Lapan orang semuanya. Tapi sepatutnya 15 orang… tapi disebabkan cerita yg kurang enak Riana nak ulang cerita di sini, maka… biarlah Riana saja yg tahu kenapa lapan orang sahaja. Yg buruk2 tu kita simpan k!
Perjalanan kami berenam ke Zoo Negara bermula seawal jam 10.30 pagi. (Awallah konon kan!) Kenapa pilih Zoo Negara? Sebab saja… nak bermanja2 dgn binatang. (Ayat Poyo ja!) Sebenarnya… Riana tak pernah pergi Zoo Negara seumur hidup. Itulah pertama kali. Waktu ikut rombongan sekolah dulu pun mana pernah Cikgu bawak melawat Zoo. Yg kita orang pergi waktu tu… shopping complex! Haha…
Part yg paling best pergi Zoo ni ialah… kita orang masak n bawak bekal untuk makan di sana. Ada nasi goreng, meehoon goreng, sambal bilis, sandwich dan macam-macam lagi. Kita orang semua tak pergi makan jamuan kat MPH pun kerana teruja sangat nak pergi Zoo masing2. Sampai Nasi Beriani pun dah rasa x sedap lagi gara-gara nak pergi Zoo.
Maka tepat jam 11 pagi, kami (Kak Su, Qira, Ermah, Me, Faizul, Tariq, Raymie n Firhan) berlapan bertolak ke Zoo Negara dgn bas dan tren. Haha… dgn paper bag yg pelbagai… Lawak betul. Sampai di Zoo dah hampir pukul satu. Lepas settle beli tiket, kami masuk… perkara pertama yg dibuat ialah cari port makan. Pergh… memang best n havoc. Bukannya teruja nak gi tengok binatang. Perut yg kena isi dulu.
Lepas makan baru kita orang jalan-jalan dalam Zoo tu. Oppss… bukan jalan-jalan tapi kita orang naik pengangkutan yg macam keretapi dalam Zoo tu. Penat kan nak jalan kat kawasan Zoo yg besar tu.
Terujanya kita orang tengok binatang2 kat situ. Binatang2 kat situ pun rasanya teruja juga tengok kita orang. Ada binatang yang ok… tapi yg paling banyak… mcm malas jer nak bergerak. Tengok Singa kat situ pun macam tak de nafsu jer. Asyik tidur… tak aktif langsung. Mungkin jgk waktu tidur dia kot… Haha!
Kitaorang keluar dari Zoo pukul lima lebih. Terus naik teksi pergi stesen lrt and then naik tren. Ada budak2 lelaki tu dia orang dah penat sgt so… dia orang balik dulu. Lagipun keesokan harinya ada yg kena kerja full. Yg perempuan2 ni campur sorang lelaki meneruskan perjalanan ke Mid Valley. Ada yg teringin nak ke The Garden. To fullfil his wish…
Dengan menaiki lrt dan kemudian komuter, maka sampaila kami kat Mid Valley dekat2 Maghrib. Tapi… memang tak puas hati betul naik komuter kat KL Sentral tu… Attitude org kita masih lagi sama sejak zaman Riana belajar kat UPM (dulu rajin ke KL naik komuter) sampai lah sekarang ni. Masih bertolak2 nak naik tren. Tak kiralah org tua ke sapa. Pastu mana ada bagi laluan org nak kuar tren. Fuhh… hari tu jadi jahat sikit. Disebabkan org tak nak bg laluan pada kita yg nak kuar dari koc, maka kita pun main kasar lah… Entah siapa-siapala kakinya kena pijak ngan Riana. Sapa suruh bertolak2 macam budak2 sekolah. Naik cara elok x boleh ke? Betapa rakyat Malaysia punya mentaliti sebegitu… Saya rasa malu. Budak sekolah pun saya rasa lagi berdisiplin. Hai… entahlah dunia…
Okeh, di Mid Valley, usai solat Maghrib, kami berlima gi makan kat Pizza Hut. Akhir sekali oleh kerana masa yg tak mengizinkan, kita orang terpaksa berkejar balik dan memang tak sempat jejak The Garden pun. Sian orang tu! Nak tengok gambar penuh, boleh klik link ini >>> Facebook
Tiada ulasan:
Catat Ulasan