Memaparkan catatan dengan label percaya ada cinta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label percaya ada cinta. Papar semua catatan

Jumaat, September 20, 2013

FB Pages Ryana Adrina



Salam semua...

Dah lama tak bersua.. sibuk adalah alasan utama. Tak tau nak bagi alasan apa lagi dah. Terima je la ye...

Ryana nak buat pengumuman sikit. Ryana dah tak approve friend request utk personal FB Ryana lagi dah. Kalau ada teman-teman yang belum add ryana sebelum ni di FB personal, boleh berbuat demikian di FB pages Ryana.Adrina ya!

Maaf ya...jgn chop Ryana sombong pula ya.. Semua langkah ni dibuat atas faktor keselamatan Ryana. Harap teman-teman memahami ya.


Happy surfing... boleh jer nak tanya apa-apa tentang saya di situ..

Rabu, Mac 17, 2010

~Percaya Ada Cinta~




Buah tangan Ryana yg terbaru buat yg ternanti-nanti. Insya Allah menemui anda di KLIBF, PWTC 19-28 Mac.


Updated: Riana akan berada di Dewan Tun Hussein Onn,PWTC pada 20, 25 dan 26 Mac ini. Jumpa anda di sana ya! ;)


Harga: RM18.00
Halaman: 480
Penulis: Ryana Adrina
ISBN: 978-983-124-513-2

Sinopsis: BERADA di dalam lingkung an keluarga sendiri, terasa diri bagaikan orang a sing. Sejak kecil, jiwa Wafi ya men derita. Diri seolah dinafi kan hak sebagai anak kandung apabila ibu bapa sendiri menyayangi orang luar melebihi dirinya sendiri.

Entah apa silapnya hingga dia terpaksa membayar harga yang mahal demi meraih sebuah kebahagiaan. Dia didesak berkahwin dengan Arsyad, teman lelaki sepupunya. Walaupun berat hati, dipaksa juga diri menerima pinangan tersebut. Dia yakin, Arsyad tidak mencintainya, malah pasti bahtera rumah tangga mereka tidak akan ke mana-mana!

Ternyata alam rumah tangga merubah segalanya. Dalam marah dan dendam, masing-masing saling mencuit hati, mengusik rasa. Wafi ya yang sengaja mengasingkan diri, tanpa sedar menyentuh jiwa Arsyad. Dalam keras, ciri-ciri kelembutannya tetap terserlah. Namun, bila harapan itu ada, badai taufan mula menampakkan diri, menghempas pantai, menjahanamkan sinar.

Bisakah dia mengecap nikmat bahagia, atau bahagia itu sememangnya tidak tercipta untuknya?