Ahad, Mei 18, 2008

Ulang Tahun ke 27…


Hari ini hari lahirku yg ke dua puluh tujuh tahun. Macam tak percaya jer umur dah masuk 27 thn. Rasa mcm baru dua tiga hari lepas masuk darjah satu, macam baru semlam berlari2 di padang sekolah dgn bebudak lelaki ngan pompuan. Baru semalam rasanya main mata ngan budak lelaki sekelas waktu form three… Baru semalam rasanya pergi rombongan ke KL dengan kengkawan sekolah. Baru semalam juga rasanya menjalankan kegiatan nakal di asrama…
Hesy… bila time birthday ni mulalah kenangan2 sentimental tu menjelma balik… haha… Waktu ni juga ramai member2 yg waktu sekolah, waktu kolej dan universiti contact balik utk wish birthday… So, sebab tu kenangan2 dulu yg nakal2 tu menerjah balik ke ingatan. Jadinya… tersenyumla sengsora
ng mengingat kejadian yg dah lebih 10 tahun terjadi tu. Haha…
Org kata bila selalu macam ni, diri sedang menghadapi quater-life crisis. Aduh? Biar benar ni!
Berbalik kepada ulang tahun kelahiran yg ke 27 ni… Alamak, ibuku di kampung dah bagi sign agar cepat2 mencari calon… Aduhai… dan aku yg nakal ni menjawab; 'Calon apa mak? Calon pilihanraya ke?' 
p/s: Seronok sambut hari lahir pada bulan lima sebab byk acara pd bulan 5. Antaranya… Hari pekerja, Hari Ibu, Hari Guru… dan hari lahir sendiri…

1 ulasan:

Mersik berkata...

Salamz Ryana.

Slmt hari jadi.. Semoga panjang usia, sihat tubuh badan, seronok dalam kerja dan tercapi segala cita2nya.. (termasuklah cita2 mak sekali nya )

Wah bila nak ajak makan2 ni? hik hik