Jumaat, Februari 27, 2009
Bila judul Cinta jadi tajuk entry untuk februari…
Huhu… byk sangat dapat komen. Sampai rasa pening sekejap. Katanya Ryana macam dah jatuh cinta je dgn seseorang (yg pastinya lelaki). Owh… sebenarnya tidak. Langsung tidak benar. Aduhai… susah juga bila buat entri berkaitan dengan hati, cinta dan perasaan ni. Cepat jer telahan2 orang sampai ke pendengaran nih. Mentang2lah Bulan Februari yang kononnya dikaitkan dengan bulan cinta. (Haha… Omputeh sambut hari kasih sayang cuma pada satu hari je… means hari2 lain di bulan2 yg lain x ada le berkasih-sayang).
Entry2 Ryana ni sekadar mengisi masa yg terluang hanya sedikit cuma. Banyak sangat benda2 yg berlaku sejak akhir2 ni. Dgn tugas yg tak tahu bila akan surutnya… dgn manuskrip yg terpaksa diedit semula… dgn enovel yg akhirnya berkubur begitu saja… dengan orang2 keliling yg pelbagai perangainya… Huhu… Macam cuaca sekarang kat sini yang kadang2 panas, kadang2 mendung… dan tetiba hujan!
Sejak semakin sibuk ni… terasa feel nak menulis tu semakin menurunla… Huhu… Sgt tidak best! Apa2pun harap2 hari yang mendatang memberi sedikit sinar. Yg bercinta, teruslah bercinta… Moga2 jodoh berpanjangan. Yang mencari cinta… teruskanlah mencari cinta. Manalah tahu, seratus meter di hadapan ada seseorang yg memang diciptakan untukmu. Suka Riana dgn love quote nih… ~ Someone, somewhere is made for U ~ Entah2 muka dia macam Won Bin kat atas tu… Haha.
P/s: Nak bercinta bukan untuk Februari saja…
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan