Persoalan yang ingin saya bold kat sini ialah mengenai maaf. Kenapa agaknya kebanyakan dari kita sukar melafazkan maaf? Bila dah buat salah, bila dah mengguris hati orang lain boleh jer buat bodo..hati kering... takder perasaan.. Teruknya kita, kita dan kita ni kan? Apa salahnya hulurkan kemaafan bila kita buat salah. Cuma empat huruf, M.A.A.F atau 5 huruf untuk S.O.R.R.Y diselangi dengan beberapa perkataan pemanis kata, sure tak berat sangat kan! Tapi peliknya... yang sedikit itu lah yang begitu berat nak terlafaz di bibir. Berat dengan rasa angkuh, berat dengan rasa ego. Kawan-kawanku, kita ni menapak di bumi Tuhan, janganlah terlalu angkuh dan ego. Siapalah kita kalau bukan Tuhan yang ciptakan, Tuhan yang pinjamkan bumi untuk kita diami sehingga tiba hari kita dipanggil mengadap Ilahi. Tak rugi memohon kemaafan dan tak rugi memberi kemaafan. Lagi satu yang paling penting, sila memaafkan dan melupakan. Please forgive & forget. Kalau dekat mulut jer ucap maaf, di hati tu masih rasa berdendam kesumat, tak ada maknanya!
So, di malam yang tenang dan dingin ni apa kata kita renung sejenak salah silap kita dan maafkan apa jua kesalahan orang pada kita. Setiap orang pernah mengalami bermacam-macam jenis peristiwa setiap hari. Jadi ada kalanya ada kelakuan dan kata-kata yang membuatkan orang lain terguris luka dalam sedar dan juga tanpa kita sedar. I'm a human too.. tak pernah lari dari kesalahan. Tapi tak salah untuk kita merenung diri kita sendiri. Muhasabah diri kita. Ok! Selamat Malam!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan