Selasa, Ogos 19, 2008

Berdebar…


Hehe Riana tengah berdebar-debar menunggu sesuatu. Harap-harap Riana dapat war2kan sesuatu untuk semua dalam masa terdekat ni…

Dah confirm nanti, Riana beritahu semua ok!

--------------------------------------------

Masa sekarang memang sibuk dengan kerja macam biasa. Sambil-sambil tu tetap cuba menulis walaupun dah terasa lain macam dengan pembinaan ayat.( Itulah… dah lama sangat tinggal)
Tahun ni Riana bergelut dengan dua manuskrip. Tak tahulah yang mana akan habis terlebih dulu. Sekarang ni, dua-dua manuskrip masih di bab-bab mukadimah. Kalau orang lumba lari 1000m, Riana masih kat 10m yg pertama kot. 

Riana dan kawan-kawan memperlahankan rentak. Tak selalu sangat dah keluar ke sana sini. Mungkin buat preparation untuk Ramadhan yang bakal menjelang tak lama lagi ni.
Sekejap je masa berlalu… Baru jer rasa sambut puasa tahun lepas… Tup tup… dah nak puasa balik dah.




Sabtu, Ogos 09, 2008

Cinta yg akhirnya bersatu di jinjang pelamin…




 

Pertama-tama sekali, Riana ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru, buat sahabat Riana dari SMKI sampai la ni, Farah Hayana Shahrin yg bertemu jodohnya dengan pasangannya Fazli, moga berbahagia dan moga perkahwinan kalian berdua dikurniakan zuriat yg comel-comel dan kekal ke akhir hayat. Ini serba sedikit gambar yang sempat diculik beberapa keping pada hari kenduri (iaitu hari ini di Taman Permata, KL). 
Bertemu dengan teman-teman lain yg dah lama tak bersua muka. Tapi masing2 tak de pulak nak bergambar walaupun dah lama tak jumpa. Peanut, Nora dan Nadiah.
(P/s: Yang mengikuti novel Tautan Kasih, inilah pemilik nama yg Riana abadikan dalam novel Riana tersebut.)
-----------------------------------------------------------------------
Kita undurkan sedikit masa ya. Pada dua hari yg lepas (7hb. Ogos) Riana dan kengkawan yg lain dah janji nak pergi makan2 kat Restoran Puteri, Sg. Penchala (pemilik restoran ini ialah Pn. Habsah Hasan dan Pn. Rubiah Suparman). Kita orang saja nak dinner kat luar. Dah lama teringin nak ke restoran tu sambil meninjau2 tempat tersebut. Terletak di atas bukit, berhadapan dengan Highway Penchala Link. Dah nama pun dinner, kitaorang pergi waktu malam, lepas habis kerja. Ajak Hafiz juga (x-staff MPH) untuk join the dinner. Makanan yg kita orang pesan, Mee Hailam, Nasi, Telur dadar, tom yam, ayam masak merah, Kailan goreng ikan masin dan kerabu mangga. Memang sedap! Puas hati dengan kualiti dan kuantiti. Harga memang berpatutan.
Kita orang bila dah berjumpa ramai-ramai macam tu… memang havoc. Usik-mengusik, bergossip… (walaupun sebenarnya tiap2 hari jumpa di MPH) Tapi bila ada aktiviti2 cam gini, stress kita org pun rasa kurang. Selesai makan… bergambar lagi sebelum balik.
 

Rabu, Ogos 06, 2008

Nilai-PD-Kelang

4hb. Ogos 2008. 
Kami pakat ramai-ramai (lebih kurang 10 org) Nak pi Nilai… shopping sambil merehatkan minda. Janji pada mulanya jumpa di bus stand 1 U, pukul 9.30 pagi. Tapi, biasalah… janji melayu masing2. Ada yg last minit tak jadi pergi dan tiba2 jadi plak pergi. Ada yg dok sibuk nak basuh kain baju dan ntah apa-apa lagi. Pukul 10.15 pagi, akhirnya, kami masing-masing mula beredar ke destinasi pertama dengan menaiki kereta Kelisa Kak Sal (warna biru- driver Hadi) yg dinaiki oleh Erma, Faizul, Qira n me. Lagi satu kereta, kereta Viva yg dipandu oleh tuan punya kereta, iaitu Najib bersama penumpang2nya Aini, Kak su, Intan n Salmah. 
Kami tiba di Nilai lebih kurang pukul 11 pagi. Panas terik dan suasana kedai kat Nilai 3 yg tidak menyeronokkan. Rupa2nya kita org ditinggalkan kat kawasan yg agak sunyi. Aduhai… Tapi, kengkawan yg lain bukan main lagi memborong. Siap ada yg dah beli barang-barang untuk hantaran lagi.
Pukul 1 pm, kami semua bertolak pula ke Port Dickson. Ada yg kepingin benar mahu mandi laut. Sampai di PD, makan dulu kat gerai yg berhampiran pantai PD. Pekena meehoon tomyamnya… boleh tahanlah. Yang lain-lain makan nasi dengan lauk campur. Lepas dah sudah, kita orang pi cari port untuk sesapa yg ingin mandi. Mula-mula x ada port yg menarik, akhirnya membawa kami ke Teluk Kemang. Di sana pemadangannya lagi cantik dan ramai orang mandi di situ. 
Haha… kita org betul2 lepas tensen! Naik bot yg bawa banana boat, pusing2 keliling sambil bawa 2 member yg duduk di atasnya. (Intan n Faizul dok kat atas banana) Kami ketawa berdekah-dekah tgk dia orang dijatuhkan dari banana tu kat tepi pantai. Dah penat, masing-masing sepakat untuk beredar pulang. Dalam perjalanan ke Kajang (kerna salah seorang member nak amik tunang), si tunang orang ni planning nak ajak kita orang semua join gi Kelang, makan ikan bakar kat Tanjung Harapan. Disebabkan tak muat kereta, maka kami semua ke Vista angkasa, amik kereta kancil Kak Su untuk ke Kelang. Sekurang2nya takla macam sardin dalam tin.
Kita orang berangkat ke Kelang lebih kurang pukul 7.30 pm dengan 3 buah kereta. Sampai di Kelang hampir pukul 8.40pm. Duduk-duduk, makan lagi…wah wah! Banyak sangat hidangan makanan laut yang terhidang di depan mata. Ada ikan cencaru masak sweet sour, ikan cencaru masak halia, ketam, sotong salut tepung, Kerang rebus, udang masak merah dan banyak lagi. Waduh2… penuh perut dibuatnya… Tapi yg tak bestnya bila dalam ramai-ramai tu ada yg buat perangai, tarik muka mcm tak puas hati. Time makan, cerewetnya nak mampus… Itu tak makan, ini tak makan. Hish… tak appreciate langsung! Balik rumah jam dah hampir pukul 12 malam… Wah berjalan sakan kan?
Gambar kat bawah ni, gambar kenangan kita orang di NILAI_PD_KELANG      

Selasa, Julai 29, 2008

The X-Files: I want to believe…


Wah wah wah… tengok movie lagi Riana ari ni, tapi di panggung GSC. The X-Files tajuk citernya. Memang dah lama nak tengok citer ni. Diperkenalkan dengan siri X-Files ni waktu zaman-zaman sekolah menengah. Waktu tu Riana tinggal di hostel. Tiap-tiap sabtu malam ahad, memang awal2 lagi dah 'cop' tmpt kat dlm bilik tayangan gara-gara nak tengok X-Files. Sanggup buat homework siang-siang lagi supaya program malam minggu tidak terganggu… hehehe! 
Pelakon utamanya masih dikekalkan (ish, kalau x kekal alamatnya memang x pi tgk filem ni) Ejen Fox Mulder dan Ejen Dana Scully (lakonan David Duchovny & Gillian Anderson). Memang best dan lebih realistik ceritanya. Adakalanya membuatkan anda menggunakan hormon adrenalin dlm tubuh anda. 
Citernya memang best dan endingnya seperti kebanyakan X-Files series… anda akan
 ditinggalkan dgn penuh tanda tanya, membuat telahan sendiri.
Dah lebih 7 thn Siri X-Files berakhir, dah nampak sangat yg hero & heroin makin dimakan usia, terutama Gillian Anderson. David pun dah nampak agak berusia but still maintain 'ganteng'. 
Satu dialog yg Riana tak boleh lupa, (Riana alih bahasakan, ok). Dialog diucapkan oleh Dana Scully kepada Fox Mulder. 
"David, kedegilan awak membuatkan saya jatuh cinta pada awak."
Dan dibalas Fox Mulder; "Disebabkan itu kita tak boleh bersama."
Waduh-waduh, makin berlibur Riana sejak dua menjak ni ek. Perjalanan manuskrip masih panjang. Masih di mukasurat 20. Haha… Malasnya!
 * Gambar Scully N Mulder zaman muda2.

Semalam tengok movie lama… Abang

=) Semalam Riana tengok movie lama, judulnya Abang. Rasa-rasa ada tak yang ingat lagi citer ni?Movie ni movie lama, kalau tak salah Riana ditayangkan pada 7 Mei 1981 (kira-kira lebih kurang 11 hari lg Riana dilahirkan waktu tu). Pelakon utamanya Dato' Rahim Razali, Noorkumalasari, Ogy, Ahmad Tarmimi, Ahmad Yatim, Allahyarham S. Roomai Noor, Datin Umi Kalsum, (itu antara yg riana kenallah). Memang dah lama tak tengok citer ni. Citer dia memang sedih banget… Citer Abang ni berada di kelasnya yg tersendiri. Memang kalau nak banding dengan movie zaman sekarang, jauh bedanya (dr segi teknologi) Tapi… mesej yg ingin disampaikan tu memang hebat. Kata-kata yg diucap pelakon pun terang dan jelas, tersusun dan bermakna. Boleh jatuh cinta jadinya dengan watak Abang@ Fuad Din yang dibawa oleh Dato' Rahim Razali. 

Cerita mengenai Fuad Din yg lebih sepuluh tahun meninggalkan keluarga, adik-beradik dan perniagaannya yg berkembang maju waktu tu tanpa sebarang khabar berita. Tak seorang pun ahli keluarganya tahu di mana dia berada. Ayah dan adik-adiknya mengambil alih perniagaannya. Malah adiknya Faizal Din boros membelanjakan harta yg ditinggalkan Fuad Din. Mereka semua dikejutkan dengan telegram dari London yg mengatakan Fuad Din akan pulang ke tanah air. Semua ternanti-nanti dengan pelbagai perasaan di hati masing-masing. Dila dan ibunya cukup teruja dengan berita tersebut. Manakala Faizal mula diburu bimbang. Bimbang kerana dia selama ini boros membelanjakan harta abangnya itu. Ayah Fuad pula berasa terkejut, gembira dan agak bimbang. Bimbang jikalau Fuad menyalahkannya tidak pandai mengurus syarikat yg ditinggalkan anaknya itu. Farid Din pula berasa gembira namun menyimpan rasa marah terhadap abangnya itu. Ini kerana, dia mengahwini Mona, bekas tunangan Fuad yg Fuad tinggalkan ketika Mona mengandung anak luar nikah Fuad. Farid sanggup menikahi Mona ketika itu, menjadi penyelamat hidup Mona dari menanggung malu.


Masing-masing ada 1001 rasa yang ingin dilampiaskan dari hati. Kehadiran Fuad Din ni pun penuh misteri. Tiba di rumah keluarganya lewat malam. Tahu setiap aktiviti adik2nya. Tapi dia merupakan seorang abang yg penyayang. Dia kasihkan adik-adiknya dan keluarganya. Dia pulang,setelah penat bersembunyi dan merasakan ingin bersama-sama dengan orang-orang yg dikasihinya sebelum meninggalkan mereka buat selamanya. 

Rupa-rupanya Fuad Din mengidap leukimia. Sbb tu dia hilangkan diri sbb tak mahu keluarga susah hati. Dia mengaku dia pernah buat silap dengan Mona, hingga Mona mengandung. 

Riana suka dengan watak Fuad Din. Dia bukan lelaki yang baik bagaikan dewa. Dia manusia biasa yang banyak tetap melakukan kesilapan. Wataknya realistik. Sebab seperti yang semua kita tahu, manusia di atas muka bumi ni mana yg tak melakukan kesilapan. Ada sisi hitam dalam hidupnya. Namun dia bangkit semula, memperbetulkan semula segala kesilapannya dengan nyawa yang masih bersisa. 

Apa yang best lagi pasal filem ni ialah, filem ni berwajah Malaysia. Dengan panorama sawah padi, berakit di sungai, main tarik-tarik upih pinang, mandi sungai, main lumpur. Best betul. Teringat balik zaman kanak-kanak di kampung. Orang yang lahir kat bandar besar macam KL ni mesti tak merasa bagaimana suasana tu kan? 
Buat sesiapa yg ingin tengok filem ni, dptkan DVD original di pasaran (rasanya kebanyakan kedai2 yg jual VCD/DVd ada jual citer ni). Riana dah masuk round 2 tau tgk movie ni. Lepas ni ingat nak cari beberapa movie lama yg ada nostalgianya yg tersendiri. Selain VCD/DVD, boleh cari kat Youtube. Banyak dah filem upload dalam tu.
Riana, walaupun hidup di zaman 90-an, namun tetap meminati filem-filem dan lagu-lagu di zaman-zaman Riana belum lahir lagi hinggalaa ke saat ini. Siapa-siapa pernah menonton filem Loceng Maut? (Arahan Allahyarham Hussien Abu Hasan). Cerita ni cerita macam pendekar sebab ada kaitan dengan ilmu bela diri iaitu silat gayung (atau dalam filem tu disebut silat bengkung). Abang ipar Riana berlakon di dalam filem tersebut sebagai hero. Hehe… nanti kalau ada lapang-lapang, Riana citer kat sini ok! =)