Isnin, Februari 22, 2010
Allahyarham Sudirman Haji Arshad ~ 18 tahun~ Masih Dalam Kenangan~
Allahyarham Sudirman Haji Arshad, nama yang tidak asing lagi di telinga rakyat Malaysia amnya. Tarikh 22 Februari setiap tahun sentiasa diingati mengingati tarikh pemergian penghibur berbakat besar ini.
Tidak pernah bertemu arwah semasa hidupnya. Hanya berbekalkan lagu-lagunya yang meruntun, penuh semangat, dan mendalam maksud bait liriknya… Riana mengenali insan bernama Sudirman Haji Arshad. Malah dialah penyanyi yang menjadi pujaan hati sehingga kini. Malah tidak salah rasanya Riana cakap, Allahyarham Sudirman ni belum dapat ditandingi oleh mana-mana penyanyi di Malaysia setakat ini.
Riana membesar dengan karya-karya beliau. Lagu beliau bukan sekadar lagu cinta. Lagu beliau banyak mengajar kita erti cintakan negara. Dapat Riana rasakan di dalam setiap lagu patriotiknya, semangat Allahyarham begitu kental dalam menzahirkan apa yang dialunkannya. Begitulah istimewanya Allhayarham di mata Riana. Dia sangat istimewa…
Dulu sewaktu kecil, sering Riana lagukan lagu Pesan Abang… paling best sewaktu nak ambik exam la… Rasa semangat jer dengar lagu tu… At least bila dgr lagu tu takde la tension sangat nak ambik exam…
Waktu kecil dulu Riana tak pernah missed melihat persembahannya di TV. Tak pernah membosankan dan tidak pernah jemu untuk ditonton. Agaknya jika waktu Arwah buat persembahan konsert percumanya di Chow Kit dan ketika itu Riana dah besar…mungkin Riana juga salah seorang dari 100000 penonton yang menonton konsertnya.
Sayang seribu kali sayang… usia arwah terlalu singkat di dunia ini. Kepergian arwah pada tanggal 22 Februari 1992, begitu menggemparkan Malaysia. Setelah sekian lama arwah menyepikan diri dan hanya khabar-khabar angin bertiup bahawa keadaan kesihatan arwah sangat meruncing ketika itu. Dan akhirnya berita mengejutkan apabila diumumkan dalam siaran TV bahawa arwah telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Saat itu masing-masing dalam rumah Riana sepi… terdiam dan termanggu bagai tidak percaya dengan berita yang diterima. Menitis airmata di pipi saat melihat jasad arwah dibawa pulang ke kampung halamannya. Sungguh sayu saat-saat itu bila dikenangkan kembali. Hingga saat ini pun bila terbaca kisah-kisah Arwah Sudir di mana-mana sahaja… pasti airmata akan gugur ke pipi. Riana rasa bukan Riana sahaja yang menyayangi dia… namun seluruh rakyat Malaysia yang mengenali arwah. Malah kasih sayang yang diterimanya bukan setakat pada kaum Melayu, tetapi juga seluruh warga Malaysia. Kerana arwah diminati pelbagai kaum di Malaysia. Dialah juga pemupuk bersatunya kaum-kaum di Malaysia tidak mengira bangsa dan keturunan. Dia sentiasa di hati…
Untuk ke sekian kalinya… seperti tahun-tahun sebelum ini, Al-Fatihah buat arwah di sana… Moga rohnya sentiasa dicucuri rahmat olehNYA.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan