Jumaat, Mac 14, 2014

Berjaya turunkan berat badan? #3

Bagi seseorang yang berada di dalam keadaan di mana beratnya melebihi berat ideal tentu akan berasa amat gembira bila mana berat badan turun walaupun sekadar 1 kg kan? Kalau ber kilo-kilo lagi la melompat dibuatnya.
So, macam mana? Ada penurunan? Kalau tak ada penurunan, memang kena semak balik menu kita seharian. Kalau ada penurunan, baguslah! Istiqomah dengan plan diet anda. Moga mencapai sasaran yg dikehendaki. Tapi pastikan niat kita betul. Nak kurus sebab nak sihat, nak kurus sebab nak rasa selesa bila berjalan atau lakukan aktiviti tanpa rasa sakit-sakit anggota bawah badan. Bukan nak kurus sebab nak mengurat mamat hensem ye! :p
Saya dah turun 5kg. Alhamdulillah, walaupun lambat...tapi rasa berbaloi dgn usaha. Setiap kita tahu bagaimana badan kita berfungsi dan setiap dari kita cara penurunan beratnya berbeza. Ada yg ambil masa cepat dan ada yg sangat perlahan. Kena banyakkan pembacaan, tambah ilmu di dada. Bukan pakai diet ikut suka hati ja.
Tips ringkas saya, saya elakkan makan nasi. Selama sebulan ni makan nasi seminggu sekali saja. Hari-hari biasa saya cuma makan selain nasi dan yg seangkatan dgnnya. Banyakkan minum air putih. Kurangkan ais ( yg ni selalu terbabas. Sbb sekarang ni cuaca panas sgt.). Kurangkan makanan manis dan masin.
Saya makan 5 kali sehari. Tak skip breakfast dan makan mlm langsung. Menu nasi, saya tukar kepada bubur oat, ikan, ayam, sayur, sup. Nak make sure rasa kenyang dan perut tak terlalu meminta-minta makanan, saya akan minum satu camca (ESP Shaklee-non gmo soya protein) yg dibancuh dgn 2 camca milo bersama air masak. Biasanya minum waktu pagi. Bersama-sama supplimen lain seperti b-complex dan vitalea. Supplimen ni perlu untuk menjaga kecergasan. Bila usia dah masuk 3 series, ada je yg tak kena dengan badan. Jadi supplimen ni sebagai penambah baikan mana yg kurang dalam badan kita. Supplimen ni penting tambah-tambah lagi untuk wanita yg dah mengandung dan melahirkan anak.
So far diet ni menjadi. Kena lebih istiqomah sebab perjalanan masih panjang nak mencapai berat ideal.
Ni menu makan tengah hari ni. Bubur oat tomyam. Resepi ringkas. Tomyam dan bubur oat dimasak berasingan.


P/s: nanti saya share tips - tips yg lain pula ya. 

Tiada ulasan: