Ahad, Januari 13, 2013
Entri tahun baru yang terlambat...
Salam...
Dah lebih 13 hari baru rasa nak update blog. Huhu... Maaflah. Tuan rumah bercuti ke kampung halaman. Jadi oleh kerana limited access to broadband, tak dapatlah nak letak entri baru.
Bila belek-belen entri tahun lepas, tuan rumah cuma update 27 entri sahaja. Tapi tahun sebelum tu (2011) lagi teruk... 9 entri saja. Sangatla pemalas.Tahun ni azam baru di alam penulisan blog, tuan rumah tetap nak tambahkan entri blog lebih banyak dari tahun lepas. Amin. Disamping tu, tuan rumah nak mengusahakan juga manuskrip baru agar pembaca tak le letih menunggu. Minta ampun minta maaf dah masuk tahun ke tiga belum ada novel baru. Insya Allah, tuan rumah akan berusaha sekeras-kerasnya. :) Untuk review manuskrip baru tuan rumah, boleh klik di SINI.Setakat entri ini ditulis masih di bab 15. Tuan rumah akan letak separuh jer tau jalan cerita di ILHAM. Sampai agak-agak dah suspend, tuan rumah akan biarkan cerita tu di situ dan tuan rumah akan siap sedia untuk tamatkan dan hantar kepada penerbit. Setakat ni belum ada orang komen apa-apa. Nak tahu juga penilaian pembaca macam mana. :)
Oh ya, pada sesiapa ada link 'blog skin' yang best dan menawan, boleh suggest pada tuan rumah. Tuan rumah dalam usaha nak tukar langsir. Agar nampak fresh dan ceria. Hihi..
Lain-lain azam baru, tak ada apa yang tuan rumah nak updated sangat. Cuma tahun ni berazam jadi lebih baik dan cuba nak membuang sifat2 buruk yang ada dalam diri agar jadi lebih baik. Amin. Kahwin? Insya Allah. Si Dia dah ada...cuma perancangan rapi perlu di buat. Yang lain, serahkan pada ALLAH menentukan perancanganNYA.
Sekian.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan