Today, 8th October dan sudah 8 hari juga Umat Islam menyambut Aidilfitri. Tahun ni, pertama kali Riana memandu pulang ke Kedah. (Actually, waktu nak balik, my big brother drive from KL till Taiping and me sambung sampai Juru, and he continue till sampai umah). New experience memandu di highway. Sebab sebelum-sebelum ni, Riana balik kampung pun naik bas je.
Riana bertolak ke kampung hari tu pada 30hb September, pukul 3pagi. Sampai di Gurun, pukul 7.30pagi. Sampai je, terus tidur untuk satu ke dua jam sebab sepanjang perjalanan mata tak lelap langsung. (Jealous giler ngan my brother yg sempat tidur masa dia dera Riana drive dari Taiping. Cool! =p)
Bangun lebih kurang pukul 10. Letih giler tu. Kakak-kakak dah bising, tung tang tung tang di dapur. Mak dah siap tanak beras pulut untuk buat ketupat. So, segantang beras pulut, kita orang (me with my sis's) lah yang membalut ketupatnya. Hehe… ketupat di sebelah Kedah-Perlis ni adalah ketuput pulut daun palas. Bentuknya tiga segi. Tapi agak berbeza sedikit bentuknya dengan ketupat di sebelah Kelantan-Terengganu. Ada yg suka tambah kekacang di dalam ketupat pulut ni. Mak pun kadang-kadang suka letak kekacang. Tapi, Riana lagi suka yang original tanpa kacang. (Hehe… kalau ada kacang, Riana akan asingkan kacang dan makan pulutnya sahaja). Daun palas, tak yah beli… dah siap sedia. (Abah Riana dah siap ambil dua tiga hari sebelum raya di tanah lama-tapak rumah yg lama). Kelapa pun tak yah beli juga. Ada pokok kelapa sendiri. Cuma beli beras pulut dan gas je kot.
Kalau segantang beras pulut tu, biasanya habis di'ketupat'kan lebih kurang satu jam. Biasalah kakak-kakak Riana pakar dalam bab2 membalut ketupat ni. Riana? Bolehlah… asal boleh makan, kira oraitla tu. But I'm one of tenaga yg digunakan untuk membalut ketupat setiap tahun. Hehe…
Kakak Riana yg lagi sorang, sibuk menyediakan bahan-bahan untuk rendang. Tahun ni ada tiga jenis rendang disediakan. Satu, Rendang Daging. Dua, rendang ayam. Tiga, Rendang Ayam kampung yang dimasak ala-ala rendang orang nogori. (Masak lemak cili padi. Paling best!) Ayam kampung, adalah ayam yg family Riana bela.
**Rendang Ayam Masak Lemak Cili Api.
**Rendang Daging (Tak pastilah apa sebenarnya nama rendang ni Tapi bahan-bahannya paling simple. Daging, (lengkuas, bawang merah, serai, cili kering dan sedikit halia dikisar dan kemudian dituang di dalam kuali), Santan lebih kurang dua liter(ikut kepada kuantiti daging yg digunakan.) Lepas tu masak sampai mendidih. Garam diletakkan ketika daging dah empuk dan kuahnya tinggal sedikit. Boleh masukkan daun limau purut untuk bau yang menawan. Hehe... Atau daun kunyit muda. Nak tahu kenapa rendang sampai berjenis-jenis dan ketupat yang dibuat pun dalam kuantiti yang banyak. Heheh… biasalah, kakak-kakak Riana ni nanti nak bawa balik untuk mak mertua dia orang lagi. Rendang berjenis-jenis, sebab ada yang tak makan rendang jenis ini, tapi makan rendang jenis itu. Ada yang tak makan daging, cuma leh makan ayam sebab allergic. Riana? Hehe… makan semua jenis tanpa takut pada sebarang allergy. Syukur Alhamdulillah sebab dikurniakan kesihatan yang baik begini kan!! **Kawasan rumah Riana dari pintu dapur. Sempat snap sekejap sambil dok tengok periuk ketupat. Hehe... This is our third time sambut raya di rumah ni. Rumah ni siap sebelum Hari Raya tahun 2006. Dulu rumah Riana sepanjang 25 tahun, terletak di tepi jalan raya. Sekarang ni di dalam kampung. So, suasana raya tu berbeza. Dulu tak ramai budak-budak datang beraya sebab rumah tepi jalan. Mak bapak budak2 ni tak bagi jenjalan ikut suka hati. Almaklumlah kereta laju-laju yg lalu depan rumah Riana dulu. Dulu, time raya… kita orang adik beradik boleh kira berapa kali accident dekat depan rumah Riana tu. Tup-tup tiba-tiba ramai je orang berkerumun sebab ada kereta jatuh dalam longkang besar (parit) di seberang jalan. Ada kemalangan yang serius dan ada jugak yg tak. Pernah sekali dulu… pagi-pagi nak pergi sekolah, terkejut sebab ada kereta jatuh dalam longkang depan rumah. Sib baik tak langgar rumah. Orang tu mabuk. Yang tinggal cuma kereta jer. Bahaya kan?!! Banyak sungguh kemalangan yg berlaku waktu tinggal di situ. Mak Riana pula jenis yang cepat terkejut. Dengar jer bunyi accident, terus kecut sambil beristighfar. Banyak jugalah kemalangan jiwa. Sampai ada satu kemalangan tu, membuatkan anak buah