Perkara yg mengembirakan:
1. Naik pangkat--- sebagai apa ya? (Biarlah rahsia…)
2. Dapat bonus 2 bulan gaji… Syukur Alhamdulillah.
Perkara yg tak best;
1. Adjustment gaji naik ciput sgt. Camner nak byr duit keta nih?
2. Keputusan utk interview KPLI- Maaf nama anda tidak tersenarai… Dah agak dah! Kena tunggu rayuan la plak.
3. Interview dgn FA** Memang hampes! Ada ke patut dia kata over qualified… Abis dah tau overqualified kenapa dia org shortlisted? X faham betul aku. Dah le dlm surat cakap pukul 2.00 interview mula. Alih2 pukul 4 baru start Hesh… membuang masa, tenaga dan wang ringgit betul! Sakit hati la!
So, oleh kerana rasa hampes yg masih terbawa-bawa tu… balik jer dari interview di Selayang tu, terus ke GSC, tengok citer I'm not Single! (But I'm Single! ahaks =p) Alah citer dia biasa2 jer sebenarnya. Bolehlah kalau nak hilangkan stress… Lepas tgk wayang, pi ajak member makan di Burger King.
my further Planning this week… and maybe next month also.
27th- Pi shopping… mentang2 bonus dah masuk.
30th- Pergi tgk wayang lagi dgn member2. Citer apa? The X-Files… (Haha… terbayang2 wajah Ejen Mulder yg pernah menjadi pujaan hati waktu sekolah dulu)
4th August-Dengan member2 seramai 6 org nak melancong sambil bershopping di Nilai… Haha… and ade yg nak survey barang kawin kot… (opps… but not me!)
9th- Kalau tak der aral melintang patah… akan berada di Taman Permata menghadiri kenduri seorang sahabat di zaman persekolahan dahulu yg akan melangsungkan perkahwinan. Tahniah, bertemu jodoh sudah!
11th-Ini pun hangout dgn member2 MPH di Sunway Lagoon. Jom ah sapa nak ikut! Hehe… nak belajar main ice skating… kahkahkah… Teringat dlm manuskrip yg telah dihantar pada penerbit. Kisah di mana Wafiy dan Arsyad meluncur ais… wah wah wah!
Hasrat hati nak balik kampung akhir Ogos hinggalah awal September. Nak lepas rindu kat mak, abah, kushing2 dan yg paling penting… nak sambut Ramadhan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan