Bukan hari-hari rasa bahagia itu datang menjengah… Jadi bersyukurlah kerana terpilih untuk rasa bahagia pada hari ini.
Hati bahagia pabila kami sama-sama berada di dalam mode mencari keserasian… dan bertambah bahagia bila menemui beberapa titik persamaan di dalamnya.
Hati bahagia pabila dia menjadikan diri ini tempat untuk mengadu kisahnya walaupun tidak keseluruhannya.
Hati bahagia pabila diri ini sentiasa diingati dalam tidur dan jaganya. Setiap saat bagaikan dia sentiasa menyebut nama.
Hati bahagia bila dia tidak mencari bahan untuk bertegang urat dalam perkara-perkara yang kecil sehingga membawa kepada ketidaktenteraman jiwa. Terasa jiwa bagai melayang seketika ke langit.
Hati bahagia pabila diri ini diingati lebih istimewa berbanding teman-teman yang lain.
Hati bahagia pabila dalam diam dia memerhati setiap tingkah laku dan kemudian mengingati dan bertanya mengapa dan mengapa? Itu maknanya si dia pemerhati dan amat concern apa jua tentang diri ini. Apa yang kita sukai dan juga tidak suka semuanya di dalam pemantauan.
Hati bahagia bila di mana-mana sahaja dia sering memerhati dengan lirikan matanya tanpa diri ini menyedarinya.
Hati bahagia pabila membaca kata-kata darinya yang terasa keseluruhannya begitu bermakna dan istimewa. Walaupun sekadar ucapan 'hai'.
Hati bahagia pabila adakalanya dia bertindak comel dalam kata-katanya yang mengusik. Tanpa sedar jiwa turut terusik.
Hati bahagia kerana dia adalah dia yang dikenali sejak dulu… tidak berubah walau sedikit pun dan dia istimewa dengan caranya yang tersendiri. Dia adalah dia apa adanya. Cukup sekadar penyejuk mata walau tidaklah sekacak mana… namun dengan apa yang ada pada dirinya… budi bahasa dan santun kata itulah yang membuatkan dirinya begitu kacak dipandangan mata. Tiada orang lain lagi yang dapat mengisinya di minda.
1 ulasan:
saya sungguh bahagia...
Catat Ulasan