Selasa, Oktober 02, 2007
Rabu, September 19, 2007
~Selamat Datang Ramadhan~
Alhamdulillah, hari ini jika sampai waktu berbuka nanti maka cukuplah kita berpuasa selama 7 hari. Seronok benar Ryana bila datangnya Ramadhan. Ramadhan antara bulan yang cukup dinantikan Ryana dari bulan yang lain. Ramadhan bukan saja bulan yang penuh rahmat malah di dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bermulanya Ramadhan, maka ramailah Muslimin dan Muslimat cuba memperbaiki dan menambahkan amal ibadah di sepanjang bulan ini. Termasuklah Ryana sendiri. Masih banyak kekurangan diri sebagai hambaNYA. Bercerita tentang puasa, maka terlalu banyak kenangan ketika berpuasa di zaman kanak-kanak dahulu.Pernah dulu waktu Ryana di sekolah rendah, Ustazah Ryana sering menyuruh kami anak2 muridnya ini membaca al-quran di masa senggang. Kata ustazah, pahala digandakan jika kita membaca al-quran di dalam bulan Ramadhan ini. Satu huruf bersamaan gandaan pahala. Maka jika 10 huruf, 100 huruf, 1000 huruf... Mudah kan untuk mendapat pahala. Dan kami yang ketika itu masih singkat akal (maklumlah budak lagi), maka mengira setiap huruf dan didarab dengan dua. Malah kata Ustazah lagi, tidur sekejap selepas waktu Zohor pun dapat pahala. Waktu itu kelas Quran Tajwid kami di sebelah petang. Sementara menunggu giliran setiap murid menyemak bacaan dengan Ustazah, kami semua dibenarkan tidur sekejap.Ryana waktu kecil dahulu dah mula berpuasa ketika berusia 4 tahun lagi. Waktu umur 4 tahun, mula berpuasa dengan setengah hari. Yang paling best, mak cakap kalau tak larat boleh buka puasa. Maka berbukalah Ryana selepas Zohor. Tapi yang tak bestnya bila waktu berbuka kena kuarantin daripada orang lain. Tak boleh berbuka sekali dengan orang lain yang berpuasa penuh. Memang sedih sangat waktu tu. Lepas tu, esoknya... dah azam dalam diri nak puasa penuh. Yang nakalnya, kadang-kadang curi masuk dalam bilik air minum air... Tapi itu waktu mula-mula belajar puasa lah. Ryana dah mula berpuasa penuh ketika berumur 5 tahun. Jadi, memang tak ada masalah langsung nak berpuasa. Malah seronok.Indahnya kenangan itu jika dikenang. Bulan Puasa dan Raya ni, memang budak2lah yang paling seronok kan! =) Kita yang dah dewasa ni cuma mampu mengenang ajelah... Selamat menunaikan ibadah puasa semua! Moga Ramadhan kali ini diberkati segala ibadah yang kita lakukan.
Selasa, Ogos 07, 2007
Persiapan Untuk Temuduga
Dalam masa beberapa hari lagi ryana sedang menanti-nanti hari temuduga KPLI yg akan dijalankan di IPSAH, Sg. Petani.
Sebenarnya ryana pun tak pasti apa soalan yg bakal di utarakan nanti. Byk sangat isu pendidikan semenjak dua ni di media. Tapi, baca ajelah apa saja yg terpamer dlm akhbar dan kena rajin tengok berita.
Berdebar-debarlah! Tapi, ryana kena kuatkan azam ni. Inilah cita-cita yg tak kesampaian dulu. Bila dah ada depan mata ni, ryana x mahu lepaskan lagi. Ryana bertekd mahu dptkan jawatan ini.
Ok, stop pasal tu, kita bercerita pula tentang kedatangan hari kemerdekaan negara kita yg ke 50 ini. Tak sangka ya, Malaysia berkembang secepat ini jika ingin dibandingkan dengan negara lain yg merdeka seusia negara kita. Tapi semenjak dua ni, ryana kembali duduk termenung memikirkan sesuatu. Yalah, negara kita dah merdeka 50 tahun, tapi mentaliti kita masih belum bebas. Masih terjajah. Orang kita sekarang ini lebih membanggakan semua keluaran luar negara. Nyatanya bagi mereka, LV, Gucci dan beberapa jenama lain yg begitu familiar bagi mereka amat kelas dengan taraf hidup mereka. Sanggup tu berbelanja ribuan ringgit semata-mata mahu kelihatan kelas dan bergaya. Jenama negara kita pun tak kurang mutunya. Setakat menyandang LV di bahu dan menggayakan Gucci di khalayak, tak mendatangkan apa-apa kepuasan pun. Kerana bagi ryana, manusia tidak pernah puas dengan apa yang dia miliki.
