Huhu… baru jer pulang hang out di Taiping dengan kengkawan. Memang best gilerlah. 2 hari satu malam yang memang release tension habis. Sebenarnya ini second time time ke Taiping, tapi inilah kali pertama boleh round satu Taiping dan melawat kampung member. Memang best sangat. Lama tak masuk kampung yang betul-betul kampung kan! Rindu rasa hati kat kampung sendiri.
Bertolak dari KL dengan dua buah kereta termasuklah Cik Putih Riana tu. Pukul satu baru bertolak dari sini. Sampai di Kamunting dalam pukul 5.00ptg. Lepas tu ke Batu Kurau pula, ke kampung member Riana, Aini. Sampai di sana ngam2 pukul 5.30ptg. Merasalah singgah di pasar malam kat area situ. Banyak betul kuih yang dijual. Ada yang tak kenal nama kuih pun ada. Ada satu tu, namanya Kuih Dangai. Riana tak pastilah kalau kat KL ni dipanggil apa. Kuih tu agak terkenal di sebelah Utara sana. Kuih ni dibuat menggunakan tepung dan kelapa serta gula. Riana tak berapa gemar sangat sebab kuih ni manis. Tapi Riana teringat dulu-dulu mak Riana selalu buat kuih Dangai ni kat rumah untuk sarapan dan kadang-kadang minum petang. Kuih ni kalau nak buat kena ada acuannya. So, waktu kecik2 dulu memang Rianalah tukang menyibuknya waktu mak Riana buat kuih ni. Haha.
Kat kampung Aini ni ada sungai. Apalagi kita orang. Petang tu juga pergi melawat kawasan. Nasib baik airnya agak keruh sebab baru lepas hujan. Kalau tidak… dah lama rasanya kengkawan Riana ni terjun dalam tu. Balik rumah mak sedare Aini tu, kita orang rehat, mandi-mandi pastu dalam pukul 10 mlm kuar ke Bandar Taiping. Round town sambil carik tempat nak makan. Kita orang makan kat tempat yg entah apa namanya. Tak berapa sure sebab gelap, hehe… Lalu depan Zoo Taiping tu… hati tak tahan nak masuk rasa pengalaman night safari. Tapi waktu tak mengizinkan. Kenalah datang lain kali kot. Kita orang balik rumah lepas dah habis makan. Dah lepas pukul 12 dah waktu tu. Balik ke rumah tu pun masih berborak lagi sambil minum teh pulak kat beranda rumah. Dekat2 pukul dua juga tidur.
Keesokan harinya, bangun jer pagi hampir-hampir pukul 7.30pg. Sebenarnya masing-masing tak boleh tidur pun, tapi pakse mata tidur jugak sebab esoknya nak kena drive balik KL. Kita orang ke pasar Batu Kurau, beli sarapan pagi dan beli barang-barang basah untuk masak makan tengah hari. Hati teringat macam kat kampung sendiri. Dia orang kat sini pun mesti rasa pelik punya tengok orang-orang yg duduk bandar ni masuk kampung. Huahuahua…
Balik rumah mak sedara aini tu, kita orang sarapan dulu pastu ke agenda yg telah terpeta dalam otak masing-masing sejak semalam iaitu pergi mandi sungai. Memang best. Airnya memang jernih giler. Sejuknya macam airbatu tu. Huhu… masing-masing macam anak itik yang pantang jumpa air.
Dekat-dekat pukul 12.30 tgh hari baru masing-masing keluar dari air. Puas lah hati masing-masing.
Lepas makan tengah hari yang begitu sedap air tangan Mak sedara Aini tu, kita orang pun packing bag, siap-siap untuk ke rumah sepupu Hafiz pula yg dah janji nak bawak makan Laksa. Hai… sepanjang dua hari tu makan jer kerja kita orang.
Masuk bandar Taiping sekali lagi… ambik kesempatan bergambar kat Taman Tasik Taiping yang memang cantik giler. Luasnya Ya Rabbi. Apsal pengarah-pengarah filem kat Malaysia ni tak nak wat shooting kat sini ek? Memang cantik la tempat ni. Suka Riana tengok pokok-pokok besar tepi jalannya yang memang confirm umurnya lagi tua berganda-ganda dari Riana. Cantik tersusun. Tak sangka kat negara kita pun ada tempat yang macam gini. So, tak yah pergi jauh-jauh bercuti.
Secara rasminya kita orang gerak meninggalkan Taiping, pukul 6 ptg. Sepanjang jalan hujan jer. Sampai Damansara pun hujan lebat. Pukul 8.30mlm.
Walaupun singkat tapi kita orang memang enjoy habis. Release segala tension yang ada. Kalau boleh nak pergi lagi… pergi reramai, buat trip 5 hari ker… Wakaka… biar MPH tak de orang jaga.
(Gambar2 yg lain boleh nikmati di sini: Facebook )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan