Ahad, Mac 15, 2009

Tiga cerita dalam satu…



Huhu… lama meninggalkan rumah ni sepi. Kini Riana kembali. Riana baru jer balik kampung dan hari ni dah mula kerja. Pejam celik, pejam celik dah tengah2 bulan Mac. esok lusa tengok2 dah habis bulan mac. Sekejap je masa berlalu.
Oklah, Riana citer dulu apa aktiviti Riana dan kawan2 di awal bulan Mac, sebelum Riana balik kampung.
On 2nd March, Riana dan kengkawan yg lain pergi outing ke Jln. TAR, KL. Seronok dan penat. Kita orang bertolak dari One Utama, naik bas sampai ke KL Sentral. Konon2nya kita orang nak pergi beli tiket AirAsia ke Langkawi pada bulan April nanti. Tak tahu rupa2nya harga kat kaunter lagi mahal dari kita tempah online. Owhh… cam gitu pulak ek. So, tak jadi kat situ, kita orang pergi makan dulu reramai kat KFC KL Sentral. Pas dah kenyang, kita orang berangkat ke Masjid Jamek guna Putra Lrt. 
Di Masjid India, masing2 dah rabun mata memilih baju. Sebenarnya tujuan kitaorang ke sini adalah untuk membeli baju untuk majlis kenduri doa selamat yang diadakan pada 5hb March. Mula2 nak pilih tema baju warna oren la konon. Akhir sekali, sebab susah sangat nak pilih warna oren yg tak banyak pilihan, kita orang beralih ke tema warna biru. Haha… Dah satu lagi kerja nak mencari warna biru pulak. Penatnya Tuhan saja yang tau. Balik rumah hari tu hampir pukul 10 mlm.
On 4th March, Lepas je kerja ari tu, kita orang ke Tesco Mutiara untuk beli barang-barang untuk kenduri. Dari pukul 7mlm, sampailah dekat-dekat 9 lebih baru settle semuanya. Lepas tu kita orang gi makan kat Sayang Salha, KD. Penat, tapi x la lapar sangat pun. Makan nasi pun x habis. Lepas dah htr semua org, malam tu Riana berkampung kat rumah Aini dgn Faizul n Kak Su. Kita orang masak apa yg patut, rebus telur segala… Macam nak buat kenduri kahwin pun ada. Huhu…
Keesokan harinya kita orang ramai2 gotong-royong siapkan menu apa yg patut untuk jamuan makan malam. Penatnya tak usah cakapla. Memang sebijik macam kenduri nak menikah. Tapi penat kita orang tu berbaloi sebab orang yang makan happy. Majlis malam tu habis pukul 2 pagi jugak. Officially habis pukul 12tgh malam. Tapi disebabkan ada lagi tetamu yg merangkap member2 lama MPH datang, maka… semakin panjangla masa. Berkemas pukul 2 pg, pukul 3pg masing2 dah cari bantal nak tidor.
Esoknya, hari Jumaat… berkisah tentang nak hantar barang kelengkapan yg dipinjam pula. Ke rumah Faizul pula di Paya Jaras nak memulangkan barang. Penat semalam memang terasa betul. Bawa kereta pun macam org tak berapa sedar je. Sedar2 dah sampai Paya Jaras. Sedar2 jugak dah sampai balik rumah. Huhu…
7hb pagi… berangkat pulang ke kampung halaman selama seminggu. Dan hari ni bila Riana buka blog, terkejut bukan kepalang kerana ramai yg dtg melawat blog ni. Rupa2nya blog Ryana telah diadvertise secara free kat laman web Alaf21. Terima kasih daun keladi… kepada semua yg sudi singgah. Tak ada cerita yg best utk Riana kongsi. Sekadar kisah sehari2 Riana je… Novel baru? Huhu… dunno how to say… =)

Tiada ulasan: