Isnin, Mac 10, 2008

PRU 12 penuh kejutan!!!

Pulang ke kampung atas hasrat menunaikan tanggungjawab pada negara, akhirnya dikejutkan dengan berita yang amat mengejutkan! 
Ryana pulang ke kampung pada 7hb Mac. Pemandangan di sekeliling, rasanya tak semeriah pilhanraya yang terdahulu. Awal2 lagi dah terasa suasana sangat hambar. Kempen2 terakhir pun seolah tak mendapat sambutan. Ryana merasakan tahun ni, ahli-ahli politik yg terpilih benar-benar relaks dalam pilihanraya kali ini. Tiada public rallies seperti dahulu. Tiada poster2 yg gah. Di kampung sendiri, keadaannya tetap sama. Bendera parti politik hanya ada di beberapa tempat. Kalau 10 thn dulu, perang poster dan perang bendera sangat dasyat. Sampai tak cukup ruang. Thn 2008, sangat-sangat berbeza. 
8hb Mac, Ryana dan ahli keluarga yg lain keluar mengundi seawal 9 pagi. Tiada tanda2 sesuatu yg mengejutkan akan berlaku. Dan siapa sangka seawal 9 mlm satu persatu keputusan mengejutkan terhasil. Malam itu Ryana berjaga hingga ke pukul 3 pagi semata2 ingin mengetahui perkembangan yg penuh kejutan itu. Siapa sangka, negeri Kedah, Penang, Perak dan Selangor jatuh pada tangan Barisan Alternatif.
Keesokan harinya, memang kecoh seluruh negara perihal pilihanraya ke 12 yg mengejutkan ini. Mak, Abah dan abang serta kakak2 Ryana pun sibuk memperkatakan tentang kekalahan BN di Kedah. Masing2 mula membuat komentar sendiri. Byk yg Ryana rasa harus kerajaan persekutuan ambil berat tentang keputusan ini. Byk yg harus diperhalusi oleh kerajaan memerintah. Antara yg dibincangkan sesama ahli keluarga,

-Rakyat mengundi protes. Undi rosak di Kedah sahaja lebih 15,000 undi.  Byk sebab yg menyebabkan terjadinya undi protes. Rakyat mungkin sudah terluka, terguris dan hilang kepercayaan kepada kerajaan.
-Perlantikan Adun/ Ahli Parlimen yg tak disukai oleh penduduk setempat (especially di Kedah, beberapa ahli Parlimen di tukar kawasannya, menyebabkan  rakyat rasa merajuk).
-Pemilihan calon kelihatan seperti ada yg tidak kena. (Ada sangkut paut keluarga)
-Harga barang/petrol yg naik (Mungkin terpengaruh dengan manifesto BA yg menampilkan negara berkebajikan dan ingin menurunkan harga minyak, menurunkan harga barang, memberikan elaun kepada penganggur, memansuhkan tol...)
-Kaum Cina/India yang tidak puas hati dengan tuntutan mereka.
-Penduduk di luar bandar yang tak puas hati dengan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.
-Peluang pekerjaan sukar. Kerenah birokrasi dalam mengisi borang2(juga temuduga) dalam memohon jawatan di agensi/jabatan kerajaan. Nak pohon jawatan kerajaan, mesti ada kabel( org dalam) yg cukup kuat. Bagaimana dengan yg tiada kabel? Syarikat swasta pula lebih mementingkan satu2 bangsa sahaja. 


Ada banyak lagi sebab yang mungkin masih lagi tersembunyi. Itu hanya beberapa sebab sahaja yg turut menjadi perdebatan dan komentar sepanjang makan tengah hari bersama keluarga kelmarin. 
Ryana tahu ramai pemimpin politik yg terduduk, mengenangkan episod duka ini dalam sejarah politik negara. Namun apa yg boleh dilakukan sekarang, pemimpin2 tertinggi harus memperhalusi masalah dalaman dan akar umbi, semoga ianya tidak terus-terusan menjadi barah yg tak dapat dikawal lagi. Ryana menyokong penuh kerajaan yg sedia ada sekarang dan Ryana percaya pasti ada satu aspirasi yang mampu BN lakukan untuk meraih semula hati rakyat yang terluka.  Apa yang telah berlaku, harus dijadikan teladan yang berguna untuk BN. Sekarang langkah harus diatur untuk bangun kembali. Bak kata pepatah, Biar Jatuh, tapi jangan lupa untuk bangkit kembali.
Wah, wah, wah… dah macam ahli politik pula ya! Ini sekadar komen. Apa yg telah berlaku, biarkanlah ianya berlaku. Kita lihat bagaimana barisan alternatif menunaikan janji pilihanraya mereka. 

Tiada ulasan: