Memaparkan catatan dengan label movie. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label movie. Papar semua catatan

Ahad, Mac 22, 2015

Movie: Cinderella 2015


Sempat menonton Cinderella semasa hari cuti yang lepas. Jadi, wajiblah letak sedikit entry di blog sendiri, walaupun bukan sebuah review menarik untuk orang baca.
Cerita Cinderella ini diilhamkan dari animasi Cinderella oleh Disney pada tahun 1950. Selepas projek Alice in Wonderland oleh Tim Burton berjaya membuahkan hasil yang lumayan, Disney mula mengorak langkah untuk menjadikan Cinderella sebuah filem.
Jalan ceritanya sama seperti cerita Cinderella yang kita pernah dengar bersama dengan sedikit penambahan di mana Cinderella bertemu dengan Prince Charmingnya sebelum pesta tari-menari di Istana, iaitu di dalam hutan ketika sang putera sedang memburu rusa. Ini ada sedikit persamaan dengan cerita Bawang Putih, Bawang Merah versi Malaysia. :)
Dibintangi oleh Lily James sebagai Cinderella, Richard Madden sebagai Prince Charming dan Cate Blanchett sebagai Lady Tremaine (Cinderella's wicked step mother).
Keseluruhan cerita, 3 bintang! (3/5)

Apa yang menarik?
- Costume cantik! Sangat cantik!
- Prop juga cantik, terutama di Istana.
- Ibu tiri lebih menyerlah berbanding Cinderella.

 
 
   





p/s: Sementara masih ditayangkan di pawagam ni, cepat-cepatlah pergi tengok kepada yang kepingin nak berangan seketika dalam dunia fairy tales. Kepingin juga mahu lihat Malay Fairy Tales setanding ini jika difilemkan... tak kisahlah Fairy Tales yg mana... :)

Update: Oppss...lupa nak beritahu... kepada peminat Elsa & Anna, ada short film sebelum tayangan Cinderella bermula... Sweet! 

Sumber gambar: Facebook Pages Cinderella. Trailer: Youtube.




Khamis, Februari 18, 2010

Riana in Wonderland…hehe




























Alice in Wonderland… Wah…movie ni bakal keluar 11 March nanti… tp bahangnya tu terasa sangat… Best giler. Sejak kanak-kanak lagi Riana memang suka tengok kartun atau cerita apa saja berkenaan Alice ni di TV. Karya Carol Lewis ni memang penghibur Riana di zaman kanak-kanak. Walaupun movie nya keluar pada zaman Riana yg dah bukan kanak-kanak lagi ni… tapi Riana xmau miss dari melihat movie hebat ini… Ditambah dengan pelakon pujaanku yang berlakon di dalam movie tersebut…Johnny Depp… Huhu…banyak betul agenda bulan March ni…hehe ;)