Jumaat, Oktober 26, 2012

~Salam Aidil Adha~


Sedar tak sedar, dah pun Raya Haji. Sekejap sangat masa berlalu. Baru hari tu sambut Raya Puasa. Tup tap tup tap dah Raya Haji. Tahun ini kakak dan abang ipar ke Mekah menunaikan ibadah haji. Moga mereka mendapat haji mabrur. Dan moga-moga tertulis namaku jua untuk mnejadi tetamu Allah suatu hari kelak. Amin!

So, Hari Raya Haji tahun ni sama jugak kot macam tahun-tahun lepas... kena kerja. Huhu.. Besok sebelum masuk kerja kena buat nasi tomato dulu. Puas jugala mencari resepi nasi tomato ni. Harap-harap menjadi la. Dikawankan dengan ayam masak merah...yang dah pun siap dalam belanga.
Gigih salin dari pakcik google untuk masak esok..

Ni ayam masak merah yang dah siap masak.

Bukanla rajin sangat nak masak-masak ni. Tapi bila tiba time Raya, mana boleh miss...mmg kena gak rajinkan diri yang malas ni. At least rasa jugakla sambutannya. :) Esok kita tengok, jadi ka tak nasi tomato. Hehe..

Tadi ada cerita ala-ala telefilem kat TV3. 'Korban Haji' Syok jugakla. Sebab utama, boleh kata semua pelakon cakap Utara. Best dengar. Terubat rindu. Pure Utara tu. Cerita dia memang la memberi pengajaran dan kesedaran buat kita. Moral of story: Jangan sampai nak buat ibadat, hingga tak sedaq kita dah dapat dosa riak... :) Syok dok dengar perkataan2 yg la ni jarang sangat dok guna sebab dok Kay Ell... (etc: maukalaukata). Meleleh jugak ayaq mata ni dekat2 nak last cerita tu. Haih, tak tau pasai pa, dok tengok cerita sedih dua tiga menjak ni asyik nak menangih ja. Tengok Kabhi Khushi yang dah khatam lebih 10kali pun boleh meleleh. Haih...
Minta maaf la no kalau rasa tak suka dengar atau baca orang Utara punya loghat ni. Tapi nak habaq mai, kami ni dengaq ja kasaq, tapi sebenaqnya bukan kasaq pun... Dah cara cakap lagu tu. Kalau betoi kasaq, anak2 dara & teruna Kedah sure tak laku.. Hahaha.. Jangan cepat amik hati naaa.. 

Selamat Berhari Raya Korban! Saya pula...berkorban untuk kerja di hari raya Korban. :D

Tiada ulasan: