Sabtu, April 07, 2007

Princess Hour



Cerita ni memang best. Walaupun ryana tengok dari pertengahan je. Dah addict dgn kecomelan Chae Kyong. Comel dan sesuai dgn watak anak-anak yg dibawanya.
Ryana x nak citer panjang2 dalam ni. Cuma nak letak gambar dia org kat dalam ni!
Punyalah minat sampai sanggup cari mp3 dia org. Lepas ni nak gi carik vcd dia lak kot.






Sabtu, Mac 17, 2007

Genting Kota Keriangan...


Pada 6 march yg baru lalu, ryana n frenz pergi Genting Highland. Saja nak release tensen sebab kerja dah makin bertimbun. Memang best giler kat atas tu. Best sebab memang lepas tensen giler2 lah!



Ini antara gambar2 kitaorg semasa di sana.



Gambar ni masa kita org naik bot nak masuk Pulau Dinasour. Mcm budak2 lah pulak! Kiranya kat sini kami semua ni mcm kembali menjadi kanak2 riang. Dari kiri ke kanan, Hafiz (Stationary Head skrg ni!), Ermah (Cashier), Aya(Back Office Dept.), Aini (Chief Cashier). Ni satu lagi gambar.


Yg tudung hitam tu Ryana and disebelah tu, Salmah(Magazine Staff).

Ni gambar kita orang ramai-ramai kat depan water fall.
Kita org mula2 planning lebih dari 10 org sebenarnya. Tapi, bila time nak pergi tu... ramai jer yg tarik diri. Last2 sekali tinggallah 5 puteri dan seorang hulubalang pengiring (Jgn mare Hafiz!) Walau camner pun, memang byk kenangan terindah dan sedikit kenangan sakit hati kat atas puncak genting tu. Bygkan waktu mula2 nak naik bas di KL sentral, kena marah ngan driver sbb bwk burger McD dalam bas. Driver tu suruh buang la la tu jgk. Aduih, bertekak jgklah dgn driver kerek tu. Tapi, last2 hati sendirik yg sakit. Apa leh buat! Buang ajerlah biar driver tu puas hati. Sian Aini sebab dia yg beli byk!
Any way... lepas sampai kat atas sana tu... kita org lupakan sajalah kenangan menyayat hati tu!

Ahad, Februari 18, 2007

Qabil Khushry Qabil Igam, santapan hari Sabtu



Semalam bertempat di GSC One Utama (Ceh... rasa mcm skema je ayat ni. Macam nak buat speech) aku, bersama 3 org teman tempat kerja ku yg lain, pergilah nonton filem QKQI ni. Well, hall tersebut sesak lah jgk dgn org melayu.

Jalan citer dia bestlah jugak. Suka sekali waktu first part, waktu keempat2 org pelakon tu di zaman remaja. Memang kelakar habis. Tapi bila dah mai part sedih tu... seluruh hall senyap je melayan rasa tersentuh di hati. Lakonan keempat2 pelakon tu oklah! Ziana zain rasanya makin remaja wajahnya. Erra... rasanya tak perlu dipertikaikan lagi. Hans dan Rusdi pun best!

Cuma rasa agak terkilan sebab rasanya banyak sangat scene sedih pada penghujung cerita... Untuk lebih lanjut boleh lah ke laman ini: www.qkqi.com.my

Khamis, Februari 15, 2007

Cinta setangkai ranting dan sebatang pohon...


Suatu ketika Plato berbicara dengan gurunya. Plato bertanyakan makna cinta dan gurunya pun menjawab: “Masuklah ke dalam hutan, pilih dan ambillah satu batang ranting yang menurutmu paling baik, tetapi engkau haruslah berjalan ke depan dan jangan kembali ke belakang. Pada saat kau sudah memutuskan pilihanmu, keluarlah dari hutan dengan ranting tersebut.”
Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato tanpa membawa sebarang ranting pun. Gurunya bertanya, maka jawab Plato: “ Saya sebenarnya sudah menemukan ranting yang bagus, tetapi saya berfikir, tetapi saya berfikir barangkali di depan saya ada ranting yang lebih baik. Tetapi setelah saya berjalan ke depan, ternyata ranting yang sudah saya tinggalkan tadilah yang terbaik. Maka saya keluar dari hutan tanpa membawa apa-apa.”
Guru itu pun berkata: “ Itulah cinta.” Lalu Plato pun bertanya apa makna perkahwinan. Guru pun menjawab: “Sama seperti ranting tadi, namun kali ini engkau haruslah membawa satu pohon yang kau fakir paling baik dan bawalah keluar dari hutan.” Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato dengan membawa pohon yang tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu indah.
Gurunya pun bertanya, maka jawab Plato: “ Saya dapati pohon yang indah daunnya, besar batangnya. Tetapi saya tak dapat memotongnya dan pastilah saya tak mampu membawanya keluar dari dalam hutan. Akhirnya saya tinggalkan. Kemudian saya temukan pohon yang tidak terlalu buruk, tidak terlalu tinggi dan saya fikir mampu membawanya kerana mungkin saya tidak akan menemukan pohon seperti ini di depan sana.
“Akhirnya saya pilih pohon ini kerana saya yakin boleh merawatnya dan menjadikannya indah.” Lalu sang guru berkata: “Itulah makna perkahwinan. Begitu banyak pilihan di depan kita seperti pohon-pohon berserta rantingnya di dalam hutan, tetapi kita mesti menentukan satu pilihan dan bila terlalu memilih, tidak satu pun akan kita dapati.”
Kerana, kesempatan itu hanya dating sekali dan kita harus terus maju seperti waktu yang bergerak ke depan yang tidak pernah tersimpan pada hari kelmarin dan bersemayam pada masa lalu kita.

**Credit: PUTRI~ Mingguan Malaysia, 11 Feb 2007

Jumaat, Februari 09, 2007

Hari paling mendebarkan...


Semalam pagi-pagi lagi Ryana dah dikejutkan dgn accident yg menimpa kakak ryana di SS24. Kakak ryana accident dgn sebuah van yang buat U turn dan merempuh kereta kakak ryana. Nasib baiklah kakak tak apa2. Cuma kereta yg kemek dan pecah lampu depan. Yg malangnya, orang yg langgar tu melarikan diri. Dia bagi no. phone dan alamat palsu. Nasib baik bleh trace guna no plat kereta. Kakak ryana buat report malam semalam.
Satu lagi yang juga berita mengejutkan ryana. Semalam dalam pukul 9 mlm, kakak ryana yg di kedah telefon dan beritahu yg anak bongsunya dikejarkan ke wad kecemasan Hospital Sg. Petani kerana melecur. Anak buah ryana tu jatuh dalam api yg di bakar oleh penduduk kat tmn tersebut. Tak tahulah macam mana dia boleh jatuh. Paniklah juga org di KL yg mendengar ni! Tak boleh nak lena tidur. Tapi, menurut citer kakak, anak buah ryana tu tak menangis sikit pun walaupun melecur teruk. Hmm... di KL ni dah kecut perut mendengar dia masuk wad kecemasan. Kata kakak lagi, lepas tambah air, doktor benarkan balik. Aduhai... ainul mardiyah!


Hari ini, Ryana nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Lahir buat dua orang yg pernah hadir dalam hidup ryana. Seorang ialah Ruzihan Desa, teman baik ryana sejak zaman sekolah sampailah hari ini yang menyambut hari lahir ke 26 tahun. Seorang lagi adalah Hernifita, yg juga sambut hari lahir pada hari ini. Yg ke 23 thn kalau x salah. Ita ni dulu room mate ryana di KPZ, UPM. Semoga panjang umur dan di murahkan rezeki.