke Berlin Barat, tetapi tidak berjaya. Dia ditahan dan dituduh sebagai pengintip.
USSR telah menghantar mesej 'back channel' kepada Donovan, melalui sepucuk surat dari 'keluarga' Abel, yang telah mencadangkan penukaran tahanan; Abel untuk Powers. CIA bersetuju dan menghantar Donovan sebagai wakil awam untuk berunding dengan pihak USSR di Berlin. Apabila mendengar tentang kisah Pryor, Donovan menegaskan bahawa dia ingin Powers & Pryor sebagai penukaran kepada Abel.
Begitulah kisah Bridge of Spies. Lakonan Tom Hanks ni memang banyak buat kita berfikir. Bukan untuk tontonan nak habiskan waktu senggang. Berbaloi bagi sesiapa yang sukakan cerita sedikit berat macam ni.
Bila tengok cerita ni, kepala berfikir... orang dulu-dulu walaupun berperang, masih ada tolak ansur di situ. Kalau nak bandingkan sekarang... nyawa rasanya terlalu murah. Dulu pun memang ada yang kejam... Kalau tengok dalam filem ni, hati rasa disayat ja bila tengok orang awam kena tembak ketika ingin memanjat tembok nak ke Berlin Barat. Tapi dalam waktu yang sama masih ada tolak ansur di situ... di mana Donovan masih selamat masuk berunding ke Berlin Timur walaupun dia hanya pergi bersendirian dan dalam perjalanan diperas oleh samseng dan kotnya sebagai galang-ganti.
OK. Ni review filem sebab dah lama sangat tak tonton filem. Thums up untuk lakonan Tom Hanks dan pengintip yang bernama Abel. Sebelum ni ada filem yg ditonton tapi rasa tak berbaloi nak buat review.. Hahaha.. Till then.
Ahad, Mei 24, 2015
Filem Spy
Sempat menonton filem ni semalam. Dah lama tak nonton wayang sama-sama housemate. Bersempena hari lahirnya, maka boleh redeem tiket wayang dengan pihak panggung. Zaman-zaman semua nak pakai duit ni, maka beruntunglah rasa bila dapat redeem tiket free.
OK, semalam disebabkan pada mulanya nak tengok filem Avengers, tapi penuh la pula panggungnya. Jadi, pilih untuk tengok SPY ni. Tak tengok pun genre apa, pakai pilih je nak isi masa. Dalam otak, mungkin filem berat ala-ala James Bond. Tapi bila masuk je Melissa McCarthy dalam layar, ternyata sangkaanku meleset sama sekali. Dalam panggung habis dengan gelak ketawa je. Ringan otak rasanya.
Filem ini mungkin parody bagi filem James Bond. Tapi ditambah elemen-elemen komedi dalamnya. Apa yang kita jangka tak semestinya sama. Kalau dah biasa dengan filem Hollywood ni, banyak director yang buat cerita lebih kurang begini. Seseorang yang dari segi fizikalnya kalau ikutkan tak layak nak sertai satu-satu misi, dipilih untuk menjayakan misi. Dan ejen-ejen yang sedia ada kebanyakannya cuba underestimate ejen ini.
Dibintangi oleh Melissa McCarthy, Jason Statham, Jude Law dan ramai lagi. Dalam ni korang boleh tengok Jason Statham dari sisi lain. Selalu berlakon serius, muka ketat je kan... dalam ni pun sama. Cuma dialog-dialog yang dilontarkannya tu memang kelakar. Berlakon sebagai ejen Rick Ford yang menjengkelkan dan kononnya serba tahu.
Tak pandai nak review banyak-banyak, tapi filem ini sangat-sangat direkomen untuk anda tonton.
p/s: Never underestimated others! :)
Sabtu, Disember 27, 2014
Manisnya Cinta di Cappadocia.
Manisnya Cinta di Cappadocia. Ditayangkan di pawagam pada 11 Disember lepas namun baru berkesempatan menonton pada hari rabu yang lalu (24 Dis). Filem ini diadaptasi dari novel Manisnya Cinta tulisan Anis Ayuni. Of course tak boleh nak compare filem dengan novelnya. Novelnya lagi sarat. Tapi filem pun tak menghampakan. Cinematografinya sangat cantik. Kagum gila Malaysia nampak cantik macam tu. Lagi satu yang saya suka... love quotes. Sangat mengusik jiwa gitu :)
Dibarisi para pelakon handalan Malaysia. Yang belum tonton, boleh lagi ke pawagam berhampiran untuk menonton filem ini. Filem ringan. Kepala pun tak stress.
Ahad, Julai 07, 2013
Wayang: Monsters University
Wah, lama tak menulis di ruangan sendiri ini. Maaflah, kesibukan melampau..dan sekarang ni baru reda sedikit. Harap-harap dapat manfaatkan ruang ini seadanya.
OK, baru-baru layan sebuah filem animasi. Rasanya dah lama tayang di pawagam, tapi baru ada kesempatan nak tengok. Filem Monsters University dari Disney Pixar.
Haha..lama tak melayan cerita kartun kan. Nak release tension punya pasal. Maka, cerita ini yang dipilih. Cerita ini mengisahkan tentang Mike Wazowski monster yang bulat comel bermata satu, yang bercita-cita menjadi seorang penggerun. Tekadnya bulat selepas menyertai rombongan sambil belajar di Monster Inc, sebuah syarikat penggerun di mana monsters ini akan memasuki bilik kanak-kanak ketika mereka sedang tidur melalui sebuah pintu ajaib dan akan mengganggu tidur kanak-kanak ini. Di Monster Inc. Mike telah masuk bersama seorang penggerun bernama Frank ke dalam bilik seorang kanak-kanak dan melihat bagaimana Frank melakukan aksi secara langsung dan tanpa disedari oleh Frank sendiri. Dia keluar dari bilik tersebut dan dimarahi guru dan petugas di Monster Inc. kerana dikhuatiri akan teracun dengan toksik dari bilik kanak-kanak tersebut. Namun Frank terkejut dan gembira kerana monster sekecil Mike dapat keluar dari bilik kanak-kanak tadi dengan selamat. Frank menghadiahkan topi Monster University kepada Mike dan sejak dari itu Mike berazam untuk menjadi seorang penggerun dengan memasuki universiti tersebut.
Mike akhirnya mendaftarkan diri ke Monsters University dan bercadang untuk mengambil major dalam bidang penggerun (Scare) yang akan membolehkan mereka yang lulus dalam major tersebut menjadi scarer di Monster Inc.
Kehidupan universiti mereka macam manusia normal pulak. Ada macam-macam kerenah la.
Pada hari pertama, Mike berkawan dengan Randall 'Randy' Boggs, teman sebilik yang mana berazam menjadi popular namun sukar untuk mengawal kuasa camouflage nya...
Semasa kelas pertama dlm scare program tu, soalan Mike kepada pensyarahnya telah diganggu dengan kehadiran satu monster yang besar berwarna biru dan sangat sombong bernama James P. 'Sulley' Sullivan.
Seluruh kelas telah diberitahu oleh Dean Hardscrabble bahawa sesiapa yang ingin menjadi scarer harus lulus final exam yang akan dilakukan pada akhir semester.Sullivan dengan lagak scarer secara natural dan Mike yang belajar dengan kuat untuk menjadi scarer..,menyaksikan pertembungan hangat di situ.
Nak tahu lebih lanjut kena menonton sampai habis. Ada banyak pengajaran dalam gelak juga tawa bersama team Oozma Kappa (OK).
Selamat menonton! :)
Isnin, Disember 24, 2012
Life Of Pi…
Menonton filem ini di TGV 1 Utama yang baru dibuka semula di 1 Utama. Tertarik dengan trailernya di TV dan mengutip komen-komen dari penonton yang telah menonton filem ini di pawagam.
OK, sebelum itu ingin saya beritahu di sini bahawa Life Of Pi yang telah difilemkan ini telah diangkat dari novel pengembaraan fantasi karya Yann Martel yang telah diterbitkan pada tahun 2001. Karya Yann Martel ini juga telah memenangi anugerah Man Booker Prize untuk kategori buku fiksyen pada tahun 2002. Buku ini juga telah diterjemahkan ke beberapa bahasa.
Naskah ini kemudiannya diangkat menjadi filem oleh pengarah Ang Lee pada tahun 2012 dan screenplay nya oleh David Magee.
Filem ini terbahagi kepada 3 bahagian. Bahagian pertama, kita diperkenalkan oleh karektor Pi yang telah dewasa dengan seorang Inggeris. Dia menceritakan bagaimana dia mendapat nama. Namanya diberi sebagai Piscine Molitor Patel yang mana diambil sempena nama sebuah kolam renang di Perancis. Dia menukar panggilan namanya kepada Pi bila memasuki sekolah menengah setelah penat dipersendakan oleh rakan-rakan sebayanya dengan nama 'Pissing Patel'. Ayah Pi mempunyai sebuah zoo di Pondicherry (sebuah tempat di India), yang memberikan pengalaman masa untuk Pi berteman dengan binatang-binatang di dalamnya.
Pi dibesarkan dalam agama Hindu, tetapi ketika berumur 14 tahun dia diperkenalkan kepada agama Kristian dan Islam. Bermula dari situ dia menganut ketiga-tiga agama tersebut.
Suatu ketika, kerajaan ingin mengambil tanah zoo dan ayah Pi terpaksa memikirkan jalan untuk itu. Akhirnya ayah dan ibu Pi berkeputusan bahawa mereka akan berpindah ke Kanada dan akan membawa bersama binatang-binatang ke sana untuk dijual bagi menampung kehidupan mereka di Kanada.
