Sabtu, April 04, 2009
Perdana Menteri Malaysia Ke 6
Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak kerana telah pun dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke 6. Moga-moga kepimpinan Datuk Seri Najib dapat mengembalikan keyakinan rakyat yang semakin luntur sejak PRU ke 12 yang lalu. Riana bersetuju dengan beberapa pemerhati politik negara bahawa Datuk Seri Najib harus mempercepatkan perubahan yang telah dirangka. Dari segi ekonomi dan sosial. Di saat ini Malaysia berdepan dengan masalah ekonomi dan juga masalah merapatkan jurang diantara kaum yang semakin longgar. Slogan Satu Malaysia yang dilaungkan Datuk Najib moga-moga dapat memberi harapan baru pada rakyat Malaysia dan bukan sekadar slogan yang sedap ditutur di mulut sahaja. Moga Malaysia kembali stabil dari segi ekonomi, sosial dan juga politik. Ameen…
Mengisi masa cuti…
Huhu… Riana baru siapkan hand made greeting card. Nampak sangatla tak de kerja kan. Terlebih rajin nak menggunting kertas segala tu. Huhu… Ekceli Riana buat kad tu untuk seorang teman yang baru sambut Hari Lahir pada 1 April lepas. Kita org rancang nak wat double surprise party. Di mana n kat mana tu… rahsia ler… Nanti tiba2 ada member2 kat sini yg jadi silence reader, bocor plak rahsia ni… Hehe. (Jgn marah Cik Nurul yg selalu jd silence reader kat sini).
Selasa, Mac 31, 2009
Kisah hidup yang takde penghujung…
Macam-macam yang berlaku dalam hidup kita selagi kita hidup kat dunia ni. Ada peristiwa suka, ada peristiwa duka… Kadang-kadang semua tu kita tak dapat nak jangka. Macam-macam jenis orang di keliling. Ada yang baik sangat dengan kita. Ada yang baik dengan kita tapi hanya untuk mempergunakan kita tanpa kita sedar. Ada yang baik dengan kita, tapi rupa-rupanya ada tujuan disebaliknya. Ada yang baik dengan kita dengan tujuan nak mencari kelemahan kita. Huhu… Macam-macam orang, macam-macam perangai ada.
Kadang-kadang Riana pelik dengan orang yang sanggup menunjuk-nunjuk di depan orang lain bahawa dialah yang paling best. Pelik kan! Padahal mana ada manusia yang sempurna. Menunjuk-nunjuk dan kemudian, merendah-rendahkan pula orang lain… Bukankah ianya suatu perbuatan yang jelik! Riana tak pastilah sama ada memang perangai orang kita macam ni…
Riana pasti, orang macam ni kita boleh jumpa di mana-mana saja. Bersepah kat merata-rata tempat. Cuma dia orang ni memang pandai sangat berlakon. Hidup bertopengkan wajah yang baik-baik belaka.
Kadang-kadang Riana pelik dengan orang yang sanggup menunjuk-nunjuk di depan orang lain bahawa dialah yang paling best. Pelik kan! Padahal mana ada manusia yang sempurna. Menunjuk-nunjuk dan kemudian, merendah-rendahkan pula orang lain… Bukankah ianya suatu perbuatan yang jelik! Riana tak pastilah sama ada memang perangai orang kita macam ni…
Riana pasti, orang macam ni kita boleh jumpa di mana-mana saja. Bersepah kat merata-rata tempat. Cuma dia orang ni memang pandai sangat berlakon. Hidup bertopengkan wajah yang baik-baik belaka. Yang pastinya hidup bukanlah seindah yang kita sangka. Tapi… paling best kalau anda ada teman-teman yang cukup memahami diri anda, sering memberi peransang pada diri anda, saling menyokong anda walau anda berada di dalam susah dan senang. Anda akan berasa bersemangat untuk memulakan hari anda setiap hari tanpa rasa takut menghadapi segala kemungkinan. Bertuahnya anda memiliki sahabat seperti itu.
Riana bertuah memiliki teman-teman yang Riana sudah anggap seperti keluarga sendiri yang sentiasa berada di belakang Riana saat Riana memerlukan. Walau apa jua politik kat tempat kerja yang berlaku, Riana tak susah hati sebab adanya orang-orang di belakang Riana. To my beloved friends (you know who you are…), thanks for being my friends. Hope our friendship last ever after… May Allah bless us.
Rabu, Mac 25, 2009
Engkau Laksana Bulan…
Waduh… kenapa jiwa-jiwa tiba-tiba ni? Huh… Ni mesti gara-gara dengar lagu Engkau laksana bulan la ni. Mendayu-dayu jer… Tak tahulah kenapa Riana suka sungguh dengar lagu tu. Baik yg didendang Allahyarham Tan Sri P. Ramlee atau yang didendang oleh Sheila Majid. Memang meresap terus ke hati. Huahuahua… (Tetiba rasa geli bila baca tulisan sendiri.)
Hari ni first time Riana kena wat interview hired staff baru. Kelakar pun ya, sebab memang pakai belasah je tanya. Pakai belasah pun, ada jugak yg tergagap nak menjawab. Haha… sebenarnya jadi tukang interview ni memang best. Sebab tu lah waktunya nak buat penderaan mental… Haha, Riana memang jahat.
Gambar di atas tak berkait langsung dengan cerita… Hahaha.
Hari ni first time Riana kena wat interview hired staff baru. Kelakar pun ya, sebab memang pakai belasah je tanya. Pakai belasah pun, ada jugak yg tergagap nak menjawab. Haha… sebenarnya jadi tukang interview ni memang best. Sebab tu lah waktunya nak buat penderaan mental… Haha, Riana memang jahat.
Gambar di atas tak berkait langsung dengan cerita… Hahaha.
Selasa, Mac 24, 2009
Menghabiskan hari-hari…
Mac dah hampir ke penghujung. Sekejap je masa berlalu. Riana dalam mode tenang sebelum melangkah ke mode sibuk semula. Huhu… hujung bulan ni dah mula sibuk dengan stock take. Awal bulan depan dah kena siap sedia dengan macam-macam jenis promotion baru… yg memang tak cukup RAM kat kepala ni nak mengingat. Haha…
Bulan depan memang banyak acara untuk kaki buku. Kat MPH saja dah banyak rangka macam2 promosi. Kat luar MPH lagila banyak. Ramai yang tak sabar nak ke Pesta Buku Antarabangsa KL yang berlangsung di PWTC bulan depan. Itu memang wajib kena pergi, dan wajib peruntukkan ongkos yg cukup utk memborong buku. Riana memang tak sabar nak ke sana. Setiap tahun macam dah jadi satu acara wajib pula. Di samping tu, Riana juga teruja nak travel ramai-ramai ke Pahang sebelum berlangsung Pesta Buku tu. Apa yg best kat Pahang tu ek? Hmm… nasib baik kita org ada pemandu pelancong di sana. So, tak perlulah masing2 nak baca peta segale… Waduh… banyak betul agenda peribadi nih! Huhu… =) Menghabiskan hari-hari tenang sebelum melangkah ke hari-hari yang sibuk.
Langgan:
Catatan (Atom)

