Rabu, Mac 05, 2008

Seharian di Matahari 1, Level 5, Cititel Midvalley.




Hari ini Ryana berada di Cititel Hotel, Mid Valley dari jam 8.30 pagi hinggalah ke pukul 3 ptg. Ryana menghadiri product presentation dari supplier besar dalam arena buku antarabangsa iaitu McGraw Hill. Setiap outlet MPH (especially sesiapa yg in charge bhgn buku2 professional) akan menghantar seorang wakil untuk product knowledge ini. Acara ini di buat setiap thn dan dari situ, kami akan tahu sales figures yang dicapai supplier tersebut. Biasanya stp supplier ada target jualan mereka sendiri. Dari situ ju
ga kami akan tahu buku2 section mana yg hit the target, jatuh merudum atau sama saja thp jualannya
 seperti thn sebelum ini. Biasanya setiap major supplier ini akan buat product knowledge ini setiap kali end financial year. Selain diberitahu ttg figura jualan, kami j
uga diperkenalkan dengan buku2 baru yg bakal/akan berada di pasaran.

Pagi tadi, presentation yg paling menarik Ryana rasa adalah dari Mr Richard,(McGraw Hill (M) Marketing Manager). Mr. Richard present ttg buku2 IT dan Engineering  serta Medical yg bakal terbit. Setiap buku diterangkan secara lanjut term2 yg mungkin kita sendiri tak tahu dan tak pernah mahu ambil tahu. Minda terasa berkembang waktu beliau menyampaikan product knowledge. Satu lagi product knowledge adalah dari Ms. Lee Kheng yg membentangkan ttg buku2 business yg bakal berada di pasaran. Tapi yg ni Ryana memang tak thn mengantuk. Mungkin sbb Ryana x minat business kot…Ahaks!!!

Di sini Ryana ingin kongsikan serba sedikit apa yg Ryana dapat dari presentation pagi tadi. 


(1st Section- Engineering) 

Trenchless Technolgy

Teknologi Aqua pipe (macam SMART Tunnel). 


Rigging

Rupanya kedalaman yg pernah dicapai oleh syarikat2 minyak dalam mencari gali minyak adalah 3km dari dasar laut.


Bercerita tentang Airport Planning & Design, Mr. Richard memberi contoh: Changi Airport, Singapore.


Bercerita ttg Terminal 3 Changi Airport yg bumbung

nya boleh anda lihat di dalam gambar. Nampak macam construction yg tak siap, tapi sebenarnya bumbung tersebut terbuka pada waktu siang, dan ada satu lagi

 lapisan kaca yg membenarkan cahaya masuk dan menerangi ruang di dalam bangunan lapangan terbang tersebut. Jadi, elektrik dapat dijimatkan. Lantai juga dibuat dari satu bahan khas yang bertindak memantulkan cahaya, dan menambahkan kecerahan dalam bangunan tersebut. Pada malam hari pula, tenaga solar yg disimpan pada sebelah siang, digunakan pada sebelah malam untuk menyalakan lampu. Fuhh… dasyat juga. 


Waste Water Management dan Building Sustainable.

Teknologi rawatan air buangan. Di mana sekarang sangat popular di Barat, setiap rumah dilengkapi dengan teknolgi di mana, setiap air yang kita gunakan untuk cuci tangan, basuh sayuran atau buahan, cuci kereta ke, akan dikitar semula dan kemudian disalurkan terus ke tandas untuk di gunakan ketika mengepam tandas. Sekurang-kurangnya x membazir air yang mengalir keluar tu! (Berkaitan dengan penjagaan alam sekitar)


Robotic


Kami dipertontonkan dengan robot generasi pertama, kedua dan ketiga (seperti seekor anjing- popular di Jepun dan dijadikan peliharaan). Lebih advance lagi, sekarang ini sedang dibangunkan robot yang bercirikan seorang manusia yg sempurna. Huish… memang betul-betul rupa org. Cuma pergerakan jer yg masih robot. Robot tu boleh berinteraksi tentang apa saja soalan yg ditanyakan. 


Pastu ada lagi technolgy yang telah digunakan oleh Singapore. Troli yg kita tolak ke dalam pasaraya tu, ada satu skrin di pemegangnya yg akan memberitahu kita apa saja yg kita lalui di sepanjang jalan yg kita tempuh dalam hypermart tersebut.

Dan apabila kita letak barang yang ingin di beli, dia akan kirakan berapa total amount barang2 yg ada dlm troli. Selain itu dia jg ada suggest resepi2 untuk di masak (maksudnya, apa yg masih kurang dan perlu ditambah lagi). Technolgy ini berkaitan Wireless Circuit Design.



 

Selain tu banyak lagi buku2 mengenai engineering yang relate dengan Environmental. Kan skrg ni hangat diperkatakan tentang global warming. So, byk buku2 engineering sebegini yang akan menjengah pasaran.


Menarik bukan… Jadi, berkembanglah juga pengetahuan! Tak sia-sialah attend product knowledge tersebut. Cuma satu part (business review) yang Ryana kurang beri perhatian. Cepat sgt rasa bosan bila berbual pasal perniagaan… Camne nak buka perniagaan sendiri nih? Ahaks =)

Tiada ulasan: