Jumaat, Disember 31, 2010
~End 2010……New 2011 Resolution~
2010…Tahun yg kurang produktif bagi saya… Haih……tak tahula kenapa boleh jadi macam ni… padahal tahun ni mcm2 yg berlaku pada diri… tp… mood asyik swing tak menentu sampaikan badinya terkena pada blog sendiri. Sedih giler tgk entry utk tahun ini…tak sampai pun 30 lebih. Haih…… ini entry yg ke 31 utk thn 2010……sedihnya……Macam busy sgt dgn kehidupan harian kan…
Aper la cik kak ni kan…
Januari 2010~ Sibuk dgn kerja…
Februari 2010~ Bercuti ke Langkawi selama 4 hari. Dengan menaiki flight ke Langkawi, bersama 3 teman yang lain bercuti sakan di sana. Dan sambil-sambil tu buat editing terakhir untuk novel Percaya Ada Cinta.
March 2010~ Seronok giler…akhirnya novel Percaya Ada Cinta keluar di pasaran dan pertama kali merasa bahang kehangatan Pesta Buku Antarabangsa PWTC sebagai penulis novel. Paling best rasanya bila tgk rak buku dah kosong dan stok novel habis langsung dan menyebabkan saya pulang awal pd hari pertama sesi utk saya berlangsung. Syukur sangat novel tersebut diterima ramai sehingga hari ini. Segala komen positif dan negatif saya anggap sebagai pembakar semangat untuk saya.
April 2010~ Kerja…kerja dan kerja…
Mei 2010 ~ Bercuti beramai-ramai ke Melaka dengan rakan-rakan setugas. Best sangat dapat release tension sekejap. Lepas tu sambung cuti balik kampung selama dua minggu di kampung. Hehe…best3x…
Jun 2010~ Kerja…
Julai 2010~ Ke Janda Baik, sebanyak 3 kali……bercuti lagi…
Ogos 2010~ Deklarasi Hati…
September-Oktober 2010- Terlalu sibuk dgn kerja…dan juga perkara2 harian.
November 2010~ Pindah rumah.
Disember 2010~ Dalam suka ada duka…
Begitulah kehidupan sepanjang 2010. Ada gembira. Ada suka. Dan tetap ada dukanya… tapi, hidup tetap harus diteruskan sebagai seorang manusia. Apa jua rintangan tetap cuba dihadapi dengan semangat.
Kedatangan 2011 bakal disambut beberapa jam sahaja dari sekarang. Azam tahun baru? Tiap-tiap hari ada azam. Makan azam saya, memperbaharui azam yang byk tertangguh di tahun 2010. Antaranya……melangsaikan manuskrip yang masih lagi di peringkat pertengahan. Sorry teman-teman… 2011 tak akan ada novel baru dariku… Harap bersabar sehingga semuanya selesai.
Lagi satu azam baru untuk tahun 2011 ini iaitu…ingin menyambung pelajaran di peringkat Sarjana dan juga ingin mempertingkatkan kerjaya. Moga dimakbulkan Tuhan…Amin.
Juga tak lupa untuk Resolusi Cinta… ^^ Moga bahagia dan aman sentiasa… =)
Selamat datang 2011…dengan membawa jalur-jalur gemilang dalam hidupku… Amin
Kepada followers dan juga teman-teman yang sering berkunjung kesini sama ada yang meninggalkan jejak atau tidak (kerana tuan rumah tak sempat menjawab di tagboard)… saya ucapkan semoga tahun 2011 memberi kehidupan yang ceria buat semua.
~Happy Birthday…~
Happy Birthday to my dear friend yang menyambut hari lahirnya hari ini……
To: Raymie
From: Dang Delima…(hehe) ;)
Hey Bro……Happy Birthday and May Allah bless you always…
To: Raymie
From: Dang Delima…(hehe) ;)
Sabtu, November 20, 2010
Sudah sekian lama…
Huhu…… dah sekian lama tak mencoret sesuatu di blog ini. Bersawang…berhabuk rumah saya yang satu ini. Malasnya saya… Tuhan saja yang tau.
