Ahad, Oktober 21, 2012

Tercari-cari…



Masih lagi tercari-cari rentak untuk menulis. Ditemani kipas angin yg berputar laju... Dengan Muka Buku yang masih lagi 'tenganga', berserta filem melodrama 'Sarang Bi' yang memikat jiwa.. Alamatnya memang tak bergerak lagi la apa yang ingin ditulis malam ini.
Tapi ini apa yang ingin ku tulis.. Kata guru, pastikan menulis walau sedikit... jadi aku praktikkan :) 'Malam ini bulan sangat cantik. Walaupun berbentuk bulan sabit.. namun sangat terang dan cantik kemas tergantung di angkasa.' Hahaha… Tiba-tiba mata sudah mula mencari bantal.. Jadi titik noktah perlu diletakkan. Jangan gaduh-gaduh pasal bola ye. Yang menang dah memang menang.. Yang kalah jangan bertinju.. Hehe... Selamat malam semua!

Sabtu, Oktober 20, 2012

Teruja dengan cat baru!





Wah.. dah tukar baru. Hopefully bolehla lepas ni update selalu.. Hehehe... :) Sekarang ni musim hujan. Syok betul menulis waktu-waktu begini.. :D

Bunga-bunga cinta...


Ya Allah, tak tau la kenapa virus M ni asyik melekat dalam diri... Mau reno blog la macam ni.. Ambil semangat baru gitu.. :) Lalalalalala ....

Selasa, Mei 08, 2012

Sayang Di Sayang

Angin menderu
Dahan jatuh menimpa batu
Guguran...

Angin menderu
Dahan jatuh menimpa batu
Guguran...

Murai terkejut berkicau-kicauan
Langit mendung diliputi awan
Alamat bumi disirami hujan

Hatiku rindu
Orang jauh tak lupa dari
Kenangan...

Hatiku rindu
Orang jauh tak lupa dari
Kenangan...

Fikiran kusut berisau-risauan
Sakit untung ditinggalkan abang
Ibarat kapal tidak berhaluan
Sayang di sayang

P/s: tengah mempertimbangkan untuk kembali ke arena e-novel.. ;)

Isnin, April 09, 2012

Jom Masak-masak… =)


Entah kenapa tiba-tiba nak letak resipi pulak kat sini hari ni. (Oh, hari ni sahaja ya!)

Resipi pertama:

Ayam masak Merah (Riana's Style)

Bahan-bahan:

(Bahan A)

- Ayam (3-4 ketul- boleh disesuaikan dgn berapa org yg ingin makan…)
- 3 helai daun limau purut (boleh diletak jika suka harumannya.)
- Garam secukup rasa.
- Serbuk kunyit
- Minyak masak.

(Bahan B - Dikisar)

-5 ulas bawang merah
-2 ulas bawang putih
- 1 inci kunyit hidup
- 1 inci halia
- 1 inci lengkuas
- 7 biji cili padi (ini ikut kesesuaian tahap kepedasan )
- 3 batang serai (dihiris halus)
- 10 tangkai cili kering (ini juga ikut kesesuaian tahap kepedasan ya! )

Cara membuat:

1. Bersihkan ayam dan tuskan kering. Kemudian gaul garam dan serbuk kunyit padanya. Kemudian goreng di dalam kuali bersama minyak panas.
2. Tidak perlu goreng terlalu garing. Goreng sekadar masak isinya.
3. Setelah 15 minit, angkat ayam yang telah digoreng tadi dan ketepikan.
4. Panaskan minyak, dan tumis Bahan B tadi sehingga naik bau. Masukkan daun limau purut.
5. Setelah pecah minyak atau tumisan tersebut sudah masak, masukkan ayam yang digoreng tadi.
6. Letak garam secukup rasa.
7. Setelah mendidih, sedia di hidangkan.

(p/s: Biasanya saya jarang meletakkan garam, kerana semasa mengoreng ayam tu, ayam dah cukup masin. Kalau tambah lagi…pasti ada yg kena darah tinggi nanti. Sesiapa yg suka, boleh letakkan santan sedikit… rasanya akan sama macam rendang…hehehe. Sesiapa yg nak tambahkan serbuk perisa, silakan. Saya tak letak…sbb memang tak pernah guna di rumah ni.)
Jeng jeng jeng… nanti saya letakkan gambar resipi yang telah siap..