Last week, 10hb sampai 13hb Riana and members berangkat ke rumah member Riana di Kuantan, Pahang. Dengan satu tujuan iaitu bercuti… Best sangat. Hari pertama, 10hb… berangkat dari Pudu Raya menuju ke Kuantan. Naik bas pukul 11 pagi. Riana first time jejak kaki ke Kuantan ni. First time juga menyelusuri jalan berliku ke Pahang. Tak banyak beza sangatla menempuh perjalanan ke Pahang dengan ke Utara. Siapa yang tak tahan memang boleh mabuk... macamla kawan Riana nan seorang tu… Haha.
Perjalanan makan masa 4 jam. Sampai kat Kuantan kitaorg naik teksi menuju ke rumah Kak Su tu yg terletak di sempadan Terengganu-Kuantan. Jauhla juga… Tambang teksi sampai RM35 dan pengalaman dengan pemandu teksi yg kerek. Hahaha…
Sampai kat rumah Kak Su, maknye menyambut kami dengan senyuman mesra. Besar rumah Kaksu… Boleh main lari2 lagi. Kita orang dijamu dengan nasi minyak. Sedap betul masakan mak kaksu. Rasa macam mak sendiri pula… Petangnya… masing2 sibuk nak pakai inai. Haila… inila bahana budak2 bandar masuk kampung. Kak Su siap mintak kat jiran sebelah yg kebetulan ada pokok inai untuk menzahirkan impian anak2 muda dr bandar ni. Malamnya kita orang masing2 pakai inai. Aduhai… macam2 kerenah budak2 ni.… Selepas pakai inai, ada plak yang nak pergi beli burger… Aduhai… Macam2 pe'el budak2 ni…
Malamnya, tepat pukul 12, kitaorg surprisekan Firhan yg sambut hari lahir 11hb April ari tu… Terharu mamat tu hingga menitiskan airmata… Huhu… Macam2 hadiah dapat… Lepas dah bersurai, kitaorang masuk tidur bilik masing2. Tapi, sampai ke pagi tak leh nak tidur sebab sejuk sesangat gara2 pendingin hawa… Dua selimut tebal pun tak mampu nak melawan rasa sejuk yang mencengkam tu. Akhirnya terlena balik selepas Subuh… dan terlewat bangun untuk ke trip pagi tu…
Sepatutnya kita orang kena beredar ke pantai pukul 7.30pagi… Kata Mak Kaksu, takut kalau lambat pergi takde tempat nak makan segala… Kami keluar rumah pukul 8.30pg. Sampai kat Pantai Batu Hitam pukul 9 lebih… Main air jap… tapi terasa jgk nak berendam… Pantainya memang lawalah… Akhirnya memang masuk jugak dalam air…tak kisah lagi dah kalau kena sunburn… (Tapi nasib baik tak terbakar kulitku…)
Lepas dah puas kena air, kitaorang naik ke darat dan makan… Ada bihun goreng, nasi goreng, karipap, air oren n sirap… Sedap betul! Dah selesai makan dan makan, kita org bersiap nak balik. Huhu… ngantuk giler time bawak kereta. Mungkin sebab tak cukup tidur agaknya...
Kita orang singgah pula di gerai keropok lekor… Waktu singgah tu, gerai tu baru nak buka. Tapi… memang sedapla keropok lekor yg dijual kat situ… Memang puas hati betul… Dalam perjalanan pulang ke rumah, singgah sekejap kat Kuantan Parade sebab Mak Kak su nak beli beberapa barang. Sempatla round tempat yg nama Kuantan Parade tu… Sempat juga beli kek dan cenderahati untuk Mak Kak Su.
Sampai rumah lebih kurang pukul 1 lebih… masing-masing kepenatan. Mata pun dah tak larat angkat… maka, tidurlah kita orang kat bilik masing2. Terjaga waktu tu dah pukul 4 ptg. Terus mandi dan tgk TV kejap. Petangnya berjalan lagi kita orang ke Kuantan, makan seafood plak… Tersangatlah bestnya…
Balik rumah, sambung lagi makan… sesi tiup lilin pula untuk birthday boy and girl… Moga panjang umur dan dimurahkan rezeki… Tidur awal malam tu kerna keesokan harinya kami harus berangkat ke Seremban pula…
12hb April…
Naik bas ke Seremban pukul 1 ptg. Masing2 senyap di tempat duduk melayan mata yang mahu pejam. Yang sorang tu mabuk lagi gara-gara tak tahan perjalanan jauh. Degil! Dipaksa makan ubat pun tak nak… Teruk!
Perjalanan makan masa lebih 5 jam… Sampai di Seremban pun dah hampir pukul 7. Dengan pengalaman naik bas yang macam ape ntah… Dengan pelbagai manusia kat dalamnya… Fuh yang paling dasyat, hujan lebat giler… Huhu… kita orang macam anak itik yang kebasahan…
Sampai di rumah Firhan lebih kurang pukul 7.30mlm… Mandi then makan lagi… Pastu mata melayan TV lak… Anugerah Bintang Popular.
13hb April… lepas sarapan pagi, rupanya ada plan nak gi Ulu Bendul pula… kita orang pergi mandi manda sekejap… Sebelum balik rumah dan berkemas untuk balik ke KL. Syoknye mandi kat Ulu Bendul… hilang stress! Kembali ke KL semula dengan komuter pukul 4 ptg.
Banyak pengalaman pahit manis kita orang sepanjang 4 hari bercuti. Yang pastinya, masa terisi dengan apa yang dah kita orang plan. Memang puas hati sangat. Harap2 ada lagi kesempatan untuk kita orang bercuti sama-sama lagi… Waktu macam ni la kita orang boleh tahu true colour masing2.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan