Selasa, Oktober 30, 2012

Sirah Baginda Rasulullah


Saya mencari buku ini untuk dijadikan koleksi dan mungkin juga hantaran. Sudah dapat sumbernya. Ya, kenapa buku ini? Kerana saya merasakan buku ini saya berguna untuk saya mengetahui kisah baginda rasul dengan selengkapnya. Insya Allah. Buku ini menarik kerana halaman dan gambarnya berwarna sepenuhnya. Inilah peluang kita sebagai umatnya mengetahui dan menghayati kisah-kisah kehidupan Rasulullah.
Insya Allah, bakal dimiliki. Selain dari novel, kini banyak meneliti jika ada buku-buku rujukan agama yang perlu dijadikan koleksi. Sekarang ini tengah baca 'Sebelum Aku Bernikah'. Kisah motivasi perkahwinan untuk para bakal pengantin. Harus dimiliki! :)

Jumaat, Oktober 26, 2012

~Salam Aidil Adha~


Sedar tak sedar, dah pun Raya Haji. Sekejap sangat masa berlalu. Baru hari tu sambut Raya Puasa. Tup tap tup tap dah Raya Haji. Tahun ini kakak dan abang ipar ke Mekah menunaikan ibadah haji. Moga mereka mendapat haji mabrur. Dan moga-moga tertulis namaku jua untuk mnejadi tetamu Allah suatu hari kelak. Amin!

So, Hari Raya Haji tahun ni sama jugak kot macam tahun-tahun lepas... kena kerja. Huhu.. Besok sebelum masuk kerja kena buat nasi tomato dulu. Puas jugala mencari resepi nasi tomato ni. Harap-harap menjadi la. Dikawankan dengan ayam masak merah...yang dah pun siap dalam belanga.
Gigih salin dari pakcik google untuk masak esok..

Ni ayam masak merah yang dah siap masak.

Bukanla rajin sangat nak masak-masak ni. Tapi bila tiba time Raya, mana boleh miss...mmg kena gak rajinkan diri yang malas ni. At least rasa jugakla sambutannya. :) Esok kita tengok, jadi ka tak nasi tomato. Hehe..

Tadi ada cerita ala-ala telefilem kat TV3. 'Korban Haji' Syok jugakla. Sebab utama, boleh kata semua pelakon cakap Utara. Best dengar. Terubat rindu. Pure Utara tu. Cerita dia memang la memberi pengajaran dan kesedaran buat kita. Moral of story: Jangan sampai nak buat ibadat, hingga tak sedaq kita dah dapat dosa riak... :) Syok dok dengar perkataan2 yg la ni jarang sangat dok guna sebab dok Kay Ell... (etc: maukalaukata). Meleleh jugak ayaq mata ni dekat2 nak last cerita tu. Haih, tak tau pasai pa, dok tengok cerita sedih dua tiga menjak ni asyik nak menangih ja. Tengok Kabhi Khushi yang dah khatam lebih 10kali pun boleh meleleh. Haih...
Minta maaf la no kalau rasa tak suka dengar atau baca orang Utara punya loghat ni. Tapi nak habaq mai, kami ni dengaq ja kasaq, tapi sebenaqnya bukan kasaq pun... Dah cara cakap lagu tu. Kalau betoi kasaq, anak2 dara & teruna Kedah sure tak laku.. Hahaha.. Jangan cepat amik hati naaa.. 

Selamat Berhari Raya Korban! Saya pula...berkorban untuk kerja di hari raya Korban. :D

Isnin, Oktober 22, 2012

Hari-hari mental...


Wah.. baru masuk kerja hari ni, tapi dah buat otak jadi mental sekejap.. Bayangkan 5-6 task yang datang dalam waktu yang sama dan minta diselesaikan sesegera mungkin. Sakit jiwa jadinya..  Mohon pada Tuhan agar dijauhkan la segala mental illness yg disebabkan oleh tekanan melampau..

Tekanan tak semestinya berunsur negatif. Ada yang berunsur positif. At least kita tahu macam mana nak solve satu-satu. Pesanan penaja, make sure settle satu persatu dan cuba elakkan dari settlekan tekanan dengan sekaligus jika ia datang sebeban kepada anda.
 Kita menentukan apa yang kita inginkan.

Ok! Mau tidur... :)

Ahad, Oktober 21, 2012

Jalan-jalan hari cuti…

Hari-hari cuti macam ni jalan jauh sikit... Mengusir kesibukan kerja dari masuk campur dalam kehidupan untuk seharian. Hehe... Rasa bahagia sekejap dapat jalan-jalan cuci mata.
Kali ni kat Setia City Mall.
(Gambar diambil dari Pakcik Google)

Siapa yang belum tahu, Setia City Mall ni dekat dgn Setia Alam, Shah Alam. Besar juga mall ni. Terletak di tengah2 housing development area. Bakal menjadi salah satu mall terkemuka. Sebab masuk mall ni tadi ramai betul orang. Di sini ada satu park di depan mall tersebut yang di kelilingi tasik (kalau tak salah) dan pernah menjadi tempat kumpulan dari obersi buat persembahan (MLTR--google2 Hahaha...). Anyway, takde la berbeza pun dengan shopping complex lain. Sama jer.. byk kedai makan, GSC, Bowling, KFC, Mc D, MPH, Samsung, Maxis, Digi, Celcom Cube.... Wahahaha..
Biasanya bila jalan-jalan kat shopping mall ni selalu suka sangat tengok kedai yg jarang2 dpt tgk... Ada satu kedai yg jual barang-barang hasil buatan tangan seperti plush toys, soft furnish... sangat2 comel dan cute. Tapi lupa la nama kedai tu apa. Nanti boleh cari... Tapi barangan yg dijual dikedai tu memang sangat cute tetapi sedikit mahal compare to Lovely Lace. By the way, Lovely Lace pun ada kat mall ni.
Tak shopping pun.. cuma window shopping, makan... window shopping lagi then balik...
Asyik jalan jer.. bila la nak bergerak yer manuskrip.. :D

Tercari-cari…



Masih lagi tercari-cari rentak untuk menulis. Ditemani kipas angin yg berputar laju... Dengan Muka Buku yang masih lagi 'tenganga', berserta filem melodrama 'Sarang Bi' yang memikat jiwa.. Alamatnya memang tak bergerak lagi la apa yang ingin ditulis malam ini.
Tapi ini apa yang ingin ku tulis.. Kata guru, pastikan menulis walau sedikit... jadi aku praktikkan :) 'Malam ini bulan sangat cantik. Walaupun berbentuk bulan sabit.. namun sangat terang dan cantik kemas tergantung di angkasa.' Hahaha… Tiba-tiba mata sudah mula mencari bantal.. Jadi titik noktah perlu diletakkan. Jangan gaduh-gaduh pasal bola ye. Yang menang dah memang menang.. Yang kalah jangan bertinju.. Hehe... Selamat malam semua!

Sabtu, Oktober 20, 2012

Teruja dengan cat baru!





Wah.. dah tukar baru. Hopefully bolehla lepas ni update selalu.. Hehehe... :) Sekarang ni musim hujan. Syok betul menulis waktu-waktu begini.. :D

Bunga-bunga cinta...


Ya Allah, tak tau la kenapa virus M ni asyik melekat dalam diri... Mau reno blog la macam ni.. Ambil semangat baru gitu.. :) Lalalalalala ....