Wahh… title… tak boleh tahan! Sekali lagi pasal jodoh, kahwin dan sewaktu dengannya… hehe (Walaupun diri sendiri entah bila akan bertemu jodohnya… ) Takdelah, bukan serius pun tajuk kat atas tu. Riana ada pi belek2 kengkawan punya friendster. Hehe, masuk profile orang itu dan orang ini. Waktu tu lah nak teringat zaman-zaman sekolah dulu. Rupanya ada gak member2 yg bertemu jodoh dengan rakan setingkatan dulu. Tahniah dan moga berbahagia hingga akhir hayat. Ada sorang tu, bertemu jodoh dgn anak ustaz yg pernah mengajar kita org kat sekolah dulu. Anak ustaz tersebut pun sebaya gak dgn kitaorang. Memang tak sangka betul! Berbapa mertuakan Ustaz yg dulu pernah ngajar Agama. Hehe… Apa-apapun semoga kalian bahagia hingga akhir hayat. Tengok baby dia org comelnya! (Bila agaknya giliran tuan empunya blog ni?) Hemm… Ogos bakal menjelang tak lama lagi. Dua tahun lepas, Ogos merupakan bulan dimana Novel pertama Ryana-- Hadirnya Cinta… berada di pasaran. Tahun lepas dlm bulan Jun, July dan Ogos juga Tautan Kasih berada di pasaran. Tahun ini? Insya Allah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan