Khamis, Disember 15, 2011

Dunia kita berbeza…tetapi fokus kita sama…



~Menderita dengan airmata… Perasaan adakalanya tak semua mampu diluahkan. Mungkin telah ditakdirkan Tuhan bahawa perempuan dan lelaki itu bukan setakat beza pada zahirnya…tetapi juga beza pada sifat dan perasaan juga. Lelaki dilihat lebih suka untuk tidak meluahkan sama ada perasaan mereka juga masalah…berbanding perempuan. Perempuan bila pasangannya mempunyai masalah atau sedang berduka, hatinya pasti gundah gulana dan ingin segera berusaha untuk bertanya dan bertanya. Tetapi lelaki lebih senang untuk memendam sahaja dan berharap masalah itu berlalu kerana mereka fikirkan untuk tidak mahu menyusahkan pasangan. Dalam keadaan yang mungkin dianggap remeh seperti ini jugalah bisa wujud bibit-bibit pergaduhan di antara pasangan. Yang seorang penuh perasaan ingin tahu dan merawat, manakala yang seorang tak mahu orang tahu dan fikir masalah dapat diselesaikan oleh mereka sendiri. Kerana perbezaan itu jugalah Allah mentakdirkan mereka agar saling melengkapi…bukan saling menuding jari, mendabik dada dengan ego yang tinggi…~

Doaku semoga antara kita sentiasa ada rasa saling memahami dan toleransi…moga kita tidak dipesongkan hati dan mengikut nafsu amarah sendiri. Amin… 

Tiada ulasan: