Selasa, September 03, 2013

Putaran Kehidupan.


~Pesan orang tua-tua dulu, buat baik dibalas baik. Buat jahat, tentunya dibalas jahat. Kawan-kawan marilah kita sama-sama muhasabah diri.. buang segala hasad dengki. Kerana hasad dengki, boleh mengelabui jiwa, menghitamkan hati. Lagi penting...jauhi sihir. Dosa yang tak terampun tu.
Hari ni kita aniaya orang. Esok lusa orang pula aniaya kita. Putaran kehidupan itu sentiasa berputar. Tak selamanya kita di atas, lambat laun ke bawah juga. Tak selamanya kita menjejak bumi, lambat laun ke dalam tanah juga.~


Ahad, September 01, 2013

Dugaan mematangkan Diri.



~ Dugaan yang datang mematangkan diri sendiri. Dulu sebelum diduga, lupa dan alpa pada Yang Esa. Rupanya Allah duga untuk memberi peringatan pada kita manusia supaya ingat padaNYA. 
Terima kasih Ya Allah kerana menyayangi hambaMu yang selalu leka dan alpa ini. Dugaan ini mendekatkan diriku padaMU. Segala amalan yang dulu dilupakan kini diamalkan kembali. Moga Allah merahmati.
Kepada yang pernah diduga dengan pelbagai skala dugaan, jangan cepat putus asa. Kembali kepada ALLAH kerana DIA tidak pernah lupakan kita. Bersabar dan bertawakal lah pada dia. ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Menyayangi.~


Khamis, Julai 11, 2013

Ramadhan tiba lagi.

Syukur Alhamdulillah di pertemukan sekali lagi dengan Ramadhan. Moga kita semua mendapat keberkatan di dalamnya.
Tahun ni sebelum sambut Ramadhan, cepat-cepat je buat checklist. Ya, sebagai seorang Muslim kita memang nak yang terbaik kan dalam hidup kita. Kebiasaannya Ramadhan dijadikan kuliah untuk memperbaiki amalan kita kepada Ilahi.Moga selepas Ramadhan nanti lebih istiqhomah dalam setiap perbuatan dan amalan.
Walaupun dah masuk hari kedua Ramadhan, Riana nak ucapkan Selamat berpuasa kepada semua. Moga puasa kita diterima oleh-NYA.

p/s: disamping beramal, nak juga menulis untuk manuskrip yg sedia ada. :) Doakan ya!

Ahad, Julai 07, 2013

Wayang: Monsters University

Wah, lama tak menulis di ruangan sendiri ini. Maaflah, kesibukan melampau..dan sekarang ni baru reda sedikit. Harap-harap dapat manfaatkan ruang ini seadanya.

OK, baru-baru layan sebuah filem animasi. Rasanya dah lama tayang di pawagam, tapi baru ada kesempatan nak tengok. Filem Monsters University dari Disney Pixar.

Haha..lama tak melayan cerita kartun kan. Nak release tension punya pasal. Maka, cerita ini yang dipilih. Cerita ini mengisahkan tentang Mike Wazowski monster yang bulat comel bermata satu, yang bercita-cita menjadi seorang penggerun. Tekadnya bulat selepas menyertai rombongan sambil belajar di Monster Inc, sebuah syarikat penggerun di mana monsters ini akan memasuki bilik kanak-kanak ketika mereka sedang tidur melalui sebuah pintu ajaib dan akan mengganggu tidur kanak-kanak ini. Di Monster Inc. Mike telah masuk bersama seorang penggerun bernama Frank ke dalam bilik seorang kanak-kanak dan melihat bagaimana Frank melakukan aksi secara langsung dan tanpa disedari oleh Frank sendiri. Dia keluar dari bilik tersebut dan dimarahi guru dan petugas di Monster Inc. kerana dikhuatiri akan teracun dengan toksik dari bilik kanak-kanak tersebut. Namun Frank terkejut dan gembira kerana monster sekecil Mike dapat keluar dari bilik kanak-kanak tadi dengan selamat. Frank menghadiahkan topi Monster University kepada Mike dan sejak dari itu Mike berazam untuk menjadi seorang penggerun dengan memasuki universiti tersebut.



Mike akhirnya mendaftarkan diri ke Monsters University dan bercadang untuk mengambil major dalam bidang penggerun (Scare) yang akan membolehkan mereka yang lulus dalam major tersebut menjadi scarer di Monster Inc.
Kehidupan universiti mereka macam manusia normal pulak. Ada macam-macam kerenah la. 
Pada hari pertama, Mike berkawan dengan Randall 'Randy' Boggs, teman sebilik yang mana berazam menjadi popular namun sukar untuk mengawal kuasa camouflage nya...
Semasa kelas pertama dlm scare program tu, soalan Mike kepada pensyarahnya telah diganggu dengan kehadiran satu monster yang besar berwarna biru dan sangat sombong bernama James P. 'Sulley' Sullivan.


Seluruh kelas telah diberitahu oleh Dean Hardscrabble bahawa sesiapa yang ingin menjadi scarer harus lulus final exam yang akan dilakukan pada akhir semester.Sullivan dengan lagak scarer secara natural dan Mike yang belajar dengan kuat untuk menjadi scarer..,menyaksikan pertembungan hangat di situ. 
Nak tahu lebih lanjut kena menonton sampai habis. Ada banyak pengajaran dalam gelak juga tawa bersama team Oozma Kappa (OK).




Selamat menonton! :)

Ahad, Mei 12, 2013

Mawar Putih buat Mama (ibu). Selamat Hari Ibu!

Tiba bulan Mei, macam-macam hari yang kita sambut. Bermula dengan hari pekerja, kemudian hari jururawat, hari ibu, hari guru dan banyak lagi hari yang mungkin tak tertanda di dalam kalendar Malaysia ni. Sempena hari ibu hari ini, saya tujukan lagu khas buat emak yang tercinta. Ini lagu klasik yang saya amat suka dengar. Lagu yang dicipta pada tahun kelahiran saya. Lagu yg sedap didengar, lirik yang cukup bererti.




Dan ini lagi satu lagu yang menjadi kegemaran. Lagu dan lirik yang cukup puitis dan dekat di jiwa.

Walaupun hanya sekadar lagu, namun jasa ibu yang melahirkan tak cukup untuk dibalas. Lagu ini sekadar untuk kenangan indah bersama ibu. Nak dikira setiap keringatmu ibu, tak terkira banyaknya. Terima kasih kerana melahirkan dan membesarkan ku dengan cukup sempurna. Didikan agama dan duniawi yang ibu beri tak mampu anakanda balas. Walaupun anakanda ni kadangkala nakal dalam diam, namun ibu tetap mendidik penuh sabar. Walau ada kalanya ibu pernah naik angin dengan kelaku anak-anaknya, namun kasihnya ibu lebih dari itu. Terima kasih ibu kerana mendoakan setiap langkah anakmu. Moga berkat doa ibu sentiasa mengiringi perjalanan hidup ini. Doakan anakanda bertemu jodoh yang baik-baik dan dalam pada masa yg sama dapat berbakti padamu ibu. Amin. Selamat Hari Ibu!