Riana tak boleh tidur malam dan sehari kemudian demam panas gara-gara ayahnya bawa pergi tengok kemalangan maut dekat selekoh depan rumah Riana tu. Anak buah Riana tu sampai terbayang-bayang darah atas jalan tar walaupun kemalangan tu dah lama berlaku. Hmm… Riana, pernah tengok satu kemalangan berlaku depan-depan mata Riana. Waktu tu Hari Raya, dan arwah Atuk Riana masih ada. Umur Riana waktu tu 9 tahun. Tengah main-main kat luar rumah sambil diperhatikan arwah atuk. Riana nampak kereta proton saga warna merah tiba-tiba berpusing-pusing dan kemudian, jatuh di seberang sana jalan. Nasib baik tak cedera teruk orang dalam kereta tu. Bila ditanya pada pemandu, dia cakap… dia nampak jalan tu lurus. Bila sedar depan ada ladang getah, baru dia pusing dan membuatkan keretanya berpusing-pusing. Nasib baik tak ada kereta pada sebelah arah yang satu lagi. Hmm… bila jadi macam ni, adalah orang bercerita dari mulut ke mulut tentang kejadian mistik di selekoh bahaya tersebut. Ramai juga yang bertanya, tak takut ke tinggal kat rumah tepi jalan, dekat dengan kawasan kemalangan tu? Bagi Riana, tak lah menakutkan pun. Pernah tinggal sorang-sorang tanpa ada yang mengganggu, baik orang mahupun yang bukan orang. Tapi… pernah sekali tu diusik kot. Saja jer… Tapi waktu tu Riana dengan kakak Riana dalam rumah tu. Mak ngan Abah kat umah jiran sebelah sebab ada kenduri. Waktu tu malam dalam lebih kurang pukul 9. Tetiba ada orang bagi salam. Sebagai kebiasaan duduk di rumah tepi jalan ni, kita orang akan intai dulu orang yang datang dari celah-celah tingkap. Bila dah confirm ada orang yang memang dikenali, baru kitaorang buka pintu. Kalau tak kenal, kita orang cakap ikut tingkap jer. Takut juga yang datang tu bukan berniat baik. Pada malam kejadian tu, tak ada orang yang dilihat. Kakak Riana yang turut mengintai pun terkejut. Masing-masing saling berpandangan. Hehehe… Mistik betul!
Sejak duduk di rumah baru ni, sambut raya memang meriah dengan budak-budak. Selang seminit ja… rumah penuh dengan rombongan beraya. Bestnya dia orang kan! Yg paling best tu, tuan rumah siap tanya lagi, nak makan ka nak duit raya? Masing-masing mestilah jawab nak duit raya. Bertuah betul! Dulu zaman kanak-kanak Riana, pernah sekali jer pergi beraya. Itupun pergi rumah member, sebab Riana ni bukannya rajin nak kutip duit raya pun. Biasanya dok umah tak jalan pun dapat duit raya sebab ramai yang datang umah. Hehe… Pergi rumah member pun siap kena kutuk dengan mak member tu. Katanya, makan tak mau. Nak duit raya jer… Isk… isk sedihnya. Padahal bukannya hadap sangat pun duit raya. Eleh… 20 sen jer pun. Sian la kat anak-anak buah Riana yang ikut serta. Sejak dari tu dah serik nak pergi beraya. Berkurung kat rumah lagi bagus.
Diam tak diam anak buah Riana dah masuk 26 orang. Cucu saudara pula dah masuk 3 orang dan mungkin meningkat lagi tahun depan sebab ada anak saudara Riana yg bakal mendirikan rumah tangga November ini.
Masih dalam suasana sambutan Hari Raya. Riana sendiri sedang berkira-kira mahu memenuhi undangan rumah terbuka. Selamat Menjamu Selera, namun makan… biarlah berpada-pada ya. Jangan sampai memudaratkan diri sendiri.
-----------------------------------------------
Dalam kemeriahan hari raya ini, Riana dikejutkan dengan berita dari Malaysia Timur tentang kepergian abadi seorang teman maya yang dah lama Riana kenali di kalangan teman-teman bloggers. Pada 5 Oktober yg lalu, Allahyarham NurKhairiah bt. Singka atau lebih dikenali sebagai Nursingka telah kembali kepada Maha Pencipta dalam satu kemalangan di Sabah. Mengenali Arwah ketika tahun 2005. Ketika itu Riana baru memulakan e-novel di blog Riana http://loveseasons.blogdrive.com yang berjudul Di Hatiku Cinta Bermula (Versi cetak~ Tautan Kasih). Arwah banyak memberikan komen-komennya. Namun, kami lost contact terlalu lama kerana keadaan Riana yg sukar untuk online ketika itu. Baru-baru ini, sebelum Raya, Riana bertekad nak menjejak kembali Nursingka di blog. Namun, atas tuntutan tugas dan masa, rancangan hanya tinggal rancangan. Tiba-tiba sahaja dikejutkan dengan kepergiannya yang mengejut. Al-Fatihah untuk Arwah dan Riana doakan semoga keluarganya tabah menghadapi ujianNYA. Walau tak pernah bersua wajah dengan arwah, tapi hubungan tersebut terasa dekat dihati, walau hanya sekejap cuma.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan