Berbalik pada sebuah cerita di hari semalam (1st June). Seorang lelaki yang mungkin mempunyai pangkat dan darjat yang tinggi agaknya kot, dtg ke kedai buku tempat Ryana bekerja dengan lagak yang amat menjelikkan. Nama saja dari golongan professional, tapi tingkah laku langsung tak professional.
Ok, Kedai tempat Ryana bekerja ni beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 10 malam. Normal prosedur yang selalu kita orang buat, paling lewat pun kita orang balik, 10.30 mlm, setelah selesai running sales dan system.
Hamba Allah yang kononnya ahli golongan professional yg tak pro ini datang ketika kedai hampir2 nak menamatkan operasi. Itu masih tidak dikira dengan tingkahnya yg cukup biadap. Kami terpaksa menunggu dia menghabiskan bacaannya sebelum menamatkan sesi perniagaan kami. Kesian la pada cashier yg punya anak di rumah yang menunggu kehadiran ibu-ibu mereka ke rumah. Kerana pak cik sorang ni, maka terbantut segalanya. Itu belum dikira lagi kalau staff yg jadi cashier pd waktu tersebut, terpaksa bangun awal pagi esoknya dan masuk shift pagi. Memang jika nak dibayangkan, zalim sungguh hamba Allah ini. Sangat2 biadap. Dia menganggap kami yg bekerja dlm sektor ini seperti sgt rendah darjatnya dengan dia. Dia fikir dia tu siapa? Raja yg pernah dtg ke kedai kami pun masih humble dan low profile. Semua kemahuannya kena complete dan perfect. Jika tidak, kami akan disindir, dan dihina dengan sindiran yang mampu membakar perasaan. Duh! =(
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Semalam (2nd June) Kami reramai (kawan2 MPH) pi makan (supper) kat Damansara Perdana. Lama x lepak ramai2 lepas kerja mcm ni. Berkumpul reramai sambil sembang2 pasal diri masing-masing. Usik-mengusik, gelak ketawa menjadikan keakraban kami seperti sebuah keluarga besar.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dua tiga minggu kebelakangan ni entah kenapa jiwa dilanda satu perasaan yg sukar nak ditulis di sini? Hmm susah! Forget about it! Mainan perasaan semata-mata (* FIkiran memujuk jiwa*)
Dalam dua tiga hari kebelakanagn ini, perasaan bahagia tiba-tiba memasuki ruang-ruang hati. Gembira dan bahagia… Sebab ada beberapa perkara yg membahagia dan mengembirakan berlaku dalam masa-masa ini. =)
Apa dia ya? Tekalah… ;)
Tapi dalam waktu yg sama ada sekeping hati seorang kawan yg terluka. Outchh! Ooppss, I'm so sorry, dear…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan