OK, baru-baru layan sebuah filem animasi. Rasanya dah lama tayang di pawagam, tapi baru ada kesempatan nak tengok. Filem Monsters University dari Disney Pixar.
Haha..lama tak melayan cerita kartun kan. Nak release tension punya pasal. Maka, cerita ini yang dipilih. Cerita ini mengisahkan tentang Mike Wazowski monster yang bulat comel bermata satu, yang bercita-cita menjadi seorang penggerun. Tekadnya bulat selepas menyertai rombongan sambil belajar di Monster Inc, sebuah syarikat penggerun di mana monsters ini akan memasuki bilik kanak-kanak ketika mereka sedang tidur melalui sebuah pintu ajaib dan akan mengganggu tidur kanak-kanak ini. Di Monster Inc. Mike telah masuk bersama seorang penggerun bernama Frank ke dalam bilik seorang kanak-kanak dan melihat bagaimana Frank melakukan aksi secara langsung dan tanpa disedari oleh Frank sendiri. Dia keluar dari bilik tersebut dan dimarahi guru dan petugas di Monster Inc. kerana dikhuatiri akan teracun dengan toksik dari bilik kanak-kanak tersebut. Namun Frank terkejut dan gembira kerana monster sekecil Mike dapat keluar dari bilik kanak-kanak tadi dengan selamat. Frank menghadiahkan topi Monster University kepada Mike dan sejak dari itu Mike berazam untuk menjadi seorang penggerun dengan memasuki universiti tersebut.
Mike akhirnya mendaftarkan diri ke Monsters University dan bercadang untuk mengambil major dalam bidang penggerun (Scare) yang akan membolehkan mereka yang lulus dalam major tersebut menjadi scarer di Monster Inc.
Kehidupan universiti mereka macam manusia normal pulak. Ada macam-macam kerenah la.
Pada hari pertama, Mike berkawan dengan Randall 'Randy' Boggs, teman sebilik yang mana berazam menjadi popular namun sukar untuk mengawal kuasa camouflage nya...
Semasa kelas pertama dlm scare program tu, soalan Mike kepada pensyarahnya telah diganggu dengan kehadiran satu monster yang besar berwarna biru dan sangat sombong bernama James P. 'Sulley' Sullivan.
Seluruh kelas telah diberitahu oleh Dean Hardscrabble bahawa sesiapa yang ingin menjadi scarer harus lulus final exam yang akan dilakukan pada akhir semester.Sullivan dengan lagak scarer secara natural dan Mike yang belajar dengan kuat untuk menjadi scarer..,menyaksikan pertembungan hangat di situ.
Nak tahu lebih lanjut kena menonton sampai habis. Ada banyak pengajaran dalam gelak juga tawa bersama team Oozma Kappa (OK).
Selamat menonton! :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan