Filem ini di cadangkan oleh seorang teman- Encik Perasan Kacak untuk ditonton. Sudah memiliki DVDnya, tetapi baru hari ini berkesempatan untuk itu.
Menghabiskan masa selama 3 jam menonton cerita ini memang berbaloi rasanya. Filem Hindi ini amat berbeza berbanding filem-filem hindi tipikal yang lain. Walaupun masih ada lagu-lagu nya yang menyaksikan hero heroinnya berganti baju bagai… tapi filem ini memberi lebih dari semua tu. Dan bersyukur sangat sebab filem 3 idiot ini tidak terlalu mempromosi tubuh badan wanita sebagai sebahagian dari inti pati cerita…
Mekap yang sangat natural dan tidak keterlaluan, cinematografi yang sungguhhhhhh cantek… Lakonan Aamir Khan, Madhavan dan Sharman Joshi yang sangat berkesan… Dari apa yang dapat direnung, dimanfaatkan adalah… nilai sebuah persahabatan yang kian terhakis di kalangan kita tanpa kita sedari. Dan bukan itu saja… nilai kekeluargaan juga turut diselit di antaranya. Filem ini juga membuka minda. Pekerjaan yang kita lakukan mesti seiring dengan minat… Jika tiada minat, dipaksa bagaimana pun tak akan menjadi. Nak komen panjang-panjang…memang tak reti la kan… Tapi filem ini mampu memberi sesuatu kepada kita untuk kita renung2kan… One of motivated film. 5 star untuk filem ini.
p/s: Encik Perasan kacak… saya dah tengok n komen yer… Sesungguhnya Kareena Kapoor sangat cantek dalam filem ni. Hehehe ;)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan