Isnin, Disember 24, 2012

Life Of Pi…


Menonton filem ini di TGV 1 Utama yang baru dibuka semula di 1 Utama. Tertarik dengan trailernya di TV dan mengutip komen-komen dari penonton yang telah menonton filem ini di pawagam.
OK, sebelum itu ingin saya beritahu di sini bahawa Life Of Pi yang telah difilemkan ini telah diangkat dari novel pengembaraan fantasi karya Yann Martel yang telah diterbitkan pada tahun 2001. Karya Yann Martel ini juga telah memenangi anugerah Man Booker Prize untuk kategori buku fiksyen pada tahun 2002. Buku ini juga telah diterjemahkan ke beberapa bahasa.
Naskah ini kemudiannya diangkat menjadi filem oleh pengarah Ang Lee pada tahun 2012 dan screenplay nya oleh David Magee.
Filem ini terbahagi kepada 3 bahagian. Bahagian pertama, kita diperkenalkan oleh karektor Pi yang telah dewasa dengan seorang Inggeris. Dia menceritakan bagaimana dia mendapat nama. Namanya diberi sebagai Piscine Molitor Patel yang mana diambil sempena nama sebuah kolam renang di Perancis. Dia menukar panggilan namanya kepada Pi bila memasuki sekolah menengah setelah penat dipersendakan oleh rakan-rakan sebayanya dengan nama 'Pissing Patel'. Ayah Pi mempunyai sebuah zoo di Pondicherry (sebuah tempat di India), yang memberikan pengalaman masa untuk Pi berteman dengan binatang-binatang di dalamnya.
Pi dibesarkan dalam agama Hindu, tetapi ketika berumur 14 tahun dia diperkenalkan kepada agama Kristian dan Islam. Bermula dari situ dia menganut ketiga-tiga agama tersebut.
Suatu ketika, kerajaan ingin mengambil tanah zoo dan ayah Pi terpaksa memikirkan jalan untuk itu. Akhirnya ayah dan ibu Pi berkeputusan bahawa mereka akan berpindah ke Kanada dan akan membawa bersama binatang-binatang ke sana untuk dijual bagi menampung kehidupan mereka di Kanada.


Namun kejadian tak diduga berlaku. Kapal yang mereka naiki karam di tengah lautan. Pi hanyut bersama bot keselamatan ditemani bersama seekor kuda belang yang cedera. Keesokan harinya seekor orang utan yang terapung di atas timbunan-timbunan pisang menghampiri bot mereka. Tanpa diduga, dibawah kanvas bot tersebut terdapat seekor serigala liar. Serigala tersebut keluar dan kelaparan. Cuba menyerang Pi, namun Pi menyelamatkan dirinya. Akhirnya serigala tersebut menyerang kudang belang yang cedera itu dan memakan dagingnya. Beberapa hari kemudian, serigala itu bertindak ganas lagi dan menyerang orang utan pula. Dan lagi satu kejutan timbul bila keluar seekor harimau Bengal yang bersembunyi di bawah kanvas. Harimau itu keluar dan menyerang serigala tersebut dan memakannya. Akhir sekali tinggal Pi bersama harimau Bengal tersebut di atas bot. Berjayakah Pi hidup dalam mengharungi hari-harinya di Lautan Pasifik bersama seekor harimau Bengal itu? Nak tahu lebih lanjut kena tonton.
Pendapat saya: Visual untuk gambar ini sungguh cantik. Dan semua yang difilemkan tersebut membuatkan kita percaya akan kewujudannya. Contoh: Pulau Karnivor, Ikan-ikan yang berterbangan di tengah lautan...dan keadaan lautan di tengah malam yang dipenuhi obor-obor yang bercahaya… Buat kita leka seketika. Oh ya…harimau ni namanya Richard Parker.

Tiada ulasan: