Ramadhan bakal melabuhkan tirainya… Haih, sekejap jer masa berlalu. Baru jer rasa macam masuk puasa hari ke 2… tengok-tengok skrg ni dah masuk hari ke 27 dah. Tahun ni sambut Hari Raya selama 5 hari di kampung. Bakal bertolak pulang pd 9hb selepas waktu sahur. Insya Allah. Harapannya semoga selamat sampai ke destinasi yang di tuju.
Biasanya Aidil Fitri, paling gembira menyambutnya budak2 jer… Terkenang zaman budak2 dulu. Paling indah rasanya. Paling best buat persiapan Hari Raya. Seronok giler tolong mak bakar bahulu. Huhu… kenangan betul. Ni bakar yg jenis letak sabut pd bahagian atas acuan. Huhu… resepi tradisi tu… Sekarang ni mana ada dah… kuih tunjuk jer… Hehe ;)
Dulu dua tiga hari sebelum nak raya, sibuk la mengemas rumah aper yg patut. Lap tingkap la, cuci rumah la… Pasang langsir baru la… Tukar sarung kusyen la… Sekarang pun buat jugak, tp x sebest dulu.
Dan dulu… paling meriah bila sorang demi sorang adik beradik pulang ke kampung dengan anak-anak diaorg… sbb anak-anak buah sebaya dgn Riana… jadi dgn diaorg la teman Riana dan adik bermain. Tapi itu dulu la… sekarang masing2 dah ader keluarga sendiri. Nak berkumpul ramai-ramai macam dulu… susahnya…
Tahun ni… paling singkat buat persiapan mencari baju raya. Lagi seminggu baru kalut nak cari. Tahun ni dua pasang baju raya. Tahun-tahun lepas punya baju raya pun boleh pakai lg… so xyah membazir. Hehe ;) Warna pilihan… biru firus dan jingga. Bolehla dari xder kan. Ramadhan tahun ni mcm kelam kabut sikit. Tapi apa-apapun masih lagi under control gitu. Dalam kelam kabut pun tetiba ader berita baik untuk hati kan…hehehe ;)
So, di kesempatan yang masih berbaki ini Riana ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada anda dan seluruh keluarga. Moga-moga Syawal ini bakal memberi makna pada kita. ;)
2 ulasan:
selamat hari raya. maaf zahir dan batin.
Sama gak utk ko Apiz…… Maaf Zahir BAtin! ;)
Catat Ulasan