Umur bertambah setahun lagi… Siapa sangka pantasnya masa berlalu. Tahun 2008 bakal ditinggalkan… Selamat datang Tahun 2009. Moga memberikan cahaya baru buat kehidupan yang bakal mendatang. Siapa yang tahu apa yang ada bakal menunggu di hadapan kita akan datang kan? Malam-malam Tahun Baru ni tetiba cuba nak bermuhasabah diri. Merenung balik apa yg terjadi dalam tempoh 366 hari yang lalu. Apa yang masih tertinggal, apa yang masih kurang dan apa yg masih boleh diperbaiki di tahun mendatang. Dalam kesibukan kereta-kereta di jalan raya menuju ke destinasi menyambut tahun baru, biarlah Ryana berada di rumah saja. Tak kuasa nak bersesak-sesak dengan orang ramai yang ghairah sangat nak sambut tahun baru. Kat rumah pun boleh sambut. Sambutan Tahun Baru di luar rumah tu sesuai untuk budak-budak yang tak matang je kot. (Jangan marah!)
Ameen… bagi Ryana, ada beberapa azam tahun lepas yg dah berjaya Ryana laksanakan. Ada juga yang masih tersangkut atas pagar dan ada yang masih tak lepas-lepas pagar. Hehe… takpe, kita bring forward next yearlah sambil tambah azam baru kan!
Salah satunya ialah kelahiran novel Jauh Di Sudut Hati. Harap-harap tahun 2009, ada lagi buah tangan untuk semua dari Riana. (Insya Allah harap2 ada! Tapi bila tu Riana pun tak tahu). Alhamdulillah… tahun 2008 juga menyaksikan yang Riana dah ada assistant baru iaitu Inche Macbook yang sangat membantu ketika Riana buntu nak menyiapkan manuskrip. Juga kehadiran Cik Putih yang juga memudahkan Riana bergerak ke tempat kerja kini. Syukur Alhamdulillah.
Azam tahun 2009~ Riana nak laksanakan beberapa projek penulisan yang terbengkalai. Juga setia menanti kelahiran novel baru. Riana juga nak settlekan beberapa projek jahitan Riana yang masih in progress. Selain dari tu, Riana nak improvekan diri dari segi amal pada Tuhan juga pada manusia. Ye la… sebagai manusia biasa, Riana ni masih penuh dengan kelemahannya.
Tak naklah pasang niat lebih-lebih. Takut tak mampu pula nak laksanakannya. Bab jodoh… berdoa ajelah pada Allah banyak-banyak. Kalau ada tu baguslah. Kalau tak ada, kita carry forward lagi ke tahun 2010 pula kan? No worries…
Ok… untuk seluruh rakyat Malaysia umumnya, kepada teman-teman khasnya… Riana ucapkan selamat menyambut Tahun Baru 2009. Moga ada sinar-sinar gembira untuk semua… Ameen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan