Memaparkan catatan dengan label jom kurus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jom kurus. Papar semua catatan

Jumaat, November 28, 2014

Air. Tips #9


Sayang-sayang sekalian, satu je nak cakap... Air sangat penting untuk sesiapa je yang nak kuruskan badan. Pengambilan air kena mencukupi sebab air ni fungsinya untuk detoks bahan-bahan yang tidak patut berada dalam badan kita.
Pastikan pengambilan air kita melebihi 2 liter. Lagi lebih, lagi bagus. Pakar pemakanan mengesyorkan pengambilan air sehingga urine kita menjadi jernih. 
Ada yang tanya, minum banyak air tak kembung ke? 
Adik-adik, peratusan sel-sel badan kita semuanya perlukan lebih air. Kalau tak ada air, sel-sel badan  perlahan-lahan menjadi rosak. 
Jadi, minum air mencukupi.


p/s: Hilang lagi 1 kg hari ni :)

Ahad, November 16, 2014

Kebaikan Teh Hijau -Tips #8

Infografik best untuk yang nak kurus dan jaga kesihatan. Teh hijau ni saya amalkan setiap hari, setiap pagi. Lagi baik dapat minum 2 kali sehari sebab sangat membantu metabolisme badan. Berpeluh-peluh macam buat senaman dah. Yang best sekali kesannya ialah mata terang ja...tak mengantuk. Biasanya pagi-pagi tu rasa malas sangat nak kerja, tapi lepas minum teh hijau ni terus rasa semangat ja buat kerja. Disamping tu, mood kita rasa terkawal, tak ada nak stres-stres. Di samping tu dapat menyegarkan diri kita. Tak la rasa lemah dan lemau ja. Cuma jangan minum waktu malam, takut -takut nanti susah nak tidur. Pernah terkena sekali sebab tak tahu...minum awal malam. Mata berjaga jadi burung hantu.
Sebab apa cakap sapa-sapa nak kurus boleh cuba teh hijau ni? Teh hijau ni boleh bakar kalori kita. Macam yang saya amalkan, pagi-pagi dah berpeluh-peluh macam buat senaman.
Ada banyak lagi manfaat dan khasiat yang ada pada teh hijau. Saya pun baru tahu sesetengahnya. Rujuk infografik di bawah ya! Selamat menjaga kesihatan.

p/s: Seronok kumpul infografik yang cam gini... banyak info baru.










Rabu, Oktober 22, 2014

Basic. #5


Ini yang saya lakukan untuk turunkan berat badan. 
Alhamdulillah 5kg dalam masa 1 bulan :)
Low Carb.

Ahad, Mei 11, 2014

Senaman Perut :)

Menghadapi masalah lemak berlebihan di perut. Dah puas cari cara nak kempiskan perut. Bolehlah cuba senaman di bawah ni :)


Jom cuba!

Isnin, April 28, 2014

My breakfast ♥

Ini antara koleksi sarapan pagi saya. Ringkas dan cepat sangat nak buat.


Goreng telur hancur kemudian letak kepingan cheese atas telur yg masih panas.


Selasa, April 22, 2014

Lunch yang ringkas #4

Nak cuba menu diet yang ekstrim sikit. Sekarang ni dah hampir sebulan tak sentuh nasi sangat. Makan nasi seminggu sekali saja. Nak tengok kesannya bagaimana.
Lunch hari ni simple, tapi pening juga la dari semalam fikir nak buatnya...


Dalam telur dadar ni ada daging hancur yg digoreng dgn bawang dan sedikit perencah tomyam. Makan tadi rasa sedapnya. Ditambah dengan daun salad yang rangup. Sedap je pun. Esok, tengah fikir nak masak apa pula untuk breakfast, lunch dan mkn mlm... hmmm...

Sabtu, Januari 25, 2014

Exercise #2

Bila badan dah berisi, nak bergerak pun malas kan. Disebabkan malas bergerak tu la pembakaran lemak berlangsung sangat perlahan. Tapi kalau tekad nak kurus, kena rajin-rajin buat workout. Kalau anda berduit dan mampu, boleh pergi daftar mana-mana gym untuk buat latihan kardio dan workout untuk membakar lemak dan kalori. Bagi yang macam Riana, yang tak mampu ni kita boleh buat senaman sendiri di rumah.
Buat senaman sendiri? Kat rumah? Alamatnya bukan senaman, sebaliknya sambung tidur di katil la jawabnya.
Tapi kalau nak kurus, tekad kena kuat. Azam kita jangan separuh jalan. Kalau kena tulis poster besar-besar dalam bilik untuk naikkan semangat, sila buat sekarang... jangan bertangguh. Ye lah, kita ni manusia.. adakala datang mood malas tu, tak dapat nak tahan-tahan lagi dah. Jangan pernah mengalah dan terus give up. Rutin senaman dan mengawal pemakanan harus diteruskan selama lebih kurang 3 bulan untuk melihat hasilnya.
*Jeles OK tengok orang boleh kurus. Dia orang boleh, kita pun pasti boleh!

Sekarang ni Riana banyakkan pembacaan mengenai pengambilan makanan dengan betul dan cuba praktiskan. Selain tu dah mula surf youtube untuk cari workout yang sesuai untuk beginner yang nak bakar lemak. Riana subscribe fitnessblender.com. Dalam tu ada macam-macam jenis video workout yang bermanfaat untuk kita cuba. (try link ni: http://www.youtube.com/watch?v=7ea1BfxnlNo )

Atau korang boleh jer search di google atau you tube. Cari jer keyword workout, aerobic atau zumba pun OK. Dah boleh try di rumah je. Tak perlu nak pergi gym bagai.Ada juga terbaca tips dari Aizat yg dulu chubby sangat waktu masuk AF dan sekarang dah hensem sejak dah kurus. Dia cakap, dia joging 30 minit setiap hari tanpa gagal selama 3 bulan dan juga buat work out di gym. Dia cakap, tak boleh tinggal selama 3 bulan baru dapat kesannya. Jadi, kena rajin.
Mula-mula workout memang sakit sana sini... kalau dah lenguh, sakit sana sini jangan paksa diri untuk teruskan. Take a break dan esoknya cuba lagi. Lama kelamaan sengal-sengal dan sakit tu hilang dengan sendirinya sebab otot kita dah mesra dengan work out yang kita buat.

Alright, JOM MULA HARI INI. :)