Tapi sebenarnya bukan setakat malas…… diri ni dah tak mampu lagi nak menahan segala kesibukan di tempat kerja. Manuskrip yang dibuat masih berada di tengah jalan. Aduhai…tak tau la apa nak jadi dgn saya.
Hari-hari yang berlalu byk habis dgn kerja…kerja…kerja. Ada sesekali keluar bersama si dia dan teman-teman. Haih…… Entahla apa nak jadi… Hati mmg berbunga2……
tapi bab menulis ni yang terbantut terus……
Masih menyeru dan menyeru semangat yg hampir hilang dalam diri ni. Huhu…
Masih menyeru dan menyeru semangat yg hampir hilang dalam diri ni. Huhu…
Khamis, September 30, 2010
Dibius CINTA~
~Hati berbunga riang, hingga terpancar di wajah barangkali. Ini pertama kali dan ku harap ini juga untuk yg terakhir kali. Masa bakal menentukan segalanya. Pedulikan apa kata-kata orang keliling…kerana yang ingin menempuh hidup adalah diri kita. Yang melihat hanya boleh mereka-reka cerita… yang menanggung…hanyalah kita. Semoga Allah memelihara hubungan kita ini dari bisikan-bisikan syaitan. Semoga CINTA ini sentiasa mekar di hati kita selamanya… Amin~
{CINTA itu indah bagi setiap manusia… kerana dalam diri setiap manusia adanya CINTA}
Selasa, September 07, 2010
~♥ Mood Raya…Mood Raya…♥ ~
Ramadhan bakal melabuhkan tirainya… Haih, sekejap jer masa berlalu. Baru jer rasa macam masuk puasa hari ke 2… tengok-tengok skrg ni dah masuk hari ke 27 dah. Tahun ni sambut Hari Raya selama 5 hari di kampung. Bakal bertolak pulang pd 9hb selepas waktu sahur. Insya Allah. Harapannya semoga selamat sampai ke destinasi yang di tuju.
Biasanya Aidil Fitri, paling gembira menyambutnya budak2 jer… Terkenang zaman budak2 dulu. Paling indah rasanya. Paling best buat persiapan Hari Raya. Seronok giler tolong mak bakar bahulu. Huhu… kenangan betul. Ni bakar yg jenis letak sabut pd bahagian atas acuan. Huhu… resepi tradisi tu… Sekarang ni mana ada dah… kuih tunjuk jer… Hehe ;)
Dulu dua tiga hari sebelum nak raya, sibuk la mengemas rumah aper yg patut. Lap tingkap la, cuci rumah la… Pasang langsir baru la… Tukar sarung kusyen la… Sekarang pun buat jugak, tp x sebest dulu.
Dan dulu… paling meriah bila sorang demi sorang adik beradik pulang ke kampung dengan anak-anak diaorg… sbb anak-anak buah sebaya dgn Riana… jadi dgn diaorg la teman Riana dan adik bermain. Tapi itu dulu la… sekarang masing2 dah ader keluarga sendiri. Nak berkumpul ramai-ramai macam dulu… susahnya…
Tahun ni… paling singkat buat persiapan mencari baju raya. Lagi seminggu baru kalut nak cari. Tahun ni dua pasang baju raya. Tahun-tahun lepas punya baju raya pun boleh pakai lg… so xyah membazir. Hehe ;) Warna pilihan… biru firus dan jingga. Bolehla dari xder kan. Ramadhan tahun ni mcm kelam kabut sikit. Tapi apa-apapun masih lagi under control gitu. Dalam kelam kabut pun tetiba ader berita baik untuk hati kan…hehehe ;)
So, di kesempatan yang masih berbaki ini Riana ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada anda dan seluruh keluarga. Moga-moga Syawal ini bakal memberi makna pada kita. ;)
Langgan:
Catatan (Atom)







