3hb Julai, tepat pukul 10.10 minit pagi, kita orang (9 orang semuanya. Hehe, dgn penghormatannya kenalah sebut nama sorang2 kat sini kan! Aini, Qira, Kak Sue, Pejoy, Pam, Raymie, Intan, Ermah n aku) Mula2 tu, nyaris2 sorang member nak kena tingal sbb lambat… Sape org tu, biarlah rahsia… hehe. Cuaca kat bawah ni agak mendung. Memang tak nampak mataharilah… Sangka kami, kat atas cuaca mungkin baik. Sampai kat Karak, tiba-tiba hujan turun. Emm… spoilt the mood actually!
Sampai kat Genting Skyway tu pukul 11 lebih. Hujan gerimis jer. Dah naik gondola keta kabel tu, hujan dah berenti. Kecoh jugalah buat sesapa yg first time naik keta kabel ke genting ni. Rasa gayat semacam jer kan! Sampai di puncak genting, lebih kurang 11.30 kot. Bergambar dulu di sisi gubahan pokok bunga, mural yg cantik tepi stage n paling wajib kat bas double decker. Permainan pertama yg kita orang masuk… outdoor game yg paling sengal… Rumah pirate yg ada pompuan menjerit2 kat dalamnya. Tahun lepas masuk mcm ada something yg menjengah, tp tahun ni masuk, mcm x der pape jer… Sengalnya!
Pastu masing2 nak try mengayuh bot kat tgh tasik yg hijau tu. Haha… cuaca yg mula2 best, tetiba jer bertukar. Berkabus serata pelosok alam dan tetiba hujan plak dah. Spoilt the mood again!
Kita org pi makan dulu kat dalam. Pas makan kitaorg main indoor games yg teramatlah sengal lagi. Permainan budak2 Huhu… naik kapal berhias yg pusing2 tu, eye on genting, Ya Allah memang masing2 dah bertukar karektor jd cam budak2. Masing2 tetap x pueh hati sbb x dpt main kat luar. Masing2 melangkah dengan satu harapan. Semoga x berkabus lagi kat luar tu. Mula2 nak naik classic car. Last sekali x jadi sbb ramai orang beratur. Haha… jadi kami beralih ke kawasan bas double decker. Sejuk amats… dan berkabus tebal. Fuh terase macam kat oversea plak dgn sweater tebal… Cuma… x de salji jer! =) Bergambar kat bas double decker tu utk ke sekian kalinya, makan2 kat dalam tu sambil bergambar ala2 ratu. Haha… Patu kita org beredar ke tempat buaian yg memang wajib kalau datang genting kena naik benda alah tu. Wah, kitaorg bernasib baik sebab benda tu bukak. Bestnya… naik sekali round! Sangat2 best! Rasa melayang diudara. Dah puas terbang, kita orang masuk plak green house. Dok berehat agak lama kat dlm tu. Lepas je kuar dari situ, kita org jenjalan kat sekitar tu dalam sejuk kabus yg mencengkam. Pastu amik gambar yg macam2 sebab dah boring tahap gaban nak menghabihkan masa kat luar tu. Last sekali sblm masuk dlm, kita org naik classic car. Dpt pusing area tu pun dah kira lepas tensen yg ada. Pastu kitaorang masuk dalam and round that corner. Huish… ada gak yg hilang akal beli baju kat atas genting ni! Mahal giler! Nak menghabiskan masa yg ada, kita org naik gondola ala2 kat venice. Dah settle tu, kita org berangkat nak balik dah. Busan!!! Tapi yg paling best sebab kita org dpt berkumpul reramai. Bukan senang blh berkumpul dan bergurau senda cam gini. Dalam bas balik, masing2 tidur kepenatan. Walaupun busan, tetapi ia tetap merupakan kenangan yg terindah! One sweet day!
Sampai di One Utama, jam pukul 8.30 mlm waktu tu. Ada yg kelaparan. Yg shift pagi keesokan harinya dah minta diri balik dulu. Aini, Qira, Pejoy and me beredar ke Cafe MPH. Pekena teh tarik sikit dan sambung ceritalah… hehe bergossip seketika di cafe MPH. Itulah serba sedikit citer holiday ke Genting selama sehari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan