Ahad, November 25, 2012

MAHA 2012: Part 1

Do you know about MAHA, guys? 1st time dengar? Atau dah pernah dengar tapi tak tau la apa yang orang kalut sangat pasal MAHA nih… Hehe… Actually MAHA ni aialah Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism  International Show. Tahun ini MAHA diraikan dengan Hari Peladang , Penternak & Nelayan peringkat kebangsaan. MAHA ni ada pameran & juga show berkenaan pertanian, perikanan dan yang setara dengannya. Berlangsung pada 23 November dan akan berakhir pada 2 Disember 2012 ini di tapak MAEPS (Malaysia Agro Exposition Park Serdang), berhampiran dengan UPM.
Rock melon


Bunga-bunga orkid yang pelbagai warna bisa buat peminat-peminat orkid jadi gila.. :D

Best giler kalau berkunjung ke sana. Banyak acara & pameran diadakan di sini sepanjang berlangsungnya MAHA. Banyak pokok bunga, pokok sayur, herba, pokok ubat-ubatan, haiwan ternakan, lembu, ayam, kambing, rusa, arnab, kucing...ladang buah, nenas dan banyak lagi yang boleh anda dapati di sana. Satu hari pergi confirm tak cukup masa nak melawat semua tempat di sana. Pameran utama diadakan di Hall D. Ada lebih dari 3 pameran besar di sana. Lepas tu anda boleh melawat Agro Bazaar. Terdapat pelbagai jenis produk-produk agro dipamer & dijual di sini. Menarik sangat. Masuk dalam ni, macam-macam produk makanan kita boleh taste.
Upin Ipin pun ada di Agro Bazaar.

Kambing ni sangat jinak..

Teringin nak pegang Arnab, tapi takut..hehe

Memandangkan jarak antara satu tempat pameran khusus ke tempat yg lain sangat jauh, maka perkhidmatan shuttle bus disediakan untuk memudahkan pengunjung dan disediakan secara percuma. Perkhidmatan tram juga disediakan namun dikenakan sedikit bayaran.
Kami ke ladang ternakan setelah penat berjalan di Hall D. Di sana teruja nak cari anak kambing, kucing dan arnab sebenarnya. Hehe..akhirnya memang ada setelah penat pusing-pusing. Arnab kat situ comel sungguh. Anda boleh membeli arnab-arnab di sini dengan harga serendah RM30 seekor. Ikut hati memang nak beli... tapi takut x mampu pula nak jaga. Jaga diri sendiri pun terkapai-kapai lagi..hehe.
Comel giler..
Di ladang ni juga ada pelbagai spesis lembu yang didatangkan dari seluruh negara. Oh, sangat-sangat besar tau lembu yang ada. Bukan setakat lembu, kambing pun..macam-macam ada. Kat sini ada dibuat lelongan kambing. Sapa yang berminat nak beli, boleh beli terus tanpa berlengah lagi.. Nak buat farm sendiri pun amat dialu-alukan. Diaorang akan bagi khidmat nasihat.
Berhampiran Hall D, di pintu masuk pula terdapat gerai-gerai yang menjual buah-buahan, bunga-bungaan dan pokok-pokok untuk landskap. Sangat-sangat murah harganya. Jom join segera sebelum berakhir hari ahad depan. Dibuka mulai jam 10pagi hingga 10 malam.
Kalau ada masa akan disambung dengan part 2. Ingat nak pergi lagi jelajah apa yang belum jelajah tempoh hari. :)

Tiada ulasan: