Jumaat, April 18, 2008

Pasca KLIBF

girlHuhu... baru ada kesempatan menjengah umah sendiri. Fuh penatnya mengharung minggu di KLIBF@PWTC. Best memang best bila dapat merayau ke booth2 publisher juga pembekal buku-buku dan sambil2 tu boleh shopping buku yang digemari. Yg tak bestnya, masa yg diperuntukkan terlalu sedikit, almaklumla kena jaga booth org. 15 minit manalah cukup nak meronda sambil2 menyapa sahabat2 penulis.


Dalam minggu KLIBF itu, Ryana cuma sempat ke gerai Jemari Seni, bertemu dengan Syud, Kak Mariah, Kak Wan, Kak Su dan Iejay. Sempat juga grab dua buku dari Jemari Seni untuk koleksi peribadi.


Singgah di gerai Karangkraf dan Alaf21, tetapi tak berkesempatan untuk bertemu penulis-penulisnya di Legar Putra kerana kekangan masa. Ditambah dengan hari minggu yg cukup padat dengan orang ramai (mungkin kerana Dr. Sheikh Muszafar penyebabnya). Hehe, sampai ada sekali tu Ryana kena rempuh dari belakang. Nasib baik tak cedera dan pitam. Kalau tidak boleh juga bersua muka dengan sahabat-sahabat penulis yg lain. (Sebenarnya teringin benar nak bertemu dengan Saudara Ramlee Awang Murshid, kerana Ryana memang penggemar novelnya.) Juga ingin sangat bertemu dengan rakan-rakan yang selama ini hanya menyapa di alam blog iaitu Encik Mersik. Tapi apakan daya, nasib memang tak menyebelahi.


-----------------------------------------------------------------------------------------------


Bercerita selepas pesta buku di PWTC berakhir, Ryana kembali sibuk dengan kerja yang tak pernah sudah. Kena buat report itu dan ini. Kena settle kan punch card anak-anak buah (nanti salah kira OT dia org komplen). Kena tengok-tengok display dlm kedai especially bhgn buku professional sbb rasa macam dah serabut sangat dah. Kena intai-intai juga promotion apa yg sedang berlangsung dan buku apa yg terlibat. Kena jenguk-jenguk bhgn new arrivals takut-takut ada buku kat situ yang bukan lagi new tetapi sengaja diletakkan kerana tiada space di shelvenya sendiri. Juga pada habuk-habuk yang banyak mengotori shelve2 kerana warga kerjanya terlalu banyak kerja juga mungkin malas nak mengotorkan tangan mengelap shelve. Di samping itu kena juga meninjau-ninjau shelve manakah yang dah kosong sangat, jd dah kena mula buat range kembali agar tidak terus kekosongan dan diisi dengan habuk-habuk sahaja. Dah kena mula buat order kembali agar buku yang laris tak kehabisan stoknya di dalam kedai. Juga kena lihat-lihat kerja return yg belum selesai sejak sebelum pesta buku hinggalah kini. Masih banyak yg tertangguh dan perlu di follow up.


Huish... banyaknya kerja Ryana nak kena buat! Bila melihat kesibukan Ryana yang begitu, ramai teman yang bertanya... bila masanya Ryana menulis? Jawapannya... bila otak tak letih dan boleh berfikir dengan baik. Biasanya semua tu Ryana buat di waktu malam hari, sebelum tidur. Pegang pen untuk menulis memang diwajibkan bagi Ryana walaupun sekadar menulis sebaris ayat. Kalau tak de idea, tak leh ler nak paksa otak kan! Kalau letih sangat, terus jer tidur. Hehe, ramai juga yg terkejut, sebab kata mereka selepas saja habis kerja masing-masing melayan kantuk tapi Ryana sebaliknya, masih ada masa untuk menulis dan menaip karya. Kata Ryana, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Lagipun masa itu amat berharga. Jadi walaupun sedikit masa yang ada, ia harus dipenuhi dengan perkara-perkara yang berfaedah. Inilah dia kualiti masa.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari ini, suara tak nak keluar. Peritnya kehilangan suara. Nak bercakap dengan customer pun susah. Ini dah masuk kali ke4 Ryana kehilangan suara (bukan setakat sikit2, langsung tak ada suara yang dapat keluar nih!). First time dulu masa form 4. Waktu tu Cikgu tak percaya yang Ryana tak boleh bersuara. Jadi dia hampir suruh Ryana berdiri atas kerusi sebab tak jawab soalan dia. Nasib baik member sebelah backing, cakap budak ni memang hilang suara gara-gara demam. Hehe selamat. Dua tahun yang lepas pun keadaan sama berulang. Suara hilang sampai rakan-rakan sekerja pun kurang percaya. Ryana cuba juga menjelaskan dalam tak ada suara yang keluar tu. Barulah dia orang faham... dan ada yang gelak!!! Jahat betul! Orang dah tak ada suara, diorang syok2 gelakkan. Tahun lepas dan tahun ini sekali lagi penyakit tersebut berulang. Takut jugak, bila dah selalu nanti, takut terus langsung tak ada suara.
Seorang teman sekerja hari ni tiba-tiba bertanya… Apa kriteria seorang perempuan boleh suka pada seorang lelaki? Hehe… dengan senyuman Ryana menjawab, “Of course la nak yg kemas, baik, hensem… macam lelaki jgk, mesti akan tengok pertama-tama sekali perempuan yg cantik dan lawa serta pandai serba serbi.”Tersengih-sengih teman tersebut… Mungkin nak pasang strategi mengurat seseorang kot… ahaks ;) 

Ahad, April 06, 2008

KLIBF 2008



Tahun Ryana berkesempatan berada di KLIBF 2008 yg berlangsung PWTC, KL. Tapi bukan di booth Alaf21, sebaliknya menjadi pesrta di booth McGraw Hill, Dewan Tun Razak 4. Hehe… Alaf21 ada jemput, tapi atas sebab2 teknikal, Ryana x dapat hadir untuk Pesta Buku kali ini. Tapi, Ryana tetap akan berkunjung ke sana, tapi belum ditentukan bila. Sekadar berkunjung, tp x de edisi autograph. Booth Alaf memang booth yg Ryana akan kunjungi setiap thn, sebelum Ryana rasmi bergelar penulis lagi.

bookworm

Tahun ni Ryana mengendalikan bookfair utk booth McGraw Hill. Fuh… penat sungguh ulang-alik dari Bdr. Utama ke PWTC. Ditambah lagi bila guna pengangkutan awam. Sesiapa yg mengenali Ryana dan nak menyapa di booth McGraw Hill tu, silakanlah… Tapi kalau nak mintak autograph, Ryana nak minta maaf awal-awal sebab tak dapat menunaikannya… Ampun! Nanti karang kena ketuk kepala dgn rakan2 exhibitor yg lain!
So, kepada para pengunjung pesta buku ini, semoga bergembira dan manfaatkannya dengan baik, kerana pesta setahun sekali ini mengumpulkan penggiat buku baik yg besar mahupun yg kecil. Jumpa anda di sana…

Khamis, Mac 27, 2008

}} Hibernasi {{

HUG!!">
Ryana masih belum dapat keluar dari kepompong lagi selagi manuskrip belum siap. So, sekarang ni masih berada dalam bilik kuarantin… Dalam hati berdoa agar manuskrip siap tepat pada masanya (walaupun due date sebenarnya dah lama berlalu… aduhai :p) 
Tak sabar rasanya nak terbang bebas dari belenggu manuskrip yg belum siap ni! (Terbang sementara sebelum buat manuskrip baru ahaks…) Kenalah ketuk kepala berkali-kali ni sambil mulut membebel… 'Apsal malas sangat ni? Bila boleh siap?' 
Aduii… camner nak motivate diri sendiri ni? 
Oh ya… Pesta Buku Antarabangsa tak lama lagi… Hehe… Masa untuk ulat-ulat buku memborong buku yang sukar di dapati di kedai buku…  

Isnin, Mac 10, 2008

PRU 12 penuh kejutan!!!

Pulang ke kampung atas hasrat menunaikan tanggungjawab pada negara, akhirnya dikejutkan dengan berita yang amat mengejutkan! 
Ryana pulang ke kampung pada 7hb Mac. Pemandangan di sekeliling, rasanya tak semeriah pilhanraya yang terdahulu. Awal2 lagi dah terasa suasana sangat hambar. Kempen2 terakhir pun seolah tak mendapat sambutan. Ryana merasakan tahun ni, ahli-ahli politik yg terpilih benar-benar relaks dalam pilihanraya kali ini. Tiada public rallies seperti dahulu. Tiada poster2 yg gah. Di kampung sendiri, keadaannya tetap sama. Bendera parti politik hanya ada di beberapa tempat. Kalau 10 thn dulu, perang poster dan perang bendera sangat dasyat. Sampai tak cukup ruang. Thn 2008, sangat-sangat berbeza. 
8hb Mac, Ryana dan ahli keluarga yg lain keluar mengundi seawal 9 pagi. Tiada tanda2 sesuatu yg mengejutkan akan berlaku. Dan siapa sangka seawal 9 mlm satu persatu keputusan mengejutkan terhasil. Malam itu Ryana berjaga hingga ke pukul 3 pagi semata2 ingin mengetahui perkembangan yg penuh kejutan itu. Siapa sangka, negeri Kedah, Penang, Perak dan Selangor jatuh pada tangan Barisan Alternatif.
Keesokan harinya, memang kecoh seluruh negara perihal pilihanraya ke 12 yg mengejutkan ini. Mak, Abah dan abang serta kakak2 Ryana pun sibuk memperkatakan tentang kekalahan BN di Kedah. Masing2 mula membuat komentar sendiri. Byk yg Ryana rasa harus kerajaan persekutuan ambil berat tentang keputusan ini. Byk yg harus diperhalusi oleh kerajaan memerintah. Antara yg dibincangkan sesama ahli keluarga,

-Rakyat mengundi protes. Undi rosak di Kedah sahaja lebih 15,000 undi.  Byk sebab yg menyebabkan terjadinya undi protes. Rakyat mungkin sudah terluka, terguris dan hilang kepercayaan kepada kerajaan.
-Perlantikan Adun/ Ahli Parlimen yg tak disukai oleh penduduk setempat (especially di Kedah, beberapa ahli Parlimen di tukar kawasannya, menyebabkan  rakyat rasa merajuk).
-Pemilihan calon kelihatan seperti ada yg tidak kena. (Ada sangkut paut keluarga)
-Harga barang/petrol yg naik (Mungkin terpengaruh dengan manifesto BA yg menampilkan negara berkebajikan dan ingin menurunkan harga minyak, menurunkan harga barang, memberikan elaun kepada penganggur, memansuhkan tol...)
-Kaum Cina/India yang tidak puas hati dengan tuntutan mereka.
-Penduduk di luar bandar yang tak puas hati dengan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.
-Peluang pekerjaan sukar. Kerenah birokrasi dalam mengisi borang2(juga temuduga) dalam memohon jawatan di agensi/jabatan kerajaan. Nak pohon jawatan kerajaan, mesti ada kabel( org dalam) yg cukup kuat. Bagaimana dengan yg tiada kabel? Syarikat swasta pula lebih mementingkan satu2 bangsa sahaja. 


Ada banyak lagi sebab yang mungkin masih lagi tersembunyi. Itu hanya beberapa sebab sahaja yg turut menjadi perdebatan dan komentar sepanjang makan tengah hari bersama keluarga kelmarin. 
Ryana tahu ramai pemimpin politik yg terduduk, mengenangkan episod duka ini dalam sejarah politik negara. Namun apa yg boleh dilakukan sekarang, pemimpin2 tertinggi harus memperhalusi masalah dalaman dan akar umbi, semoga ianya tidak terus-terusan menjadi barah yg tak dapat dikawal lagi. Ryana menyokong penuh kerajaan yg sedia ada sekarang dan Ryana percaya pasti ada satu aspirasi yang mampu BN lakukan untuk meraih semula hati rakyat yang terluka.  Apa yang telah berlaku, harus dijadikan teladan yang berguna untuk BN. Sekarang langkah harus diatur untuk bangun kembali. Bak kata pepatah, Biar Jatuh, tapi jangan lupa untuk bangkit kembali.
Wah, wah, wah… dah macam ahli politik pula ya! Ini sekadar komen. Apa yg telah berlaku, biarkanlah ianya berlaku. Kita lihat bagaimana barisan alternatif menunaikan janji pilihanraya mereka. 

Jumaat, Mac 07, 2008

Marilah mari pergi mengundi…


Selamat mengundi kepada pemilih-pemilih… Buatlah undian yang tepat dan bijak untuk masa depan yang gemilang… =)