Ahad, Februari 18, 2007

Qabil Khushry Qabil Igam, santapan hari Sabtu



Semalam bertempat di GSC One Utama (Ceh... rasa mcm skema je ayat ni. Macam nak buat speech) aku, bersama 3 org teman tempat kerja ku yg lain, pergilah nonton filem QKQI ni. Well, hall tersebut sesak lah jgk dgn org melayu.

Jalan citer dia bestlah jugak. Suka sekali waktu first part, waktu keempat2 org pelakon tu di zaman remaja. Memang kelakar habis. Tapi bila dah mai part sedih tu... seluruh hall senyap je melayan rasa tersentuh di hati. Lakonan keempat2 pelakon tu oklah! Ziana zain rasanya makin remaja wajahnya. Erra... rasanya tak perlu dipertikaikan lagi. Hans dan Rusdi pun best!

Cuma rasa agak terkilan sebab rasanya banyak sangat scene sedih pada penghujung cerita... Untuk lebih lanjut boleh lah ke laman ini: www.qkqi.com.my

Khamis, Februari 15, 2007

Cinta setangkai ranting dan sebatang pohon...


Suatu ketika Plato berbicara dengan gurunya. Plato bertanyakan makna cinta dan gurunya pun menjawab: “Masuklah ke dalam hutan, pilih dan ambillah satu batang ranting yang menurutmu paling baik, tetapi engkau haruslah berjalan ke depan dan jangan kembali ke belakang. Pada saat kau sudah memutuskan pilihanmu, keluarlah dari hutan dengan ranting tersebut.”
Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato tanpa membawa sebarang ranting pun. Gurunya bertanya, maka jawab Plato: “ Saya sebenarnya sudah menemukan ranting yang bagus, tetapi saya berfikir, tetapi saya berfikir barangkali di depan saya ada ranting yang lebih baik. Tetapi setelah saya berjalan ke depan, ternyata ranting yang sudah saya tinggalkan tadilah yang terbaik. Maka saya keluar dari hutan tanpa membawa apa-apa.”
Guru itu pun berkata: “ Itulah cinta.” Lalu Plato pun bertanya apa makna perkahwinan. Guru pun menjawab: “Sama seperti ranting tadi, namun kali ini engkau haruslah membawa satu pohon yang kau fakir paling baik dan bawalah keluar dari hutan.” Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato dengan membawa pohon yang tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu indah.
Gurunya pun bertanya, maka jawab Plato: “ Saya dapati pohon yang indah daunnya, besar batangnya. Tetapi saya tak dapat memotongnya dan pastilah saya tak mampu membawanya keluar dari dalam hutan. Akhirnya saya tinggalkan. Kemudian saya temukan pohon yang tidak terlalu buruk, tidak terlalu tinggi dan saya fikir mampu membawanya kerana mungkin saya tidak akan menemukan pohon seperti ini di depan sana.
“Akhirnya saya pilih pohon ini kerana saya yakin boleh merawatnya dan menjadikannya indah.” Lalu sang guru berkata: “Itulah makna perkahwinan. Begitu banyak pilihan di depan kita seperti pohon-pohon berserta rantingnya di dalam hutan, tetapi kita mesti menentukan satu pilihan dan bila terlalu memilih, tidak satu pun akan kita dapati.”
Kerana, kesempatan itu hanya dating sekali dan kita harus terus maju seperti waktu yang bergerak ke depan yang tidak pernah tersimpan pada hari kelmarin dan bersemayam pada masa lalu kita.

**Credit: PUTRI~ Mingguan Malaysia, 11 Feb 2007

Jumaat, Februari 09, 2007

Hari paling mendebarkan...


Semalam pagi-pagi lagi Ryana dah dikejutkan dgn accident yg menimpa kakak ryana di SS24. Kakak ryana accident dgn sebuah van yang buat U turn dan merempuh kereta kakak ryana. Nasib baiklah kakak tak apa2. Cuma kereta yg kemek dan pecah lampu depan. Yg malangnya, orang yg langgar tu melarikan diri. Dia bagi no. phone dan alamat palsu. Nasib baik bleh trace guna no plat kereta. Kakak ryana buat report malam semalam.
Satu lagi yang juga berita mengejutkan ryana. Semalam dalam pukul 9 mlm, kakak ryana yg di kedah telefon dan beritahu yg anak bongsunya dikejarkan ke wad kecemasan Hospital Sg. Petani kerana melecur. Anak buah ryana tu jatuh dalam api yg di bakar oleh penduduk kat tmn tersebut. Tak tahulah macam mana dia boleh jatuh. Paniklah juga org di KL yg mendengar ni! Tak boleh nak lena tidur. Tapi, menurut citer kakak, anak buah ryana tu tak menangis sikit pun walaupun melecur teruk. Hmm... di KL ni dah kecut perut mendengar dia masuk wad kecemasan. Kata kakak lagi, lepas tambah air, doktor benarkan balik. Aduhai... ainul mardiyah!


Hari ini, Ryana nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Lahir buat dua orang yg pernah hadir dalam hidup ryana. Seorang ialah Ruzihan Desa, teman baik ryana sejak zaman sekolah sampailah hari ini yang menyambut hari lahir ke 26 tahun. Seorang lagi adalah Hernifita, yg juga sambut hari lahir pada hari ini. Yg ke 23 thn kalau x salah. Ita ni dulu room mate ryana di KPZ, UPM. Semoga panjang umur dan di murahkan rezeki.

Rabu, Januari 24, 2007

~@ Lena Celebrate Birthday @~



Pada 22hb. Januari yang lalu, aku bersama teman-teman sekerja yg lain mengadakan sambutan hari lahir teman sekerja ku berbangsa Cina iaitu Chen Lena. Bertempat di Mc Donald Seksyen 6, Kota Damansara... kami menjamu selera sehinggalah jam menunjukkan ke pukul 12.00 tgh malam. Best walaupun sekejap sangat. Yelah, bila di luar waktu kerja... lain sikit rasanya bila bersama-sama dan makan ramai-ramai macam ni. Ok, ni gambar yg sempat di snap malam itu.

(Keterangan gambar dari kiri: Azizul, Kak Diana, me, Afihan, Helmi, Suhaila and Birthday girl (lena) Thanks to tukang tangkap gambar; Hadi. Good Job Bro!)

Rabu, Januari 10, 2007

N3 pertama di tahun baru 2007!








Baca dan renungkanlah...i universiti dahulu.
Mereka berbual-bual dalam pelbagai topik dan perbualan itu bertukar kepada rasa ‘stress’ atau tekanan yang mereka hadapi di tempat kerja ataupun kehidupan mereka.
Professor mereka masuk ke dapur dan kembali semula dengan sebuah teko besar berisi kopi dan pelbagai jenis cawan dan gelas. Ada yang diperbuat dari porselin, plastik, kaca, dan kristal. Ada yang nampak biasa dan ada yang kelihatan begitu mahal.
Profesor itu menyuruh mereka menuang sendiri kopi tersebut. Setelah semua bekas pelajarnya mengambil kopi masing-masing, professor itu berkata; “Jika anda semua perasan, semua cawan yang cantik dan mahal telah diambil dan meninggalkan cawan yang biasa dan kelihatan murah. Ini adalah keadaan biasa di mana anda semua mahukan yang terbaik dalam hidup anda, tetapi itulah punca kepada masalah dan stress yang anda semua hadapi.
“Apa yang sebenarnya anda perlukan adalah kopi, bukan cawannya tetapi anda sendiri telah memilih untuk mengambil cawan yang terbaik. Dan lebih teruk dari itu, anda memerhatikan anda memerhatikan cawan yang diambil oleh orang lain.”
Kehidupan adalah kopi. Kerjaya, wang dan kedudukan anda dalam masyarakat adalah cawan tersebut. Cawan itu adalah alat untuk mengisi kandungannya iaitu kehidupan. Kehidupan tidak berubah. Hanya alatnya yang berubah. Kadangkala kita terlalu fokus kepada cawan yang kita pegang sehingga kita gagal untuk menikmati kopinya.
Dengan itu nikmatilah kehidupan yang ada… dan hayatilah apa sebenarnya yang anda inginkan dalam kehidupan ini.
n lepas dan renew. Cuma kat sini nak citer sikit apa2 yg telah terjadi dan mengembirakan hati sepanjang 2006 yg lalu.
1. Novel 'Hadirnya Cinta' terbit jua setelah satu setengah tahun menanti. Feedback pun ada yg +tive and -tive. But I'll take it and improve it in next novel project.

2. Weh, dah naik pangkat sket. Sekarang ni dah jadik Ass. Supervisor. I hope that I'll improve my self.

3. Thn ni paling sikit dapat interview. Only 1(LHDN). But I'm still proud coz I can feel that I can improve better in communication skills within interview session. Its not the same like 2-3 years ago... Chaiyo2!

4.Ye... akhirnya setelah 3 thn, aku menukar jua handphone ku. Sekarang ni Nokia 5300. Best! Aku pakai tepon ni bukan utk jangka masa singkat ek. Ini mungkin utk 2-5 thn akan datang.

Yg still same dgn thn2 lepas...

1. Berat badan tak turun-turun. Tak tau dah nak telan apa ni! Sekejap dia turun sekejap dia naik. Macam yoyo. Oleh kerana azam ni, azam yg paling popular(mungkin sbb ramai yg dah overweight sekarang ni kot... dan ada juga yang sekeping pun still nak kurus. Aku tak tau lah apa yang depa nak buang lagi!) aku akan teruskan juga tanpa kenal arti jemu. Caiyo! Caiyo!

Semoga tahun 2007 ini akan membawa rahmat yg amat berkat buatku... Semoga apa yg dihajati dan dirancang bakal menjadi kenyataan! Amin!