Jumaat, Disember 28, 2012

Sakit belakang dan rawatan awal.


Ya, kebelakangan ni  sakit belakang melanda tiba-tiba. Mungkin disebabkan penambahan berat badan agaknya. Haih... Kena kurus, kena kurus... Sampai kena injection ok..Haha Sakit! Sampai hari ni dah masuk 3 hari kena inject pun masih sakit lagi.. Huhu..

Try google perihal back pain ni. Antara sebab musabab berlakunya sakit belakang ialah:

1) Otot tergeliat/terseliuh
2) Letih/ Stress
3) Tekanan/ Berat badan berlebihan
4) Postur badan yang tidak betul

Bahaya-bahaya... jika kesan ini berlarutan boleh membawa kepada kebas dan lumpuh.
Oh, harus jaga pemakanan lepas ni... kesihatan mental pun kena jaga jangan sampai stress melampau.
Sekarang ni rawatan setiap malam sebelum tidur ialah, sapu minyak urut pada tempat yang sakit, urut perlahan-lahan, makan ubat penahan sakit (jika perlu. Tapi biasanya kalau sakit sangat baru makan.) Dan sekarang ni setiap malam akan bertungku air panas pada tempat yang sakit tu. Harap-harap dapat mengurangkan rasa sakit yang melampau pada bahagian tersebut.

Yang penting, kena mula jaga pemakanan mulai sekarang. Penting untuk sentiasa sihat. Nanti kita kongsi resepi sihat yer... :)

Rabu, Disember 26, 2012

Demam dan sakit…


Adakalanya kita hanya menghitung hari bahagia… tetapi tidak pernah menghitung hari derita… Adakalanya kita lupa pada DIA yang memberikan kita kesihatan yang baik…dan hanya ingat padaNYA apabila kita sakit dan kesusahan… Lumrah manusia.

Sekadar peringatan untuk diri sendiri.  :)

Isnin, Disember 24, 2012

Life Of Pi…


Menonton filem ini di TGV 1 Utama yang baru dibuka semula di 1 Utama. Tertarik dengan trailernya di TV dan mengutip komen-komen dari penonton yang telah menonton filem ini di pawagam.
OK, sebelum itu ingin saya beritahu di sini bahawa Life Of Pi yang telah difilemkan ini telah diangkat dari novel pengembaraan fantasi karya Yann Martel yang telah diterbitkan pada tahun 2001. Karya Yann Martel ini juga telah memenangi anugerah Man Booker Prize untuk kategori buku fiksyen pada tahun 2002. Buku ini juga telah diterjemahkan ke beberapa bahasa.
Naskah ini kemudiannya diangkat menjadi filem oleh pengarah Ang Lee pada tahun 2012 dan screenplay nya oleh David Magee.
Filem ini terbahagi kepada 3 bahagian. Bahagian pertama, kita diperkenalkan oleh karektor Pi yang telah dewasa dengan seorang Inggeris. Dia menceritakan bagaimana dia mendapat nama. Namanya diberi sebagai Piscine Molitor Patel yang mana diambil sempena nama sebuah kolam renang di Perancis. Dia menukar panggilan namanya kepada Pi bila memasuki sekolah menengah setelah penat dipersendakan oleh rakan-rakan sebayanya dengan nama 'Pissing Patel'. Ayah Pi mempunyai sebuah zoo di Pondicherry (sebuah tempat di India), yang memberikan pengalaman masa untuk Pi berteman dengan binatang-binatang di dalamnya.
Pi dibesarkan dalam agama Hindu, tetapi ketika berumur 14 tahun dia diperkenalkan kepada agama Kristian dan Islam. Bermula dari situ dia menganut ketiga-tiga agama tersebut.
Suatu ketika, kerajaan ingin mengambil tanah zoo dan ayah Pi terpaksa memikirkan jalan untuk itu. Akhirnya ayah dan ibu Pi berkeputusan bahawa mereka akan berpindah ke Kanada dan akan membawa bersama binatang-binatang ke sana untuk dijual bagi menampung kehidupan mereka di Kanada.


Namun kejadian tak diduga berlaku. Kapal yang mereka naiki karam di tengah lautan. Pi hanyut bersama bot keselamatan ditemani bersama seekor kuda belang yang cedera. Keesokan harinya seekor orang utan yang terapung di atas timbunan-timbunan pisang menghampiri bot mereka. Tanpa diduga, dibawah kanvas bot tersebut terdapat seekor serigala liar. Serigala tersebut keluar dan kelaparan. Cuba menyerang Pi, namun Pi menyelamatkan dirinya. Akhirnya serigala tersebut menyerang kudang belang yang cedera itu dan memakan dagingnya. Beberapa hari kemudian, serigala itu bertindak ganas lagi dan menyerang orang utan pula. Dan lagi satu kejutan timbul bila keluar seekor harimau Bengal yang bersembunyi di bawah kanvas. Harimau itu keluar dan menyerang serigala tersebut dan memakannya. Akhir sekali tinggal Pi bersama harimau Bengal tersebut di atas bot. Berjayakah Pi hidup dalam mengharungi hari-harinya di Lautan Pasifik bersama seekor harimau Bengal itu? Nak tahu lebih lanjut kena tonton.
Pendapat saya: Visual untuk gambar ini sungguh cantik. Dan semua yang difilemkan tersebut membuatkan kita percaya akan kewujudannya. Contoh: Pulau Karnivor, Ikan-ikan yang berterbangan di tengah lautan...dan keadaan lautan di tengah malam yang dipenuhi obor-obor yang bercahaya… Buat kita leka seketika. Oh ya…harimau ni namanya Richard Parker.