Bagi ryana bukan setakat minda kita yg terjajah... moral kita pun dah semakin terjajah dengan budaya-budaya yg tidak baik, pengaruh dari budaya luar. Bila ryana outing sesekali ke kota, pasti lenguh juga menggeleng kepala apabila terlihat adegan-adegan yg tidak diingini di sepanjang perjalanan. Anak-anak muda negara kita ni dah menjadi semakin tidak malu. Berpeleseran di merata-rata shopping mall. Berkepit berdua-dua... dan adakalanya lebih menjelikkan lagi. Di kepala Ryana masih tertanya-tanya... MERDEKA KAH KITA? Sekadar sambutan kemerdekaan, bukan dari segi kita menghayatinya. Akal nakal Ryana sesekali menerjah. Agaknya, kalau negara kita kena serang pada masa akan datang, sanggupkah remaja2 kita ini akan mengangkat senjata? Sama-samalah kita menghargai dan menghayati kemerdekaan yang rentetan sejarahnya cukup panjang...
Sabtu, Julai 14, 2007
Jawab tag!
Disebabkan ryana tgh free skrg ni, jadi ryana jawab ajelah tag yg dibuat iejay.
Okey, this is the rule.
If you are tagged, you need to write an entry related to the meme. At the end of your entry, you just need to tag as many people as you like. You will then leave a comment in their blog to let them know they have been tagged.
In addition, to include this message, "By doing this meme you are contributing rm127 to the Darul Izzah Orphanage".
When you have done yours, please leave a comment in Mr Idhams's blog - so that he can keep count. His goal of having 100 people completing this meme before 26th August!.
The meme is about completing at least seventeen out of the following twenty seven sentences........ *These can be copied and pasted to your entry*
1. A person is only as good as - sentiasa memperbaiki diri
2. Friendship is always - menjadi peneman kala kesunyian
3. To love is to – bersedia segala kemungkinan dalam apa jua keadaan kerana mencintai itu perlukan pengorbanan, masa untuk menilai sesebuah perhubungan dan byk lagi...
4. Money makes me – keperluan yg senantiasa tidak cukup...
5. I miss – masa kecil2 dulu sbb masa tu yg paling mengembirakan...
6. My way of saying I care is by – boleh menjadi pendengar pendamai hati...
7. I try to spread love and happiness by – cuba membuka hati untuk mencintai dan dicintai
8. Pick the flowers when – Bila rasa 'weh, canteknya bunga tu. rasa cam nak petik ahh!' Pastu tgn pun cepat je pergi mengutil pada tangkai bunga... ;)
9. To love someone is to – meletakkan satu tanda di hati bahawa 'dia' berhak untuk ada di situ...
10. Beauty is – 'inside and outside'
11. When I was thirteen, what I remember the most was – masa tu dah duduk asrama, jauh dari family. Cuma ada kawan2 je. Masa tu mula belajar berdikari...
12. When I was twenty one, I remember – Hati ini rupanya perlukan 'Cinta' tapi diri menidakkan kehadirannya...
13. I am most happy when – bila boleh buat orang lain happy...
14. Nothing makes me happier than – bila tengok orang lain happy coz kita...
15. If I can change one thing, I will change – nak yg aman2 ajer...
16. If smiles were –bila-bila hati rasa senang...
17. Wouldn't it be nice if we could –sentiasa aman...
18. If you want to – masih jadi insan yg kerdil, namun suara ini mampu mengubah keadaan yg sedia ada...
19. Money is not everything but – kehidupan dan cara kita memenuhinya...
20. The most touching moments I have experienced – bila seseorang masih mengingati apa yg baik yg pernah kita lakukan padanya...
21. I smile when – bila rasa senang... (bila-bila je... ;))
22. When I am happy, I – nak share dengan sesapa je yg menyenangi
23. If only I don't have to – work but still get money every month, then – bestnya...
24. The best thing I did yesterday was – shrink wrapped books utk promotion. Penat tau! (dan pertama kali lakukannya tanpa guidance)
25. If I ever write a book, I will give it this title,- First novel dah ada- Hadirnya Cinta, 2nd novel pun baru jer kuar -Tautan Kasih. Ketiga??? mungkin Jauh di sudut hati kot!
26. One thing I must do before I die is – memperbaiki diri dan ibadah seharian. Pastu nak gi Mekah la...
27. Doing this meme, I feel like – release my tension!
Yeye... dah habis menjawab!
Oklah, Ryana ingat nak tag...
1.Diya
2. kak ija
3.Wabbit
4.Adhan

Jumaat, Julai 06, 2007
Perpindahan Department...
Start dari hari Isnin yg lalu, Ryana dah kembali menyertai professional dept. Bestnya... dapat bekerja semula di dept lama dengan kawan2 yg lama juga. Setelah hampir lima bulan dipinjamkan ke dept Customer Service, byk pengalaman yg dah ryana kutip di situ. Dari segi melayan customer hinggalah ke bab2 yg paling remeh. Kat situ baru teruji keteguhan diri bila diherdik oleh pelanggan! Berasap telinga!!!
Bukannya kat tempat sekarang ni, tak bertemu dengan customer begitu. Tetap bertemu secara indirect. Sekurang-kurangnya di dept. baru ini ryana tidak melayan kompelin pelanggan secara terus seperti di customer service. Wow... sekarang ni ryana dah boleh terbang macam rama2 dah!
Langgan:
Catatan (Atom)