Sabtu, Jun 23, 2007

Judul: Tautan Kasih

Alhamdulillah sudah berada di pasaran sejak 4 hari yg lalu. Karya pertama bersama Alaf 21.
Moga semua gembira dengan kehadiran novel kedua ryana ini.

Khamis, Jun 14, 2007

Jadual hari ini...



14 June 2007

Hari ini aku bercuti. Malas sebenarnya nak bekerja sejak kebelakangan ini. Mungkin dah boring sangat kot mengadap customer sekarang ni. Tapi, walau boring macam mana pun, aku tetap menjalankan tugas dengan seadanya. Tak ada lah layan customer dgn sewenang-wenangnya. Masih ada kemesraan di situ.
Tapi bila balik rumah je... mesti rasa stuck sangat. Petanda suruh cari kerja baru agaknya. Memang tgh mencari juga tapi satu belum sangkut ni.
Kenapa nak cari kerja baru?
1. Tahap kebosanan yg melampau.
2. Boring dgn management.
3. Asyik2 buat benda yg sama.
4. Tak ada hati lagi dah.
5. 'Klik' kat office tu mcm dah byk berubah. Mcm gila kuasa je...

Conclusionnya memang boring sangat.

Lepas balik dari CC ni kejap lagi, layan pulak gmbr Korea kat PC . Hari ni memang jadi hari lepak sedunia dah ni... ;)

Sabtu, April 07, 2007

Princess Hour



Cerita ni memang best. Walaupun ryana tengok dari pertengahan je. Dah addict dgn kecomelan Chae Kyong. Comel dan sesuai dgn watak anak-anak yg dibawanya.
Ryana x nak citer panjang2 dalam ni. Cuma nak letak gambar dia org kat dalam ni!
Punyalah minat sampai sanggup cari mp3 dia org. Lepas ni nak gi carik vcd dia lak kot.






Sabtu, Mac 17, 2007

Genting Kota Keriangan...


Pada 6 march yg baru lalu, ryana n frenz pergi Genting Highland. Saja nak release tensen sebab kerja dah makin bertimbun. Memang best giler kat atas tu. Best sebab memang lepas tensen giler2 lah!



Ini antara gambar2 kitaorg semasa di sana.



Gambar ni masa kita org naik bot nak masuk Pulau Dinasour. Mcm budak2 lah pulak! Kiranya kat sini kami semua ni mcm kembali menjadi kanak2 riang. Dari kiri ke kanan, Hafiz (Stationary Head skrg ni!), Ermah (Cashier), Aya(Back Office Dept.), Aini (Chief Cashier). Ni satu lagi gambar.


Yg tudung hitam tu Ryana and disebelah tu, Salmah(Magazine Staff).

Ni gambar kita orang ramai-ramai kat depan water fall.
Kita org mula2 planning lebih dari 10 org sebenarnya. Tapi, bila time nak pergi tu... ramai jer yg tarik diri. Last2 sekali tinggallah 5 puteri dan seorang hulubalang pengiring (Jgn mare Hafiz!) Walau camner pun, memang byk kenangan terindah dan sedikit kenangan sakit hati kat atas puncak genting tu. Bygkan waktu mula2 nak naik bas di KL sentral, kena marah ngan driver sbb bwk burger McD dalam bas. Driver tu suruh buang la la tu jgk. Aduih, bertekak jgklah dgn driver kerek tu. Tapi, last2 hati sendirik yg sakit. Apa leh buat! Buang ajerlah biar driver tu puas hati. Sian Aini sebab dia yg beli byk!
Any way... lepas sampai kat atas sana tu... kita org lupakan sajalah kenangan menyayat hati tu!

Ahad, Februari 18, 2007

Qabil Khushry Qabil Igam, santapan hari Sabtu



Semalam bertempat di GSC One Utama (Ceh... rasa mcm skema je ayat ni. Macam nak buat speech) aku, bersama 3 org teman tempat kerja ku yg lain, pergilah nonton filem QKQI ni. Well, hall tersebut sesak lah jgk dgn org melayu.

Jalan citer dia bestlah jugak. Suka sekali waktu first part, waktu keempat2 org pelakon tu di zaman remaja. Memang kelakar habis. Tapi bila dah mai part sedih tu... seluruh hall senyap je melayan rasa tersentuh di hati. Lakonan keempat2 pelakon tu oklah! Ziana zain rasanya makin remaja wajahnya. Erra... rasanya tak perlu dipertikaikan lagi. Hans dan Rusdi pun best!

Cuma rasa agak terkilan sebab rasanya banyak sangat scene sedih pada penghujung cerita... Untuk lebih lanjut boleh lah ke laman ini: www.qkqi.com.my