Isnin, Disember 08, 2008

Aidil Adha di tempat kerja...

Tahun-tahun sebelum ni tak pernah merakam suasana hari raya Haji kat tempat kerja. Tahun ni terasa pula nak pose sambil makan-makan kat pantry kita orang di MPH. Wah... meriah sungguh beraya kat MPH tahun ni. Satu, baju rayanya berwarna-warni. Satu lagi makanan yg disponsor pun pelbagai. Best lah! Kalau Hari Raya Haji tahun ni adalah Hari Raya Haji terakhir sebelum pindah ke mana-mana, ianya akan menjadi kenangan indah seumur hidup. Cewahh!!! (Ayat jiwang tak leh tahan...)

Kali ni beraya Haji dengan kengkawan di MPH. Masuk kerja afternoon dengan persediaan rendang dan ketupat daun palas sehari sebelumnya. Kita orang memang dah berpakat nak meraikan hari raya ramai-ramai kat MPH. Jadi, ada yang bawa ketupat lah, rendang, nasi himpit, lontong, kuah kacang, kuah lodeh sehinggalah yang ke western foodnya… seperti spagetti.
Seronok sangat rasanya. Bergambarlah kita orang seperti kebiasaannya. Ni antara gambar2 kenangan kita orang bersama2, sehari di Hari Raya.




Want to see more picture, pls click this >> Facebook 

Tiada ulasan: