Rabu, Mei 10, 2017

I'm stress!


I'm stress in my workplace. I don't have any passion with my work right now. I feel like I want to quit it immediately. I can't take it anymore. I need a backup plan.
Oh my...

Sabtu, Februari 06, 2016

Ola Bola: Filem wajib tonton

 

Menonton filem Ola Bola bagai menonton filem Chak De India lakonan Shah Rukh Khan. Dan Malaysia sepatutnya memperbanyakkan lagi filem-filem seperti ini. Filem yang memberi inspirasi dan jiwa. Filem yang menyuntik semangat. Dah banyak sangat dah filem komedi, cinta, hantu... cukup-cukuplah! Orang asing boleh buat cerita-cerita macam ni... kenapa orang Malaysia tak boleh. Kami dahagakan cerita yang macam ni.
Recommended film. 4.5*

Ahad, Januari 03, 2016

Happy New Year 2016



Selamat Tahun Baru 2016.

Banyak kisah suka duka, senyum tawa nangis. Moga-moga tahun 2016 memberi kemudahan dan kenangan yang manis untuk dikenang.
Tahun 2015, 20 entry je untuk blog ni. Kesian betul. harap-harap tahun 2016 bertambah-tambah rajin la yer tambah entry blog, supaya bermanfaat untuk semua yg sudi drop by.

Jumaat, November 06, 2015

Hobi baru - release stress

OK... dah 2 bulan menyepi. Lepas raya tak ada mood nak blogging, dengan pelbagai jenis alasan. Ni tetiba nak letak entry balik. Apakah stress dah mula merasuk? Haih!

OK, ni mungkin salah satu hobi baru yang saya praktikkan di rumah. Rumah kecik sekangkang semut dan tak ada tanah pula tu. Setakat harapkan pasu dan botol mineral yang diubah suai jadi pasu kecik. Mungkin ni hobi baru nak releasekan tension yang ada dalam kepala. Biasalah... keadaan sekitar, sepusat sepusing semuanya boleh mendatangkan stress. Tengok ayat kacau bilau camni pun dah boleh gambarkan tahap stressku ini.

Bina satu taman mini dan tanam hampir beberapa jenis tanaman. Idea datang setelah kejatuhan harga ringgit dan kenaikan kebanyakan pelbagai jenis barangan. Untuk mengurangkan belanja dapur, jadi saya dan house mate bertekad nak try tanam sayur sendiri. Nak try juga tangan panas atau sejuk... kehkehkeh...
Dan ini hasilnya...








Alhamdulillah. Dah dua kali jimatkan perbelanjaan dapur untuk stok sayur. Kebanyakan bekas atau pasu saya gantikan dengan botol mineral 1.5L yang dipotong dua dan ditebuk penutup botol agar dapat memasukkan sumbu. Menjimatkan duit, malah sangat efektif. Cara-cara menanam, saya banyak google untuk tahu lebih lanjut. Banyak je blogger yang suka menanam sebagai hobi ni. Selain tu saya join grup di FB.

Sabtu, Oktober 24, 2015

Bridge of Spies

Hari ni dating dengan Housemate. Kami decide nak tengok wayang lakonan pelakon kegemarannya, Tom Hanks. (I pun dah terjebak suka.)
Tajuknya... Bridge of Spies arahan Steven Spielberg. Movie ini berkisah dari kisah benar era Perang Dingin antara US-Soviet, antara 2 blok politik. Mengisahkan pertukaran 2 warga Amerika yg tertangkap di USSr dengan seorang pengintip KGB.
Pada tahun 1957, di Brooklyn, US seorang pengintip KGB Soviet, Rudolph Abel telah ditahan di bilik tumpangannya kerana didapati melakukan kerja-kerja pengintipan.
James B. Donovan pula merupakan peguam insurans yang telah diminta oleh rakan kongsinya untuk mengambil kes Abel sebagai peguam pembela. Dia telah bertemu Abel dan Abel sendiri bersetuju Donovan menjadi peguamnya tetapi awal-awal lagi Abel dengan tegas tidak akan sesekali memberi maklumat kepada kerajaan US.

Donovan bekerja dengan sebaik mungkin. Tiada siapa menyangka Donovan benar-benar ingin membela Abel dengan cuba mencari bukti agar Abel dibebaskan. Usaha ini mendapat reaksi kemarahan dari masyarakat Amerika, sehingga keluarganya diancam.
Abel akhirnya didapati bersalah atas kesemua tuduhan namun Donovan berjaya meyakinkan hakim untuk menjatuhkan hukuman penjara selama 30 tahun berbanding hukuman asal iaitu hukuman mati dan mungkin juga Abel berguna untuk Amerika untuk sesuatu yg boleh ditawarkan kepada USSR jika ada tahanan Amerika yg ditawan di Soviet.
Dalam masa yg sama, Francis Gary Power, juruterbang pesawat pengintip U-2, US telah ditangkap setelah pesawatnya ditembak jatuh oleh pihak USSR di kawasan Soviet. Dia telah disabitkan kesalahan dan disoal-siasat.
Manakala Frederic Pryor, seorang graduan jurusan ekonomi warga Amerika telah melawat teman wanitanya di Berlin Timur, betul-betul bersebelahan dengan tembok Berlin yang sedang dibina. Dia cuba membawa teman wanitanya ke Berlin Barat, tetapi tidak berjaya. Dia ditahan dan dituduh sebagai pengintip.
USSR telah menghantar mesej 'back channel' kepada Donovan, melalui sepucuk surat dari 'keluarga' Abel, yang telah mencadangkan penukaran tahanan; Abel untuk Powers. CIA bersetuju dan menghantar Donovan sebagai wakil awam untuk berunding dengan pihak USSR di Berlin. Apabila mendengar tentang kisah Pryor, Donovan menegaskan bahawa dia ingin Powers & Pryor sebagai penukaran kepada Abel.


Begitulah kisah Bridge of Spies. Lakonan Tom Hanks ni memang banyak buat kita berfikir. Bukan untuk tontonan nak habiskan waktu senggang. Berbaloi bagi sesiapa yang sukakan cerita sedikit berat macam ni.

Bila tengok cerita ni, kepala berfikir... orang dulu-dulu walaupun berperang, masih ada tolak ansur di situ. Kalau nak bandingkan sekarang... nyawa rasanya terlalu murah. Dulu pun memang ada yang kejam... Kalau tengok dalam filem ni, hati rasa disayat ja bila tengok orang awam kena tembak ketika ingin memanjat tembok nak ke Berlin Barat. Tapi dalam waktu yang sama masih ada tolak ansur di situ... di mana Donovan masih selamat masuk berunding ke Berlin Timur walaupun dia hanya pergi bersendirian dan dalam perjalanan diperas oleh samseng dan kotnya sebagai galang-ganti.

OK. Ni review filem sebab dah lama sangat tak tonton filem. Thums up untuk lakonan Tom Hanks dan pengintip yang bernama Abel. Sebelum ni ada filem yg ditonton tapi rasa tak berbaloi nak buat review.. Hahaha.. Till then.