Pendapat saya: Visual untuk gambar ini sungguh cantik. Dan semua yang difilemkan tersebut membuatkan kita percaya akan kewujudannya. Contoh: Pulau Karnivor, Ikan-ikan yang berterbangan di tengah lautan...dan keadaan lautan di tengah malam yang dipenuhi obor-obor yang bercahaya… Buat kita leka seketika. Oh ya…harimau ni namanya Richard Parker.
Ahad, Disember 16, 2012
The Hobbit: An Unexpected Journey
Lama tak update blog ni. Mohon maaf ye. Tuan tanah tak berapa sihat mental dan fizikal sejak kebelakangan ni. :)
Ok, selepas pulang dari menghadiri jemputan perkahwinan di Seremban, kami (saya dan kawan-kawan) bersepakat untuk menonton cerita The Hobbit di GSC 1 Utama.
The Hobbit diangkat menjadi filem oleh Peter Jackson yang sebelum ini turut mengarahkan filem Trilogy Lord Of The Ring. The Hobbit juga merupakan filem yang ada kena mengena dengan Lord Of The Ring kerana bersandarkan pada buku hasil tulisan dari J.R.R Tolkien.
Filem ini merupakan sequel pertama The Hobbit dan bakal diikuti oleh The Hobbit:Desolation of Smaug (2013) dan The Hobbit:There and Back Again (2014).
Sebenarnya tak tahu sangat mengenai filem ini. Harus kena rujuk sumber dari buku dan juga internet. Tapi, filem ini sangat best di tonton! Tak rugi menghabiskan duit.
Ini sedikit maklumat tambahan dikutip dari sebuah buku…
The Hobbit merupakan kisah mengenai Bilbo Baggins yang kehidupan biasanya bertukar apabila dia menyertai ahli sihir Gandalf dan 13 lagi suku orang kenit (dwarves) dalam usaha mereka untuk menuntut harta/negeri yang telah dicuri.
Pengembaraan mereka berdepan dengan bahaya dan di akhir cerita Bilbo akan berhadapan dengan penjaga harta itu, iaitu naga yang paling ditakuti di Middle Earth.
Dalam cerita ni kita akan dapat tahu bagaimana wujudnya cincin yang punyai kuasa magik… 'Lord Of The Ring'.
Sabtu, November 03, 2012
Filem Istanbul Aku Datang, wajib tonton!
Tadi sempat tonton The Making of... 'Istanbul Aku Datang' di TV. Menarik dan tertarik. Filem ini akan ditayangkan di pawagam-pawagam berhampiran anda pada 8 November 2012. Dengan caption 8000km mencari cinta. Tema: Komedi Romantik.Yeay, wajib pergi tengok!
Pelakon utama, Lisa Surihani, Beto Kusyairy, Tomok, Aizat... Sure teruja! Sinematografi yang sungguh cantik dan jalan cerita yang fresh.. Teruja nak tengok Beto berlakon setelah tersangkut dengan cara lakonannya. Tak nak citer panjang-panjang.. Kita layankan gambar dulu ok! :D
Awww.....apsal gambar Lisa jer banyak?? Ok, will update later with others.. :)
Here the Trailers……………
Ok guys, counting days... :D
Update 10th November: Dah tengok citer ni dengan si dia. Over all memang best. Not bad. Walaupun kisah cinta biasa…tapi cara penceritaannya sedikit berbeza dari filem melayu lain. Pemandangan Istanbul sangat cantik. Rasa nak terbang ke sana juga. Pelakon yang berlakon dalam filem ni pun sangat best dan dialog yg dilontar pun sangat bersahaja. Ada part sedih jugak dalam ni dan buat airmata bergenang (so touching & focus sungguh minah ni…haha). I love Beto more… :D Lisa also good. Lari dari watak yang dia selalu bawa. 4.5 bintang from 5... Worth watching!
Ahad, Februari 18, 2007
Qabil Khushry Qabil Igam, santapan hari Sabtu

Semalam bertempat di GSC One Utama (Ceh... rasa mcm skema je ayat ni. Macam nak buat speech) aku, bersama 3 org teman tempat kerja ku yg lain, pergilah nonton filem QKQI ni. Well, hall tersebut sesak lah jgk dgn org melayu.
Jalan citer dia bestlah jugak. Suka sekali waktu first part, waktu keempat2 org pelakon tu di zaman remaja. Memang kelakar habis. Tapi bila dah mai part sedih tu... seluruh hall senyap je melayan rasa tersentuh di hati. Lakonan keempat2 pelakon tu oklah! Ziana zain rasanya makin remaja wajahnya. Erra... rasanya tak perlu dipertikaikan lagi. Hans dan Rusdi pun best!
Cuma rasa agak terkilan sebab rasanya banyak sangat scene sedih pada penghujung cerita... Untuk lebih lanjut boleh lah ke laman ini: www.qkqi.com.my
Langgan:
Catatan (Atom)
