Ahad, Disember 16, 2012

The Hobbit: An Unexpected Journey


Lama tak update blog ni. Mohon maaf ye. Tuan tanah tak berapa sihat mental dan fizikal sejak kebelakangan ni. :)
Ok, selepas pulang dari menghadiri jemputan perkahwinan di Seremban, kami (saya dan kawan-kawan) bersepakat untuk menonton cerita The Hobbit di GSC 1 Utama.
The Hobbit diangkat menjadi filem oleh Peter Jackson yang sebelum ini turut mengarahkan filem Trilogy Lord Of The Ring. The Hobbit juga merupakan filem yang ada kena mengena dengan Lord Of The Ring kerana bersandarkan pada buku hasil tulisan dari J.R.R Tolkien.
Filem ini merupakan sequel pertama The Hobbit dan bakal diikuti oleh The Hobbit:Desolation of Smaug (2013) dan The Hobbit:There and Back Again (2014).

Sebenarnya tak tahu sangat mengenai filem ini. Harus kena rujuk sumber dari buku dan juga internet. Tapi, filem ini sangat best di tonton! Tak rugi menghabiskan duit. 

Ini sedikit maklumat tambahan dikutip dari sebuah buku… 

The Hobbit merupakan kisah mengenai Bilbo Baggins yang kehidupan biasanya bertukar apabila dia menyertai ahli sihir Gandalf dan 13 lagi suku orang kenit (dwarves) dalam usaha mereka untuk menuntut harta/negeri yang telah dicuri.
Pengembaraan mereka berdepan dengan bahaya dan di akhir cerita Bilbo akan berhadapan dengan penjaga harta itu, iaitu naga yang paling ditakuti di Middle Earth.
Dalam cerita ni kita akan dapat tahu bagaimana wujudnya cincin yang punyai kuasa magik… 'Lord Of The Ring'. 

Sabtu, Disember 01, 2012

MAHA 2012: Part 2


MAHA 2012...jeng, jeng, jengggg.... Ok buat kali kedua semalam pergi lagi ke sana. Kali ni baru best pergi sebab gaji dah masuk, bolehla membeli apa yg patut. Tapi semalam pergi pun selepas solat jumaat dah. Tapi nasib baik tak ramai sangat. Kali ni cari parking yang paling dekat dengan Hall... senang nak angkut barang. Hehe... Dekat2 pun... kena juga menapak lecak. Huhu...
Destinasi pertama, kami ke Ladang Ternak.. Best sangat sebab kali ni tak ada budak-budak mengikut. Semuanya budak-budak besar. Hehe... Kali ni baru perasan ada tambahan dari minggu lepas punya. Ada pertandingan kucing cantik... Comel sungguh kucing-kucing tu tapi kesian nak ambil gambar sebab takut diaorang mati (kononnya la). Ada beberapa spesis yang tak pernah tengok sebelum ni.. Kalaula rumah teres, dah lama ku beli satu.. Buat Meowland.. Hehe.
 Ayam selasih ni 1st time dapat tengok.

 Yang ni x pasti spesis apa..

 Ayam Gajah

Lepas tu ada tambahan untuk spesis ayam plak.. Ada jugak spesis ayam yang tak pernah jumpa sebelum ni. Lepas tu round sana sini... balik ke Agro Bazaar. Kali ni cari macam-macam makanan untuk dibeli. Coklat, Asam jeruk.. Best! Ingat nak cari ikan pekasam dan budu sekali, tapi tak jumpa. Lepas tu masuk Hall pameran  di tingkat atas. Kat sini sama macam minggu lepas jugak. Lepas tu baru turun ke tempat orang berjualan di bawah. Ada lelongan Sejuta Jagung, pastu ada macam-macam buah di jual. Mula-mula cari pokok bunga melur dan harum sundal malam dulu. Puas mencari, akhirnya jumpa juga. RM10 untuk setiap satu. Berbaloi! Lepas tu pergi makan sekejap, then baru cari jagung. Jagung dijual 15 tongkol RM10. Berbaloi-baloi sangat. Tapi bila nak ke kereta barula sedar beratnya... Huhu...
Ok, MAHA 2012 akan berakhir esok. Masih ada masa sehari lagi untuk berkunjung ke sana ni. Tapi apa-apa pun, tahun depan sure set the date untuk MAHA 2013 pulak.