Isnin, September 29, 2008

Di Akhir Ramadhan, Menjelang Syawal…

Persiapan untuk raya sebenarnya dah dibuat. Cuma saja nak jenjalan kat Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR). Kebetulan satu dua benda yang belum dibeli. Hehe… last skali, beli juga untuk diri sendiri. Sehelai tudung. Itupun nasib baik tak tambah lagi koleksi baju raya. Nasib baik dapat menewaskan nafsu sendiri. Haha…  =)
Fuh… betapa ramai orang hari ni. Sampai melecet kaki berjalan tu. Sempat juga
 snap dua tiga keping gambar kenangan. Gambar orang ramai yg berpusu-pusu shopping. Hujan pun, orang dah tak kisah. Selamba jer jalan kat tengah-tengah bazar yang cukup panjang tu.

 Ramai kan orang? Ryana akan pulang ke kampung pada pagi nanti. Buat semua yg memandu pulang ke kampung. Berhati-hati di jalan raya ok! Selamat Hari Raya! =)

Jumaat, September 26, 2008

Salam Aidil Fitri…


Waduh… bertapa sekejap Riana selama lebih kurang sebulan lamanya. Dah masuk puasa yg ke 26 baru nak letak entry ya! Tambah-tambah nak nak dekat raya ni. Bermakna entry untuk hari raya lah ni.
Bulan puasa tahun ni memang benar-benar menguji kesabaran betul. Selepas lebih kurang 2 minggu, badan tak sihat dan diserang demam kuat. Dah le waktu tu hari terakhir berpuasa di kampung (Riana balik ke kampung selama seminggu). Travel atas bas yg dibawa laju… Macam nak ketuk jer kepala driver bas tu. Satu, sebab bawak bas laju giler. Kedua sebab pasang lagu rock kapak. Dah la dapat seat no. 2 dari depan. Terseksa jiwa dan raga! Sampai di KL pula, tetiba bas tu melencong pergi Klang dan Shah Alam dulu. Aduhai… sangat2 penat. Panas badan rasanya dah hampir 40 darjah kot. Akhirnya Riana turun di depan Central Market. Haha… turun je dari bas, tetiba nampak bintang-bintang. Nasib baik tak gelap mata. Balik ke rumah dengan lrt dan kemudiannya menaiki teksi. Sehari kemudian, Riana MC. Pergi check up, doktor cakap panas 38 darjah. Fuyoo! Dalam kepanasan yang terlampau tu, Riana mula sedar perubahan-perubahan kepada kitaran semula jadi badan tak berjalan dengan lancar. Ini antara simptom-simptom demam panas Riana hari tu;
1. Rasa letih melampau, sampaikan setiap masa, mata mahu pejam saja.
2. Hidung terasa menyucuk2 jika berada di dalam bas berhawa dingin. Pastu bila batuk, pasti keluar kahak  berdarah. Rasa macam ada pendarahan pula di bahagian rongga hidung dan tekak.
3. Peluh tak keluar. Buah pinggang juga terasa gagal berfungsi secara normal. Pundi kencing juga mengalami nasib yang sama.
4. Dalam panas-panas tu, tetiba je akan terasa seram-sejuk.
Selepas pergi check kat panel clinic, doktor tu tak banyak check. Cuma banyak bertanya. Selsema ke? Batuk ke? Demam dah berapa hari? Sakit tekak ke? Rasa macam kita plak yang jadi doktor tu. Doktor tersebut sempat pesan, kalau demam tak kebah-kebah. Maka, Riana harus menjalani pemeriksaan semula. Dan dalam kepala Riana dah tahu apa maksud doktor tersebut kalau Riana tak sembuh, Riana mungkin disyaki DENGGI. 
Alhamdulillah, demam Riana tu kebah selepas dua hari kemudian. Tapi letih betul dijangkiti demam kali ini. Rasanya dah 2 tahun demam menyerang dalam bulan puasa.

---------------------------------------------------------------------------------

Bekerja semula setelah seminggu bercuti. Dikejutkan dengan satu berita yg memang tak best nak dengar. Riana, currently incharge bahagian Professional Books di MPH 1 Utama. Professional Books ni meliputi, Business & Management, IT, Engineering, Investment & Finance, Law, Medical, Test Reference (SAT, GRE, GMAT, TOEFL & etc), A- Level/ O-Level, Hospitality, Accounting, Architecture & Interior, Science & Technology dan Dictionary. Dah 3 tahun mengendalikan dari A sampai Z di department tersebut. Alih-alih, tetiba nak suruh kita tukar jadi head of department General Books Bukanlah bermakna Riana menolak perubahan. Yes, we need changes. Sekuran-kurangnya untuk menambahkan pengalaman. Ya, Riana sedar, bukan selama-lamanya akan kekal di sini. Tapi, Riana tak puas hati apabila perubahan yang bakal dilakukan itu ingin dilaksanakan secara tergesa-gesa. Sakit betul hati! 
------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah, Tahun ini Riana sekeluarga akan menyambut raya dengan kehadiran orang baru. Kakak ipar Riana,selamat melahirkan baby ke tiganya pada 8 September yang lalu. Maka bertambahlah lagi seorang anak buah yang dah pun memasuki jumlah 26 org. Selamat Datang, Muhammad Adhwa Hakim.
-------------------------------------------------------------------
Dikesempatan yang ada ini Riana ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin. Maafkanlah andainya ada kata-kata yang menyinggung hati dan perasaan tanpa sedar. Moga lebaran tahun ini memberi seribu rahmat kepada kita semua.
Buat rakan-rakan yang jauh mahupun yang dekat, sanak-saudara di serata pelusuk Malaysia yang turut membaca bingkisan ini. Buat pengunjung setia blog Ryana ini. Jangan pernah serik untuk terus bertandang ke rumah Riana. Buat teman-teman seangkatan, teman-teman seperjuangan, rakan-rakan dan juga peminat novel… walau di mana jua anda berada.
Jari Sepuluh di Susun, Kemaafan darimu kupohon… Salam Aidilfitri!