Khamis, November 05, 2009

Shopping… ubat release tension… ;)




Riana outing ke KL hari ni… Huii… sorang-sorang jalan kat KL tu memang best… Tapi, penat dowh… Penat sebab terkejar2. Hihihi ;)


Destinasi pertama, mestilah Area jln TAR. Riana naik tren dari Kelana Jaya ke Masjid Jamek. Dek kerana malas nak jalan ke area SOGO sana tu, Riana naik Star ke SOGO.Hihihi. Mula-mula tak masuk SOGO, Riana terus ke Maju Junction dulu. Rewang2 tgk apa yg ada kat situ. Ramainya org tgh lunch, maklumlah… baru pukul 1.30 waktu tu… Takdelah happening sangat Maju Junction tu… Keluar dari Maju Junction, lintas jalan… masuk pula Avon Boutique… Beli barang yang dipesan kakak. Hehe. Dah settle, lintas balik jalan… menuju pula Bangunan Mara. Pergi hantar kain nak buat baju. Huhu… baju untuk kenduri kakak nanti. Aduhai… tema warna ungu. Nasib baik dah ada kainnya, cuma perlu tempah jer… Settle kat situ, ingat nak makan kat Medan Mara tu… sebab sup nya sedap banget sih… Tapi ramai lak orang… Maka teruslah berjalan gi SOGO lak. Masuk SOGO, gi cari baju utk diri sendiri. Huhu… ingat nak beli dua pasang, tapi rasanya cukuplah satu jer dulu. Bulan depan spend utk satu lagi baju…hihihi.

Settle kat SOGO, kuar gi Minerva. Cari buku Aisya Sofea -Yang Sebenarnya. Yess!! Dah ada pun. Maka, apa lagi… terus gi bayar kat cashier bersama dengan buku Kak Lili Haslina-Menunggu Cinta Tuhan. Puas hati! Pastu gi makan kat KFC. 
Best giler dah dapat semua barang yang dikehendaki. Destinasi seterusnya, KLCC… Sebenarnya dah malas sangat nak ke sana, tapi memandangkan nak juga pergi tengok kedai competitor… maka kaki melangkah jua ke sana. Naik tren ke KLCC… huhu… Destinasi-Kinokuniya.


Kat Kino jumpa dengan Datuk A. Samad Said. Apa yang Riana beli kat sini? Nanti kita bongkar apa yang Riana beli kat sini. Hehe ;)
Balik dari KLCC… pukul 5.30ptg… Nasib baik belum ramai org naik tren balik dari kerja.


Ini yang Riana beli di semua tempat yg Riana singgah…Taraa…


Tu dia… dasyatnya Riana shopping…







Beg plastic Avon tu takleh nak bongkar sebab ada barang2 Wanita… tak sesuai utk tayangan umum. Hehe… Dari beg Kino tu… Riana beli buku knitting dlm bahasa Jepun. Disebabkan ada diskaun 20% utk buku tu… tapi Riana kena beli buku lain utk menikmati diskaun tersebut… maka terpaksa beli buku Barbie…huhu. Kenapa beli buku knitting tu dalam bahasa Jepun? dah tak ada ke buku dalam bahasa Melayu atau Inggeris. Jawapannya… sebab Riana dah biasa benor dengan kod2 dalam bahasa Jepun utk mengait. Dari umur 13 thn lagi dah belajar mengait guna buku dalam bahasa Jepun. Bahasa memang tak faham… tapi kodnya mudah dipraktis… Jadi kerja pula Riana ni kan! Haha ;)
Uishh… dah banyak menceceh lak Riana kan! Ok, nak sambung tengok Tower 13 kat TV3… Ngeri…Jom!

Tiada ulasan: