Jumaat, Mac 12, 2010
~Jatuh Cinta dengan Mad Hatter ~
Oh, saya telah jatuh cinta dengan Mad Hatter (lakonan Johnny Depp). Comel jer… Setakat ni belum pernah kecewa dengan lakonan Johnny Depp dalam mana-mana filemnya…
Riana dah tgk cerita ni semalam dan memang awesome! Macam nak ulang tayang sekali lagi plak.
Esok ader test KPLI… tapi masih berpoya-poya di internet. Huhu… otakku telah letih… ;)
Hari-hari yang penuh tekanan…
Melalui keadaan yang penuh tekanan… memerlukan kesabaran yang cukup kuat. Andai tidak cukup kuat, maka apa-apa sahaja kemungkinan bakal berlaku… ;)
Jumaat, Mac 05, 2010
Teka-teki gurauan Hati…
Wah-wah… saje jer letak tajuk entri cam gitu…hehe ;) Dua tiga hari ni tidur asyik terganggu jer… Tak puas rasa tidur…
Dok memikir banyak sangat yg nak kena ingat… banyak juga yg nak kena follow up…banyak juga yang nak kena buat…Adoi!! Haha ;) Hidup macam gitulah yer… tak pernah habis-habis dengan kerja… Kalau takde kerja macam mana la keadaan hidup kita yer…
Itu baru soal kerja… belum masuk lagi soal hati ke… soal perasaan ker… Haih…
Semalam tengok My Name Is Khan… best!! Lain dari cerita SRK y sebelum-sebelum ni… Dan suka andainya dalam kehidupan sebenar SRK mengamalkan cara hidup seperti seorang Muslim… Suka dengan tagline yg sering disebut-sebut SRK… My Name is Khan…and I'm not a terrorist… Betul kat ibu Rizwan Khan dalam filem ini… Hanya ada dua jenis manusia dalam dunia ini… sama ada ia jahat atau baik… dan ia bukan bergantung kepada agama yang dianutinya…
Ahad, Februari 28, 2010
Impian Saya…
Setiap orang ada impian kan... dan Riana juga punya impian. Riana kalau boleh nak mengembara ke seluruh Malaysia dan seluruh dunia... Belajar macam-macam benda yang belum Riana tahu di luar sana. Sungguh… itu impian kecil Riana sejak kecil. Kalau lah impian itu dapat terlaksana… ;)
Alhamdulillah… mood menulis makin ok walaupun hanya sekadar satu muka surat. Ameen… at least ada dari tak ada langsung.. Moga-moga sambungan novel itu berjaya Riana lalui dengan mudah… Insya Allah… =)
Rabu, Februari 24, 2010
Aku dan Duniaku…
Riana suka lagu ni… antara lagu yang menjadi kegemaran Riana mendengarnya. Liriknya memberi makna yang sangat besar dalam hidup seharian yang kita lalui…
ku rasakan dunia ini
makin deras berlari
perjalanan masa mengajar kita
menginsafi hidup di dunia
kehidupanku dan dunia seniku
membawa daku berkejar dengan waktu
terkadang-kadang jauh ku ketinggalan
ada waktunya aku terkehadapan
ku ditertawa dan dicaci
ku dipuja dan dibenci
ku menangis sorang diri
ku menerima kenyataan
menghadapi kepayahan
melalui kepahitan
menikmati kemanisan
kehidupanku dan dunia seniku
membawa daku berkejar dengan waktu
ku ditertawa dan dicaci
ku dipuja dan dibenci
ku menangis sorang diri
ku menerima kenyataan
menghadapi kepayahan
melalui kepahitan
menikmati kemanisan
ada masa ku ketinggalan
ada waktu terkehadapan
sering di dalam keriuhan
aku kesepian
ku ditertawa dan dicaci
ku dipuja dan dibenci
ku menangis sorang diri
ku menerima kenyataan
menghadapi kepayahan
melalui kepahitan
menikmati kemanisan
ku rasakan dunia ini
makin deras berlari
perjalanan masa mengajar kita
menginsafi hidup di dunia………
(p/s: additional with lyrics)
Langgan:
Catatan (Atom)



